BEAM

Bila Encik Anif Menulis (BEAM)

Trending

01 April 2013

Cerita Kelabu?

P Ramlee
P Ramlee
Nurin ImanAbah di TV ada cerita kelabu!

Abah:  Errr.. cerita apa Nurin Iman? (Terpinga-pinga sekejap!)

Cerita Kelabu?


Kemudian baharu teringat, setiap hari Isnin tepat jam 10:00 malam di TV 2 ada ditayangkan filem-filem arahan serta lakonan P. Ramlee. Oooo.. Itulah cerita kelabu yang dimaksudkan!

Filem P. Ramlee


Entah sudah berapa ribu kali filem-filem lakonan serta arahan Allahyarham Tan Sri Datuk Amar Dr. P. Ramlee [Link] disiarkan di kaca TV. Namun begitu berdasarkan pemerhatian, saya dapati aura serta peminatnya semakin meningkat!

Perkara yang sama telah berjangkit kepada Nurin Amani. Entah apa yang membuat mereka tertarik, saya pun tidak pasti. Mungkin juga lakonannya yang bersahaja serta lawaknya yang mencuit hati.

Namun begitu apa yang pasti, P. Ramlee telah berjaya merekrut seorang lagi peminat kecil!



Seorang pencinta teknologi dan sangat konservatif apabila berbicara tentang pengurusan kewangan. Bercita-cita untuk mencari jalan bagi menjadikan teknologi terkini sebagai mampu milik. Menulis berdasarkan perspektif dan pengalaman sendiri. Asalnya blog ini dibina untuk merekodkan segala perkembangan anak sulung saya, Nurin Iman. Namun begitu sesuai dengan tuntutan masa ia telah berkembang sebagai pelantar peribadi untuk meluahkan pendapat serta berkongsi buah fikiran. Jika anda dapati artikel diblog ini bermanfaat, sila kongsikannya di halaman jaringan sosial.

Share |

Tiada ulasan:

Catat Ulasan