Cerita Tentang [
Motorsikal
]

Saya Dan Motorsikal - Selepas 3 Minggu

Modenas Jaguh 175
Sudah 3 minggu insiden kemalangan [Link] berlalu. Bermakna sudah 3 minggu saya kembali menunggang motorsikal.

Masih Gementar

Cuma pada minggu pertama perasaan gementar masih belum hilang setiap kali "throttle" dipulas. Perasaan trauma masih belum hilang sepenuhnya barangkali. Alhamdulillah, masuk minggu kedua dan seterusnya semunya sudah kembali seperti sedia kala.

Saya Dan Motorsikal

Saya dan motorsikal memang tidak dapat dipisahkan. Selain menjadi pengangkutan utama untuk berulang-alik ke tempat kerja, ianya juga sudah sebati dengan jiwa atas dasar praktikal dan kebebasan. Maklumlah tinggal di bandar, kenderaan yang paling pantas dan efisien tentunya sebuah motorsikal.

Masih Guna Motorsikal Lama?

Sebenarnya ramai juga yang terkejut kerana saya masih lagi menunggang motorsikal ini. Maklumlah motorsikal ini sudahpun menjangkau usia 14 tahun. Ramai juga yang mencadangkan supaya ianya ditukar kepada yang baharu. Sejujurnya saya tidak bercadang untuk membeli yang lain memandangkan ia sudah banyak berjasa. Walaupun kadang-kadang terpaksa juga melayan kerenah sakit peningnya [Link], selagi mampu bertahan saya akan meneruskannya.

Kenapa tidak membeli motorsikal yang baharu? 

Antara jawapan popular saya ialah ianya bertentangan dengan semangat tulen seorang penunggang motorsikal tegar yang mementingkan kebebasan. Berhutang untuk memiliki yang baharu tentunya sesuatu yang "kontra" dengan semangat tersebut!

Seorang pencinta teknologi dan sangat konservatif apabila berbicara tentang kewangan. Sentiasa mencari alternatif bagi menjadikan teknologi terkini mampu dimiliki. Menulis berdasarkan perspektif dan pengalaman sendiri. Jika anda dapati artikel diblog ini bermanfaat, sila kongsikannya di halaman jaringan sosial.
:) :( ;) :D :-/ :x :P :-* =(( :-O X( :7 B-) #:-S :(( :)) =)) :-B :-c :)] ~X( :-h I-) =D7 @-) :-w 7:P 2):) :!! \m/ :-q :-bd ^#(^

Post a Comment