BEAM

Bila Encik Anif Menulis (BEAM)

Trending

01 Jun 2013

Public Ittikal - Agihan Kasar 5.00 Sen Seunit (2013)

Public Ittikal - Agihan Kasar 5.00 Sen Seunit (2013)
Public Mutual telah secara rasminya mengumumkan agihan pendapatan untuk 7 dana amanah yang dikendalikan oleh pihak mereka untuk tahun kewangan berakhir pada 31 Mei 2013.

Antara dana amanah yang terlibat ialah Public Ittikal Fund [Link], Public Islamic Equity Fund, Public Islamic Select Treasures Fund,  Public Dividend Select Fund, PB ASEAN Dividend Fund, Public Balanced Fund dan Public Select Bond Fund.

Tentunya ini adalah berita yang ditunggu-tunggu oleh para pelabur dan berikut adalah jadual pendapatan seunit bagi 7 dana amanah tersebut:



Public Ittikal - Agihan Kasar 5.00 Sen Seunit (2013)
Public Ittikal - Agihan Kasar 5.00 Sen Seunit (2013)


Boleh dikatakan prestasi kebanyakkan dana amanah agak terjejas dengan ketidaktentuan pasaran kebelakangan ini terutamanya Krisis Euro yang masih belum menampakkan tanda-tanda untuk pulih. Sebagai perbandingan, dana Public Ittikal mampu menjana 8 sen seunit untuk tahun 2011 dan 5.25 sen untuk tahun 2012. Manakala untuk tahun 2013, dana ini hanya mampu menjana 5.00 sen seunit.

Sebagai pelabur tentunya situasi ini dilihat sebagai tidak menggalakkan. Malah agak menakutkan! Namun begitu keyakinan terhadap pasaran dan ekonomi negara tentunya masih ada. Sebaik sahaja tamatnya Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU13), tanda-tanda kebangkitan pasaran saham telah mula kelihatan. Jika trend ini kekal mantap dan berterusan, In Shaa Allah akan ada berita gembira mulai hujang tahun ini dan tahun hadapan untuk para pelabur! Semoga ekonomi negara mampu bertahan dan menyerap segala tekanan dan ketidaktentuan..

Namun begitu bagi pelabur jangka panjang, pelaburan perlu dilakukan dengan kadar yang konsisten dikala ekonomi bagus dan dikala ekonomi sedang mengalami tekanan. 

Kejatuhan harga saham secara keseluruhannya perlu dipandang secara positif  dan strategi pelaburan jangka panjang seperti "Dollar Cost Averanging" boleh digunakan untuk merasionalkan harga serta meningkatkan pemilikan unit.


Seorang pencinta teknologi dan sangat konservatif apabila berbicara tentang pengurusan kewangan. Bercita-cita untuk mencari jalan bagi menjadikan teknologi terkini sebagai mampu milik. Menulis berdasarkan perspektif dan pengalaman sendiri. Asalnya blog ini dibina untuk merekodkan segala perkembangan anak sulung saya, Nurin Iman. Namun begitu sesuai dengan tuntutan masa ia telah berkembang sebagai pelantar peribadi untuk meluahkan pendapat serta berkongsi buah fikiran. Jika anda dapati artikel diblog ini bermanfaat, sila kongsikannya di halaman jaringan sosial.

Share |

Tiada ulasan:

Catat Ulasan