Cerita Tentang [
Gadget
]

BlackBerry Z10 - RM2188

Harga BlackBerry Z10 Di Malaysia - RM2188 Akhirnya BlackBerry Z10 dilancarkan di Malaysia secara rasminya pada 9 Mac 2013 oleh Maxis. Dijual dengan harga RM2188 tanpa kontrak.

Desas desus mengenai BlackBerry terbaharu ini telah lama bermula sejak tahun 2011 lagi. Terdapat pelbagai versi cerita mengenainya. Namun begitu imej prototype yang didedahkan oleh blog The Verge [Link] tentunya memberi sedikit imbasan buat peminat BlackBerry untuk peranti yang bakal dikeluarkan.  



 BlackBerry Z10 - Spesifikasi Umum:  Sistem Pengoperasian:  BlackBerry 10 OS  CPU:  Qualcomm MSM8960 Snapdragon  Dual-core 1.5 GHz Krait  Saiz:  130 x 65.6 x 9 mm (5.12 x 2.58 x 0.35 in)  Berat: 137.5 gram  Paparan:  768 x 1280 pixels,   4.2 inches (~355 ppi pixel density)
[Link]

Prototype vs Production


Setelah BlackBerry Z10 dilancarkan, ternyata memang tidak banyak perbezaan dengan imej prototype yang dikenali sebagai BlackBerry London yang didedahkan oleh The Verge pada tahun 2011.

Sistem Pengoperasian BlackBerry 10


Begitu juga dengan penggunaan nama sistem pengoperasian (OS) terbaharu daripada BlackBerry ini. Terdapat pelbagai isu dan pertikaian yang menyebabkan sistem pengeoperasian tersebut akhirnya ditukar namanya kepada BlackBerry 10 [Link].


BlackBerry Z10 Dilancarkan Secara Rasmi Di Malaysia Oleh Maxis
[Link]

Penentu Kelangsungan BlackBerry


Disebalik semua halangan dan cabaran yang terpaksa dilalui oleh BlackBerry, akhirnya mereka berjaya melancarkan telefon pintar ini pada tahun 2013.  Kejayaan gadget terbaharu ini dipasaran tentunya bakal mengembalikan kegemilangan BlackBerry setelah diasak hebat oleh pengeluar peranti berasaskan Android dan IOS sejak kebelakangan ini.

Kekuatan produk BlackBerry kali ini tentunya pada sistem pengoperasiannya [Link] yang membolehkan pengguna mengaktifkan 2 profil berbeza untuk tujuan rasmi (kerja) dan peribadi.


BlackBerry Z10 - Spesifikasi Umum:



Sistem Pengoperasian:
BlackBerry 10 OS

CPU:
Qualcomm MSM8960 Snapdragon
Dual-core 1.5 GHz Krait

Saiz:
130 x 65.6 x 9 mm (5.12 x 2.58 x 0.35 in)
Berat: 137.5 gram

Paparan:
768 x 1280 pixels, 
4.2 inches (~355 ppi pixel density)

Memori:
2GB RAM 
  16 GB memori dalaman 
 MicroSD sehingga 64GB

Kamera: 
8 MP 3264 x 2448 pixels,
autofocus, LED flash 
 1080p@30fps, video stabilization
Kamera hadapan: 2 MP 
 720p@30fps

Sambungan Data / Wireless:
HSDPA 21 Mbps, HSUPA 5.76 Mbps;
LTE, EV-DO Rev. A, up to 3.1 Mbps
Near Field Communication (NFC)
Bluetooth 4.0
Wi-Fi 802.11 a/b/g/n, dual band




Seorang pencinta teknologi dan sangat konservatif apabila berbicara tentang pengurusan kewangan. Bercita-cita untuk mencari jalan bagi menjadikan teknologi terkini sebagai mampu milik. Menulis berdasarkan perspektif dan pengalaman sendiri. Asalnya blog ini dibina untuk merekodkan segala perkembangan anak sulung saya, Nurin Iman. Namun begitu sesuai dengan tuntutan masa ia telah berkembang sebagai pelantar peribadi untuk meluahkan pendapat serta berkongsi buah fikiran. Jika anda dapati artikel diblog ini bermanfaat, sila kongsikannya di halaman jaringan sosial.

Share |
:) :( ;) :D :-/ :x :P :-* =(( :-O X( :7 B-) #:-S :(( :)) =)) :-B :-c :)] ~X( :-h I-) =D7 @-) :-w 7:P 2):) :!! \m/ :-q :-bd ^#(^

Post a Comment