BEAM

Bila Encik Anif Menulis (BEAM)

Trending

01 Julai 2013

F1 - Nico Rosberg Menang Di British GP 2013

F1 - Nico Rosberg Menang Di British GP 2013
Nico Rosberg [Link] berjaya menamatkan perlumbaan ditempat pertama pada perlumbaan Formula 1 - British Grand Prix 2013.

Beliau memulakan perlumbaan daripada kedudukan kedua dan berjaya menyempurnakan misi kemenangan keduanya pada musim ini di Litar Silverstone.

Secara umumnya, ini adalah minggu yang cemerlang buat pasukan AMG Mercedes kerana berjaya menguasai pusingan kelayakkan dan seterusnya menterjemahkannya dalam bentuk kemenangan melalui Nico Rosberg dan kedudukan ke 4 buat Lewis Hamilton.


Perlumbaan British Grand Prix 2013 kali ini yang dicemari dengan insiden kerosakkan tayar. Akibat insiden tersebut, setiap pasukkan mengeluarkan arahan agar pelumba mereka berhati-hati dengan "kerb" ketika keluar dari selekoh. Kerosakkan tayar juga menjadi penyebab Lewis Hamilton kehilangan peluang untuk menjuarai perlumbaan di tempat sendiri.
Lewis Hamilton Mengalami Masalah Tayar Pada British GP 2013


Perlumbaan British Grand Prix 2013 kali ini yang dicemari dengan insiden kemalangan dan kerosakkan tayar. Akibat insiden tersebut, setiap pasukkan mengeluarkan arahan agar pelumba mereka berhati-hati dengan "kerb" ketika keluar dari selekoh. Kerosakkan tayar juga menjadi penyebab Lewis Hamilton kehilangan peluang untuk menjuarai perlumbaan di tempat sendiri.

Berdasakan situasi di British Grand Prix 2013, pembekal tayar rasmi Formula 1 iaitu Pirelli perlu segera mencari jawapan serta dan menyediakan tayar yang bagus untuk perlumbaan yang akan datang. Sejak akhir-akhir ini imej pembekal tayar ini agak terjejas kerana sering dikritik pelumba dan pasukan yang bertanding kerana kegagalan menyediakan tayar yang mantap serta kontroversi ujian tayar secara rahsia melibatkan pasukan AMG Mercedes [Link].

Berikut adalah keputusan penuh perlumbaan British Grand Prix 2013:

1. Nico Rosberg Mercedes-Mercedes 1hr 32m 59.456s
2. Mark Webber Red Bull-Renault +00m 00.7s
3. Fernando Alonso Ferrari-Ferrari +00m 07.1s
4. Lewis Hamilton Mercedes-Mercedes +00m 07.7s
5. Kimi Raikkonen Lotus-Renault +00m 11.2s
6. Felipe Massa Ferrari-Ferrari +00m 14.5s
7. Adrian Sutil Force India-Mercedes +00m 16.3s
8. Daniel Ricciardo Toro Rosso-Ferrari +00m 16.5s
9. Paul di Resta Force India-Mercedes +00m 17.9s
10. Nico Hulkenberg Sauber-Ferrari +00m 19.7s

11. Pastor Maldonado Williams-Renault +00m 21.1s
12. Valtteri Bottas Williams-Renault +00m 25.0s
13. Jenson Button McLaren-Mercedes +00m 25.9s
14. Esteban Gutierrez Sauber-Ferrari +00m 26.2s
15. Charles Pic Caterham-Renault +00m 31.6s
16. Jules Bianchi Marussia-Cosworth +00m 36.0s
17. Max Chilton Marussia-Cosworth +01m 07.6s
18. Giedo van der Garde Caterham-Renault +01m 07.7s

Rtd. Romain Grosjean Lotus-Renault 51 laps completed
Rtd. Sergio Perez McLaren-Mercedes 46 laps completed
Rtd. Sebastian Vettel Red Bull-Renault 41 laps completed
Rtd. Jean-Eric Vergne Toro Rosso-Ferrari 35 laps competed


Fastest lap:

Mark Webber Red Bull-Renault 1m 33.401s lap 52


Seorang pencinta teknologi dan sangat konservatif apabila berbicara tentang pengurusan kewangan. Bercita-cita untuk mencari jalan bagi menjadikan teknologi terkini sebagai mampu milik. Menulis berdasarkan perspektif dan pengalaman sendiri. Asalnya blog ini dibina untuk merekodkan segala perkembangan anak sulung saya, Nurin Iman. Namun begitu sesuai dengan tuntutan masa ia telah berkembang sebagai pelantar peribadi untuk meluahkan pendapat serta berkongsi buah fikiran. Jika anda dapati artikel diblog ini bermanfaat, sila kongsikannya di halaman jaringan sosial.

Share |

Tiada ulasan:

Catat Ulasan