Berbuka Puasa Di Hotel Sentral Johor Bahru

Alhamdulillah pada hari Jumaat yang lepas, saya telah diundang ke Majlis Perasmian Bufet Ramadan anjuran Hotel Sentral Johor Bahru [Link]. Majlis dirasmikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Tanjung Puteri iaitu Datuk Haji Adam Samiru. Majlis juga dimeriahkan dengan kehadiran anak-anak yatim dari rumah anak yatim berdekatan.


Majlis Perasmian Bufet Ramadan anjuran Hotel Sentral Johor Bahru. Majlis dirasmikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Tanjung Puteri iaitu Datuk Haji Adam Samiru.


Bufet ramadan yang membawa tema "Nostalgia Selera Kampung" ini bermula pada 12 Julai sehingga 5 Ogos 2013. Sememangnya saya agak tertarik dengan konsep gerai yang dilakukan oleh pihak pengurusan hotel ini. Lebih unik lagi, gerai-gerai itu dinamakan sempena watak-watak popular dalam filem Melayu. Antaranya ialah Warung Tipah, Warung Sarip Dol, Warung Ajis, Warung Sudin, Warung Mustar dan lain-lain. Setiap gerai menyajikan juadah yang berbeza.


Konsep gerai - Lebih unik lagi, gerai-gerai itu dinamakan sempena watak-watak popular dalam filem Melayu. Antaranya ialah Warung Tipah, Warung Sarip Dol, Warung Ajis, Warung Sudin, Warung Mustar dan lain-lain. Setiap gerai menyajikan juadah yang berbeza.
  Gerai-gerai sempena watak-watak popular dalam filem Melayu


Memandangkan saya seorang pengemar satay, Warung Sarip Dol menjadi destinasi pertama. Selepas itu saya ke Warung Ajis untuk mendapatkan otak-otak serta ayam bakar.


Satay Dari Warung Sarip Dol
Satay



Sebenarnya saya ke majlis ini ditemani oleh 3 orang rakan sepejabat. Memang tidak terlarat jika mahu mencuba kesemua juadah yang disediakan. Jadi 3 orang rakan yang saya bawa bersama itu memang membantu dalam menyelesaikan misi makan-makan ini dengan jayanya.


Otak-otak Dari Warung Ajis
Otak-otak & Ayam Bakar


Saya memulakan berbuka puasa dengan hidangan yang paling ringkas iaitu satay, otak-otak serta ayam bakar. Kemudian berehat sebentar sebelum menyambung semula dengan hidangan nasi beriani kambing. 


Nasi Beriani Kambing


Sejujurnya pilihan makanan yang ditawarkan memang cukup banyak. Memang tidak terlarat untuk mencuba kesemuanya. Boleh dikatakan, semuanya menepati selera. Maklumlah selera orang lapar berpuasa, semuanya nampak sedap dan menyelerakan! Pada pendapat peribadi saya, sangat berbaloi dengan harga yang ditawarkan iaitu RM45 bersih untuk dewasa dan RM25 bersih untuk kanak-kanak. 


Seorang pencinta teknologi dan sangat konservatif apabila berbicara tentang kewangan. Sentiasa mencari alternatif bagi menjadikan teknologi terkini mampu dimiliki. Menulis berdasarkan perspektif dan pengalaman sendiri. Jika anda dapati artikel diblog ini bermanfaat, sila kongsikannya di halaman jaringan sosial.

0 comments:

Copyright © 2017 BEAM™