Sengaja Beri Jawapan Yang Salah

Sengaja Beri Jawapan Yang Salah
Teringat ketika Nurin Iman baru bersekolah tadika. Setiap kali Nurin Iman membuat latihan matematik, selalunya dia akan cuba meminta jawapannya terlebih dahulu. 

Sememangnya saya tidak bersetuju dengan caranya. Biasanya saya akan katakan padanya: "Kira betul-betul tentu dapat jawapannya.." Tetapi Azza pula ada pendekatan tersendiri. Dia akan beri apa sahaja jawapan... yang pastinya jawapannya itu adalah jawapan yang salah!

Nurin Iman : 8 + 2 = berapa emak?
Azza : 11
Nurin Iman : (Mula mengira)
Nurin Iman : Kakak dah kira tadi jawapannya 10.. bukan 11! (Tentunya dengan mimik muka tidak puas hati!)
Azza : (Senyum) :D

Memang kanak-kanak sentiasa tidak berpuas hati dengan jawapan yang "kita" berikan. Namun tidak semua perkara kita boleh berikan jawapan yang salah...

Mungkin untuk latihan matematik boleh dicuba dan digunakan pendekatan ini. Perkara-perkara lain yang berkaitan dengan fakta dan kepercayaan.. jangan sekali-kali dicuba! Merbahaya!



Seorang pencinta teknologi dan sangat konservatif apabila berbicara tentang pengurusan kewangan. Bercita-cita untuk mencari jalan bagi menjadikan teknologi terkini sebagai mampu milik. Menulis berdasarkan perspektif dan pengalaman sendiri. Asalnya blog ini dibina untuk merekodkan segala perkembangan anak sulung saya, Nurin Iman. Namun begitu sesuai dengan tuntutan masa ia telah berkembang sebagai pelantar peribadi untuk meluahkan pendapat serta berkongsi buah fikiran. Jika anda dapati artikel diblog ini bermanfaat, sila kongsikannya di halaman jaringan sosial.

Share |

0 comments:

Copyright © 2017 BEAM™