BEAM

Bila Encik Anif Menulis (BEAM)

Trending

31 Januari 2013

Januari 31, 2013

Cuti Lagi? Alhamdulillah..

Federal Territory Day - Hari Wilayah Persekutuan - Kuala Lumpur, Putrajaya, Labuan
Semangat berblog sudah hampir kembali ke tahap normal. Namun begitu cuti yang bakal tiba esok dijangka akan menggangu sedikit rentaknya [Link].

Nampaknya memang perlu melakukan sesuatu untuk mengelakkan "mood" dan semangat berblog daripada terus jatuh merudum akibat daripada cuti yang agak kerap ini!

28 Januari 2013

Januari 28, 2013

Bila Cuti Panjang Datang Lagi...

Blogger also have problem! Not Just Cows, Chickens, Cats and Ikan Jaws!


Masalah biasa setiap kali cuti panjang menjelma lagi. Memang susah hendak mengekalkan momentum menulis lebih-lebih lagi bila ada aktiviti lain yang perlu dilakukan semasa bercuti.

Namun begitu, berdasarkan pengalaman lepas apabila cuti panjang datang, adalah lebih baik menghayati sepenuhnya cuti tersebut dengan sebaik mungkin [Link]. 


Mengelakkan Blog Daripada Terabai?


Menggunakan "auto post" atau "schedule post" memang satu penyelesaian yang bagus untuk mengelakkan blog daripada kelihatan seakan terabai. 

Cabaran Sebenar..


Apa pun, sebenarnya ada perkara yang lebih penting yang sukar dikembalikan momentumnya setiap kali berakhirnya cuti. Cabaran memulakan hari selepas bercuti dan mendapatkan prestasi seperti sebelum bermulanya cuti memang satu cabaran yang sangat hebat!

26 Januari 2013

Januari 26, 2013

Perkara Negatif Boleh Berjangkit

Saya bukan setakat percaya bahawa perkara postitif boleh berjangkit malah perkara yang bersifat negatif juga boleh berjangkit.
Saya bukan setakat percaya bahawa perkara positif boleh berjangkit [Link] malah saya percaya bahawa perkara yang bersifat negatif juga boleh berjangkit.

Langkah pertama dalam melakukan sesuatu perkara adalah yang paling kritikal dan akan mencorak perspektif serta tindakan pada masa hadapan. Jika bermula positif, In Shaa Allah semuanya akan berada dilandasan yang betul. Begitu juga sebaliknya.

24 Januari 2013

Januari 24, 2013

Bila Usia Sudah Masuk Tiga Puluhan.. Part 3

Kecederaan Ligemen Lutut
Sempena cuti Maulidur Rasul [Link] hari ini, saya sekeluarga mengambil kesempatan untuk melawat seorang rakan sekerja yang telah dimasukkan ke hospital. 

Beliau mengalami kecederaan ketika bermain badminton dan disahkan oleh doktor mengalami kecederaan ligemen lutut. Alhamdulillah beliau telah selamat menjalani pembedahan untuk menyambung semula ligemen yang putus.

21 Januari 2013

Januari 21, 2013

Demam Bola - CAF Africa Cup of Nations 2013

Kejohanan bola sepak dwi tahunan yang terunggul di benua Afrika datang lagi. Giliran Afrika Selatan menjadi tuan rumah CAF Africa Cup of Nations 2013.

Bermula tahun 2013, kejohanan ini bakal dilangsungkan mengikut tahun ganjil bagi mengelakkan pertembungan dengan pertandingan Piala Dunia

19 Januari 2013

Januari 19, 2013

Celcom Blue - Talian Tetap TM Bukan Lagi Teman 20

Celcom Blue - Talian Tetap TM Bukan Lagi Teman 20 Saya menggunakan perkhidmatan Celcom Blue sejak tahun 2009. Antara sebab utama saya tertarik untuk berhijrah daripada pakej Xpax yang saya gunakan sebelum itu ialah kerana "feature" Teman 20 [Link] yang ada didalam pakej tersebut!

Baru-baru ini saya mendapat satu mesej pesanan ringkas daripada pihak penyedia perkhidmatan telekomunikasi berkenaan dengan talian tetap TM akan dikeluarkan dari senarai Teman 20 bermula 17 Januari 2013.

17 Januari 2013

Januari 17, 2013

Fenomena Listen, Listen, Listen, Listen! - Cerita Kedai Kopi

Bila ada isu tentu ada pihak lain yang bakal memanfaatnya. Fenomena "Listen, Listen, Listen, Listen!" yang dicetuskan oleh Sharifah Zohra Jabeen Syed Shah Miskin sememangnya menceriakan awal tahun 2013.

Seperti yang semua sudah maklum selain ahli politik dan pengamal media sosial, golongan peniaga sememangnya cekap dalam memanfaatkan hal-hal sebegini! Lebih sensasi tentunya lebih bagus! Tentunya saya tertarik dengan beberapa iklan yang dikira agak kreatif serta sesuai dengan keadaan semasa.

Sambal House - LISTEN, LISTEN, LISTEN, LISTEN. 20% off for all food weekdays only. Promotion until 31 January 2013

Nando's - Listen. Listen. Listen Listen. Our chicks are A-Okay. At Nando's, we make sure our chicks are the finest in this country. Made even beter after basting and grilling with Peri-Peri.

Exabytes - The CICAK are listening. The BEES are listening. EVEN THE SHARKS ARE LISTENING. And if only they can go online, they'd listen to us and have a website tool. Get a web hosting with Exabytes. With our 24x7x365 support, Exabytes are always listening.

DiGi - COWS. CHICKENS. CATS. EVEN IKAN JAWS HAVE PROBLEMS. Dear animals. We know you can't talk. But if you can type, then you can search/share/tweet/complain online for just RM1/day. DiGi® Prepaid. No problem.

Mudah - We Have..


15 Januari 2013

Januari 15, 2013

Maybank - Kini Lebih Mudah!

Maybank - Saya Sudah Bayar la!
Kalau dari dahulu sudah ada sistem sebegini tidaklah saya akan ditimpa masalah setiap kali kad kredit [Link] saya tamat tempoh sah lakunya.  

Saya yakin ramai yang menghadapi masalah seperti saya apabila membuat keputusan meminta pihak Maybank menghubungkan akaun kad kredit ke dalam sistem perbankkan dalam talian maybank2u.

11 Januari 2013

Januari 11, 2013

Proton Exora Bold Standard - Kini Dengan Kuasa Turbo!

Proton Exora Bold Standard - Kini Dengan Kuasa Turbo!Terpandang iklan ini di Facebook semalam. Segera ke halaman web rasmi Proton untuk mengesahkannya. Memang benar, Proton Exora Bold Standard kini dikuasakan dengan enjin turbo!  

Teringat ketika mengikuti Pandu Uji Singkat Proton Exora Bold [Link] pada tahun lepas untuk merasa kuasa enjin turbo tersebut yang sememangnya amat mengujakan.

07 Januari 2013

06 Januari 2013

Januari 06, 2013

Duit Poket

Duit Poket - Asas Kepada Pengurusan Kewangan Peribadi
Zaman saya bersekolah dahulu, saya dibiasakan dengan diberi duit poket setiap hari untuk dijadikan belanja sekolah.

Setelah melalui pengalaman sebegitu hampir disepanjang zaman persekolahan, saya dapati ianya memang tidak membantu membina tabiat mengurus kewangan.

04 Januari 2013

Januari 04, 2013

Sedang Membiasakan Diri Dengan 2013

Happy New Year 2013


Masih sedang membiasakan diri menulis tahun yang betul ditahun 2013. Maklumlah baru 3 hari berada ditahun 2013. Semuanya masih belum dibiasakan.

Kebetulan hari ini banyak juga perkara yang memerlukan saya menulis dan menandatangani beberapa dokumen. Seharian dipejabat pun masih tersasul-sasul lagi. Memanjang tertulis tahun 2012 bila ingin menulis atau menaip tarikh!  



Kesilapan Biasa Setiap Kali Tiba Tahun Baru

 

Begitu juga ketika menulis blog. Pada entry yang sebelumnya [Link] saya masih merujuk tahun baharu ini  sebagai tahun 2012! Apabila ditegur baharulah terperasan akan kesilapan yang telah dilakukan. Maka dengan kelam kabutnya saya pun memperbetulkannya sepantas yang boleh. 

Harap esok semuanya akan dapat dipulihkan. Tersasul-sasul ini sebenarnya tidak bagus. Walaupun cuma kesilapan kecil, menunjukkan kita kurang "professional"!

Atau mungkinkah ini adalah tanda-tanda peningkatan umur? :D

03 Januari 2013

Januari 03, 2013

Nurin Amani Ke Sekolah

Nurin Amani - Hari Pertama Ke SekolahKeseronokkan ke alam persekolahan seperti yang kami war-warkan dan ceritakan padanya sejak bertahun dahulu sudah sampai ke kemuncaknya. Sesi persekolahan baharu untuk tahun 2013, Nurin Amani ke sekolah tadika.

Alhamdulillah, hari pertama Nurin Amani ke sekolah bermula dengan baik sekali. Tiada drama atau skrip yang diluar kawalan! Semuanya baik-baik sahaja.

01 Januari 2013

Januari 01, 2013

Misi Memetik Buah Duku!

Selesai menghadiri  Karnival Upin & Ipin [Link], kami terus pulang ke rumah. Sebaik sahaja selesai makan malam dan berehat secukupnya, kami meneruskan perjalanan balik ke kampung. 

Semasa kami balik tempohari [Link], buah duku di kebun masih belum cukup ranum. Kali ini memang sedang elok. Cukup ranum untuk dipetik! Dengan bantuan adik yang dipaksa untuk memanjatnya, sekejap sahaja dapat memenuhkan sebuah kereta tolak!



Buah Duku
Buah Duku


Hari itu misi utamanya ialah memetik buah duku. Namun begitu buah pulasan masih lagi berbaki. Jadi kami petik kedua-duanya. Memang cukup lebat buah dari pokok pulasan tersebut sehingga Abah sempat menjual sebahagiannya di kedai.



Aktiviti Di Kebun Buah-buahan



Cuaca cukup baik pada hari itu. Alang-alang sudah berada di kebun, kami petik sebanyak mana yang boleh sambil membersihkan pokok-pokok tersebut. Maklumlah ketika di kebun tempohari [Link], tidak dapat melakukannya kerana hujan.



Buah Pulasan
Buah Pulasan


Cuma bila berada di kebun memang kena tahanlah dengan gigitan serangga seperti kerengga, semut dan nyamuk. Digigit serangga ketika berada di kebun itu biasa! :D


Nyamuk - Digigit serangga ketika di kebun itu biasa!
Nyamuk - Digigit ketika di kebun itu biasa!


Alhamdulillah, memang puas hati dengan hasil keseluruhannya. Cukup banyak! Bila dibawa balik ke bandar,  bolehlah diagih-agihkan pada jiran tetangga untuk dinikmati bersama.