BEAM

Bila Encik Anif Menulis (BEAM)

Trending

20 Jun 2013

Di Sebalik Tabir Blog

“Papa Hebat adalah seorang peminum kopi tegar dan juga blogger yang semakin naik berat badannya. Di alam siber, dia dikenali sebagai Papa Hebat. Dalam kehidupan yang sebenar dia adalah seorang bapa yang penyayang  bernama …..”
Titik titik di atas mewakili sifat ‘anonymous’ blogger di atas. Seperti majoriti besar blogger di alam siber, Papa Hebat menggunaka nama ‘pseudo’ bagi mengelakkan identiti sebenarnya dari diketahui umum. Hanya kenalan yang rapat sahaja yang megenali secara dekat siapa di sebalik tabir blog yang ditulis oleh Papa Hebat itu.
Umumya blogger ‘anonymous’ kurang mendapat perhatian pengguna internet. Namun, jika kandungan blog atau laman webnya  bermutu ataupun agak kontraversi, akan ramai juga pengunjung berpusu-pusu melawat blognya. Hal inilah yang mendapat perhatian dan dibincangkan oleh ramai pihak, terutamanya apabila blog yang semakin kerap dikunjungi itu lebih tinggi nilai ‘kontroversi’nya dari nilai kualiti penulisan atau kandungannya. 

Umumya blogger ‘anonymous’ kurang mendapat perhatian pengguna internet. Namun, jika kandungan blog atau laman webnya  bermutu ataupun agak kontraversi, akan ramai juga pengunjung berpusu-pusu melawat blognya. Hal inilah yang mendapat perhatian dan dibincangkan oleh ramai pihak, terutamanya apabila blog yang semakin kerap dikunjungi itu lebih tinggi nilai ‘kontroversi’nya dari nilai kualiti penulisan atau kandungannya.



Baru-baru ini Perdana Menteri mencadangkan suatu peraturan agar pengendali blog dan laman web menggunakan identiti yang sebenar. Seperti diduga ia mendapat tentangan hebat dari ramai pihak. Peraturan sedemikian secara tidak langsung menghilangkan keistimewaan internet yang menjadikannya popular hari ini. Ramai yang sekadar ‘nobody’ di alam biasa akan menjadi ‘nobody’ juga bila melangkah ke alam siber. Sekiranya peraturan tersebut dikuatkuasa, informasi penting yang tidak boleh dikongsikan dalam kehidupan biasa atas soal keselamatan diri atau kerjaya, juga tidak akan disalurkan dalam alam siber. Ini menghadkan peranan internat kepada hanya alat menyimpan informasi biasa dan komunikasi segera sahaja.
Walaupun terdapat pro dan kon dalam membiarkan sahaja peraturan yang sedia ada mengawal maklumat di internet, namun penyingkapan tabir pengendali blog dan laman web, pada pendapat saya, tidak sepatutnya dibuat secara wajib. Adalah menjadi tugas setiap pengguna internet  untuk menggunakan akal fikiran dalam memilih maklumat yang ingin digunakan. Pihak –pihak yang prihatin dan kerajaan pula harus berusaha untuk mengatasi masalah-masalah salah guna internet dengan memperhebatkan penyebaran maklumat yang betul bagi menangani penerbitan bahan-bahan yang salah dan mengelirukan.

Artikel ini ditulis oleh penulis jemputan: Ismail N adalah seorang blogger Malaysia yang menulis di laman web Dulu Lain Sekarang Lain. Penulisan di atas hanyalah buah fikiran dan pendapat beliau sahaja dan sebarang kesilapan pada fakta adalah tidak disengajakan. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan