Wordless Wednesday
Jun 26, 2013
26 Jun 2013
22 Jun 2013
Ramadan
Jun 22, 2013
Jadual Waktu Imsak Dan Berbuka Puasa Bagi Negeri Johor Tahun 1434 / 2013
Untuk Jadual Waktu Imsak Dan Berbuka Puasa Bagi Negeri Johor Tahun 1435 / 2014, sila rujuk pautan ini [Link].
Berikut adalah Jadual Waktu Imsak dan Berbuka Puasa Bagi Negeri Johor 1434 / 2013 yang telah secara rasminya dikeluarkan oleh Jakim.
Zon 1 - Pulau Aur dan Pulau Pemanggil.
Zon 2 - Daerah Johor Bahru, Kulai Jaya, Kota Tinggi, Mersing dan Pulau-pulau berdekatan dengannya.
Zon 3 - Daerah Pontian dan Kluang.
Zon 4 - Daerah Batu Pahat, Muar, Ledang, Segamat dan Gemas Johor.
Ramadhan Buffet
Jun 22, 2013
Ramadan Buffet 2013 Johor Bahru
Untuk Senarai Ramadan Buffet 2015 Johor Bahru, sila rujuk pautan ini [Link].
Alhamdulillah, ini adalah tahun ke 4 artikel berkenaan "Bufet Ramadan" atau "Ramadan Buffet" ini berada di blog ini.
Boleh dikatakan ini adalah "entry" wajib ada setiap kali tiba bulan Ramadan dan memberi kesan yang besar kepada blog ini.
Berikut adalah senarai restoran serta hotel yang menawarkan "Ramadan Buffet 2013 di Johor Bahru".
Antaranya ialah Hotel Sentral Johor Bahru, Grand BlueWave Hotel, Hotel Selesa Pasir Gudang, Le Grandeur Palm Resort Senai, M Suites Hotel, Hotel Mutiara Johor Bahru, New York Hotel, Pulai Springs Resort, Tanjong Puteri Golf Resort, Ponderosa Golf & Country Club, GoodHope Hotel, KSL Hotel & Resort, Suria City Hotel Johor Bahru, Restoran Anjung Warisan, Restoran Malay Village, JB Catering & Food Supplies, 11@ Century Hotel, Grand Paragon Hotel, Berjaya Waterfront Hotel, Pulai Desaru Beach Resort & Spa dan Hotel Seri Malaysia.
21 Jun 2013
Ramadhan Buffet
Jun 21, 2013
Ramadan Buffet 2013 Johor Bahru - Hotel Sentral Johor Bahru
Pada mulanya saya agak terkejut apabila menerima email yang meminta saya mempromosi "Ramadan Buffet" di blog ini. Tanpa berfikir panjang saya menyatakan persetujuan untuk melakukannya.
Tengahari semalam saya ke Hotel Sentral Johor Bahru untuk berjumpa dengan pengurus jualan hotel tersebut. Memandangkan lokasi hotel dan bangunan tempat saya bekerja agak dekat, saya hanya berjalan kaki ke sana. Perbincangan berlangsung dengan lancar dan mesra walaupun pertama kali bertemu. Terima kasih kepada Encik Shaiful atas jemputan serta layanan yang mesra.
Untuk Ramadan Buffet 2013, pihak Hotel Sentral Johor Bahru memperkenalkan "Nostalgia Selera Kampung" sebagai tema utamanya. Hidangan istimewa "Roti Jala Durian" tentunya menjadi tarikan kepada pengunjung untuk mencubanya.
Berikut adalah harga Ramadan Buffet 2013 - Nostalgia Selera Kampung, Hotel Sentral Johor Bahru:
Harga Biasa:
Dewasa: RM45.00 nett
Kanak-kanak : RM25.00 nett
Warga Emas : RM35.00 nett
Kanak-kanak : RM25.00 nett
Warga Emas : RM35.00 nett
Promosi : Beli 10 dewasa percuma 2
Harga Promosi : RM35.00nett (Voucher boleh digunakan dari 12 Julai hingga 5 Ogos 2013)
Promosi ini sah sehingga 7hb Julai 2013
Selain itu, aktiviti Car Boot Sale untuk kelengkapan raya juga turut diadakan.
Harga Promosi : RM35.00nett (Voucher boleh digunakan dari 12 Julai hingga 5 Ogos 2013)
Promosi ini sah sehingga 7hb Julai 2013
Selain itu, aktiviti Car Boot Sale untuk kelengkapan raya juga turut diadakan.
Untuk tempahan dan maklumat lanjut, hubungi:
Shaiful +6012-988 3710 atau +607-222 7788
Untuk senarai lengkap Ramadan Buffet 2013 di sekitar Johor Bahru, sila rujuk pautan ini [Link]
20 Jun 2013
Blogger Tegar
Jun 20, 2013
Di Sebalik Tabir Blog
Titik titik di atas mewakili sifat ‘anonymous’ blogger di atas. Seperti majoriti besar blogger di alam siber, Papa Hebat menggunaka nama ‘pseudo’
bagi mengelakkan identiti sebenarnya dari diketahui umum. Hanya kenalan
yang rapat sahaja yang megenali secara dekat siapa di sebalik tabir
blog yang ditulis oleh Papa Hebat itu.
Umumya
blogger ‘anonymous’ kurang mendapat perhatian pengguna internet. Namun,
jika kandungan blog atau laman webnya bermutu ataupun agak
kontraversi, akan ramai juga pengunjung berpusu-pusu melawat blognya.
Hal inilah yang mendapat perhatian dan dibincangkan oleh ramai pihak,
terutamanya apabila blog yang semakin kerap dikunjungi itu lebih tinggi
nilai ‘kontroversi’nya dari nilai kualiti penulisan atau kandungannya.
Walaupun terdapat pro dan kon
dalam membiarkan sahaja peraturan yang sedia ada mengawal maklumat di
internet, namun penyingkapan tabir pengendali blog dan laman web, pada
pendapat saya, tidak sepatutnya dibuat secara wajib. Adalah menjadi
tugas setiap pengguna internet untuk menggunakan akal fikiran dalam
memilih maklumat yang ingin digunakan. Pihak –pihak yang prihatin dan
kerajaan pula harus berusaha untuk mengatasi masalah-masalah salah guna
internet dengan memperhebatkan penyebaran maklumat yang betul bagi
menangani penerbitan bahan-bahan yang salah dan mengelirukan.
18 Jun 2013
Gadget
Jun 18, 2013
aigoPad M60 - Lebih Murah di Lazada Malaysia?
Saya menulis artikel mengenai aigoPad M60 - Tablet Untuk Kanak-kanak [Link] pada hujung bulan Disember tahun 2012. Sejak itu pencarian pengguna terhadap tablet tersebut di internet sering menyinggah ke blog ini Alhamdulillah walaupun sudah lama "keyword" nya masih panas!
Bagaimana Hendak Mendapatkan aigoPad M60?
Bagi kebanyakkan pengunjung, maklumat pertama yang ingin mereka ketahui ialah bagaimana hendak mendapatkannya. Memang sukar mencari penjual yang menjual mengikut harga yang diiklankan. Situasi tersebut turut saya rasakan ketika mencarinya disekitar Bandaraya Johor Bahru. Namun begitu saya tetap tidak berputus asa. Selain daripada mencari kedai yang menjualnya, saya juga turut melakukan pencarian di kedai-kedai atas talian.
12 Jun 2013
Wordless Wednesday
Jun 12, 2013
Mahu Pindah - Wordless Wednesday #83
10 Jun 2013
Sukan
Jun 10, 2013
F1 - Sebastian Vettel Menang Di Canadian GP 2013
Sebastian Vettel [Link] berjaya menamatkan perlumbaan ditempat pertama pada perlumbaan Formula 1 - Canadian Grand Prix 2013.
Beliau memulakan perlumbaan daripada kedudukan "pole" dan berjaya menyempurnakan misi podium pertamanya di Litar Gilles Villeneuve, Monteal sepanjang kerjayanya.
Secara umumnya, ini adalah minggu yang cemerlang buat pasukan Red Bull kerana berjaya menguasai pusingan kelayakkan dan seterusnya menterjemahkannya dalam bentuk kemenangan melalui Sebastian Vettel dan kedudukan ke 4 buat Mark Webber. Dengan kemenangan ini, Sebatian Vettel berjaya menjarakkan diri dalam senarai senarai pungutan mata kategori pemandu dengan 132 mata berbanding pencabar terdekatnya, Fernando Alonso dengan 96 mata.
05 Jun 2013
01 Jun 2013
Unit Amanah
Jun 01, 2013
Public Ittikal - Agihan Kasar 5.00 Sen Seunit (2013)
Public Mutual telah secara rasminya mengumumkan
agihan pendapatan untuk 7 dana amanah yang dikendalikan oleh pihak
mereka untuk tahun kewangan berakhir pada 31 Mei 2013.
Antara dana amanah yang terlibat ialah Public Ittikal Fund [Link], Public Islamic Equity Fund, Public Islamic Select Treasures Fund, Public Dividend Select Fund, PB ASEAN Dividend Fund, Public Balanced Fund dan Public Select Bond Fund.
Antara dana amanah yang terlibat ialah Public Ittikal Fund [Link], Public Islamic Equity Fund, Public Islamic Select Treasures Fund, Public Dividend Select Fund, PB ASEAN Dividend Fund, Public Balanced Fund dan Public Select Bond Fund.
Tentunya ini adalah berita yang ditunggu-tunggu oleh para pelabur dan berikut adalah jadual pendapatan seunit bagi 7 dana amanah tersebut: