BEAM

Bila Encik Anif Menulis (BEAM)

Trending

26 Mei 2013

Mei 26, 2013

F1 - Nico Rosberg Menang Di Monaco GP 2013

Nico Rosberg Wins Monaco Grand Prix 2013
Nico Rosberg [Link] berjaya menamatkan perlumbaan ditempat pertama pada perlumbaan Formula 1 - Monaco Grand Prix 2013.

Beliau memulakan perlumbaan daripada kedudukan "pole" dan berjaya menyempurnakan misi podium pertamanya untuk musim 2013.

Secara umumnya, ini adalah minggu yang cemerlang buat pasukan AMG Mercedes kerana berjaya menguasai pusingan kelayakkan dan seterusnya menterjemahkannya kedalam bentuk kemenangan melalui Nico Rosberg dan kedudukan ke 4 buat Lewis Hamilton. Dengan kemenangan ini, Nico Rosberg menduduki tangga ke 6 dalam senarai pungutan mata kategori pemandu manakala Lewis Hamilton kekal di kedudukan ke 4.


Mei 26, 2013

Burger Bakar Abang Burn Jajahan Johor Bahru

Biasalah bila tiba bab-bab makan, saya sentiasa terlambat!

Walaupun sudah lama Burger Bakar Abang Burn sampai di Jajahan Johor Bahru, baru kini saya berpeluang mencubanya.

Ironinya lokasi perniagaan ini sebenarnya berdekatan dengan tempat saya bekerja. Malah jika mahu pulang ke rumah pun akan lalu dihadapannya. Selama ini saya hanya sempat ambil baunya sahaja setiap kali lalu!



Burger Bakar Abang Burn Jajahan Johor Bahru - Peta Lokasi
Burger Bakar Abang Burn Jajahan Johor Bahru - Peta Lokasi


Akhirnya pada hari Jumaat yang lepas bersempena dengan sambutan Hari Wesak, saya sekeluarga mengunjunginya. Memandangkan hari tersebut adalah cuti umum dan secara rasminya bermula cuti persekolahan, bagus juga jika sekali sekala makan di luar dan mencuba sesuatu yang berlainan.



Burger Bakar Abang Burn - Supremo Cheese Beef
Burger Bakar Abang Burn - Supremo Cheese Beef


Sejujurnya saya memang peminat burger. Malah boleh dikatakan seluruh ahli keluarga meminatinya kecuali anak saya yang nombor dua. Apa pun percubaan pertama ini sememangnya satu pengalaman yang mengujakan walaupun agak keliru dengan konsep mereka pada mulanya.

Terus terang saya katakan untuk menghabiskan burger sebesar itu memang agak meletihkan! Sedap? Itu semestinya..  Lain kali jika ke sini lagi saya sangat teruja untuk mencuba Burger Kambing Bakar!

Perniagaan Burger Bakar Abang Burn Jajahan Johor Bahru dibuka seawal jam 5:00 petang - 12:30 pagi setiap hari dan beralamat di B.Point Station, Lot 25231-A, Jalan Yahya Al-Datar, 80000 Johor Bahru. Untuk maklumat lebih lanjut tentang menu yang ditawarkan serta lain-lain maklumat, adalah disarankan untuk melayari halaman web ini [Link]


20 Mei 2013

Mei 20, 2013

Modenas Jaguh 175 - Regulator Voltage Ractifier Rosak!

Perkara yang paling ditakuti oleh pemilik Modenas Jaguh 175 telahpun berlaku. Akhirnya unit Regulator Voltage Ractifier telah disahkan mengalami kerosakkan.


Modenas Jaguh 175 - Regulator Voltage Ractifier Rosak
Regulator Voltage Ractifier - Biasanya Terletak Dibawah Tangki.


Seperti yang diceritakan dan dikongsikan oleh pemilik Modenas Jaguh 175 di forum Malaysian Bikers Community [Link], simptom serta tanda-tanda yang diberitahu itu memang benar-benar terjadi. 


Enjin Mati Ketika Menunggang!


Dalam kes saya ianya bermula dengan kesukaran untuk memulakan perjalanan terutamanya diwaktu pagi. Kemudian menjadi lebih teruk apabila enjin mati secara tiba-tiba ketika sedang menunggang dan kemuncak kepada permasalahan ialah apabila unit bateri [Link] mengalami kerosakkan kekal dipercayai akibat terlebih arus elektrik!



Modenas Jaguh - Regulator Voltage Ractifier
Modenas Jaguh - Regulator Voltage Ractifier [Link]



Pengalaman Pertama Ractifier Rosak!


Memandangkan ini adalah pengalaman pertama, saya tidak mengendahkan sangat simptom serta tanda-tanda yang telahpun ditunjukkan. Sehinggalah apabila unit bateri mengalami kerosakkan baharulah saya sedar bahawa inilah kerosakkan yang selalu diceritakan pemilik Modenas Jaguh 175.


Boleh Tahan Mahal Harganya


Kos untuk pembaikan lebih kurang RM230 iaitu penggantian unit Regulator Voltage Ractifier dan seunit bateri baharu. Apa pun pengalaman ini sememangnya menambahkan lagi kefahaman serta sedikit ilmu tentang motorsikal yang saya miliki. Nasihat saya, jika sudah ada tanda-tanda yang dimaksudkan itu, segeralah bertindak untuk mengelakkan kos pembaikan yang lebih tinggi!

Untuk memahami sistem elektrik motorsikal secara umum boleh rujuk [Link] ini. Bagus penerangannya.



13 Mei 2013

Mei 13, 2013

F1 - Fernando Alonso Menang Di Spanish GP 2013

Fernando Alonso Menang Di GP Sepanyol 2013
Fernando Alonso
Fernando Alonso [Link] berjaya menamatkan perlumbaan ditempat pertama pada perlumbaan Formula 1 - Spanish Grand Prix 2013.

Memulakan perlumbaan daripada kedudukan ke 5, namun begitu berjaya memimpin perlumbaan pada pusingan ke 12. Dengan kemenangan ini, Fernando Alonso berjaya meletakkan dirinya kembali ke lanadasan sebagai pencabar kejuaraan. Kini beliau berada di kedudukan ke 3 dengan 17 mata menjadi pemisah dengan pemimpin kejuaran, Sebastian Vettel.

09 Mei 2013

Mei 09, 2013

Instagram Sesuai Bagi Yang Malas Mengemaskini Blog!

Instagram logo
Instagram logo
Alhamdulillah, akhirnya saya diberi kekuatan untuk menulis semula.

Sejak beberapa minggu yang lepas saya agak sibuk dengan tugasan hakiki sehinggakan tidak sempat untuk mengemaskini blog! Pulang dari kerja pun sudak agak lewat dari kebiasaan dan bila sudah berada di rumah keutamaan tentunya untuk mendapatkan rehat secukupnya.