BEAM

Bila Encik Anif Menulis (BEAM)

Trending

22 November 2013

15 Minit Yang Berbeza

Johor Bahru Tanpa Kesesakan Jalan Raya Adalah Sangat Jarang-jarang Berlaku.
Hari ini saya dihantar isteri ke tempat kerja. Perkara yang sangat berbeza dari kebiasaan. Semuanya disebabkan pada malam sebelumnya baru tersedar bahawa lesen memandu yang saya miliki telah tamat tempoh sejak 2 hari yang lalu! 

Mujur hari ini adalah cuti umum di negeri Johor sempena Hari Keputeraan Sultan Johor, jadi tiada kesesakan lalu lintas. Perjalanan ke tempat kerja sememangnya cukup lancar. 


 Instagram - [Link]


Walaupun perjalanan ke tempat kerja cuma mengambil masa sekitar 15 minit (jika tiada kesesakan), sesekali begini bagus juga. Ada sisi lain yang boleh dicerap dan diperhatikan. Tentunya ianya adalah 15 minit yang berbeza untuk memulakan hari ini.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan