BEAM

Bila Encik Anif Menulis (BEAM)

Trending

09 Disember 2013

Keutamaan, Pengorbanan dan Kos Melepas

Keutamaan, Pengorbanan dan Kos Melepas
Dalam hidup ini, peluang terbaik hanya muncul sekali sekala. Jika ia muncul, manfaatkanlah peluang tersebut sepenuhnya.

Dilemma muncul bila terdapat beberapa peluang terbaik muncul dalam masa serentak. Tentunya ianya akan menyukarkan proses membuat pilihan. Namun begitu dalam proses membuat pilihan yang betul, ianya perlulah berteraskan keutamaan dan pengorbanan.


Kos Melepas


Ahli ekonomi merujuk hal ini sebagai kos melepas (opportunity cost). Tidak perlulah saya huraikan dengan lebih lanjut kerana sudah banyak rujukan mengenainya.

Fahami Konsep


Apa yang saya ingin tekankan ialah, jika kita faham konsep keutamaan, pengorbanan dan kos melepas tentunya kita tidak akan tersasar dari matlamat. Selain daripada itu, yang pastinya kita akan lebih menghargai perkara yang sedang kita usahakan.



Keutamaan, Pengorbanan dan Kos Melepas


Pihak Yang Menyokong Pun Turut Berkorban


Perlu diingat dalam membuat pilihan, pengorbanan bukan datang dari sebelah pihak sahaja. Pihak yang menyokong juga mengorbankan sesuatu untuk terus menyokong pilihan itu. Jadi pengorbanan pihak lain perlu juga diambil kira dan dihargai. Sentiasalah beringat, setiap pengorbanan datang seiring dengan sedikit harapan.

Bagaimana Menghargai Pengorbanan Pihak Lain?


Mudah sahaja. Tunjukkan kesungguhan dan cubalah sedaya upaya untuk menghasilkan keputusan yang baik! Cukup adil bukan?


Tiada ulasan:

Catat Ulasan