BEAM

Bila Encik Anif Menulis (BEAM)

Trending

29 Julai 2013

Julai 29, 2013

F1 - Lewis Hamilton Menang Di Hungarian GP 2013

F1 - Lewis Hamilton Wins Hungarian GP 2013
Lewis Hamilton [Link] berjaya menamatkan perlumbaan ditempat pertama pada perlumbaan Formula 1 - Hungarian Grand Prix 2013.

Beliau memulakan perlumbaan daripada kedudukan "pole" dan berjaya menyempurnakan misi kemenangan pertamanya pada musim 2013 di Litar Hungaroring. Kemenangan yang sangat istimewa buat beliau kerana ini adalah kemenangan pertama bersama pasukan AMG Mercedes.

23 Julai 2013

Julai 23, 2013

Jadual Lengkap Barclays English Premier League (EPL) Musim 2013 / 2014

Untuk Jadual Lengkap Barclays English Premier League (EPL) Musim 2014 / 2015, sila rujuk pautan ini [Link].

Jadual Barclays Premier League (EPL) 2013 - 2014 Waktu Malaysia
Semua jadual perlawanan Barclays English Premier League (EPL) 2013/2014, yang dinyatakan adalah berdasarkan Waktu Malaysia - GMT +8 (tempatan). Semoga dengan perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada peminat sukan dan peminat bola sepak secara khususnya.

Untuk menonton perlawanan yang dinyatakan secara online sila klik pautan ini [Link]

20 Julai 2013

Julai 20, 2013

Bazar Ramadan Taman Ungku Tun Aminah (TUTA)

Walaupun lokasi Bazar Ramadan Taman Ungku Tun Aminah (TUTA) berdekatan dengan kediaman, saya tidak selalu singgah. Kebetulan pada hari Khamis yang lepas saya tidak bekerja, jadi saya sekeluarga mengambil kesempatan itu untuk berkunjung ke bazar ramadan. 





Rambang mata setiap kali be bazar ramadan. Semuanya nampak menarik dan sedap! Namun begitu misi serta rancangan perlu sentiasa dipastikan pada landasan yang betul. Kalau tidak tentu terbeli lebih! Antara juadah yang menjadi buruan kami setiap kali ke bazar ramadan adalah mee rebus, nasi kerabu, kuih tako dan tidak ketinggalan leher ayam goreng!





Setiap kali ke bazar ramadan, pemerhatian saya tentunya tertumpu kepada harga juadah yang dijual. Boleh dikatakan secara umumnya harga masih lagi seperti pada tahun lepas. Masih lagi berada pada tahap yang munasabah.




Cuma kali ini saya agak tertarik dengan penjual mee rebus yang menurunkan harga! Kalau tahun lepas ianya dijual pada harga RM3.50, sekarang harganya RM3.00. Yang penting saiz hidangan dan isi kandungannya masih lagi sama. 

Turun harga itu bagus, disaat semua barangan dan perkhidmatan naik harga!

18 Julai 2013

Julai 18, 2013

Berbuka Puasa Di Hotel Sentral Johor Bahru

Alhamdulillah pada hari Jumaat yang lepas, saya telah diundang ke Majlis Perasmian Bufet Ramadan anjuran Hotel Sentral Johor Bahru [Link]. Majlis dirasmikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Tanjung Puteri iaitu Datuk Haji Adam Samiru. Majlis juga dimeriahkan dengan kehadiran anak-anak yatim dari rumah anak yatim berdekatan.


Majlis Perasmian Bufet Ramadan anjuran Hotel Sentral Johor Bahru. Majlis dirasmikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Tanjung Puteri iaitu Datuk Haji Adam Samiru.


10 Julai 2013

Julai 10, 2013

Selamat Menyambut Ramadan, Selamat Berpuasa Buat Semua #3

Ramadan datang lagi. Besar harapan saya agar Ramadan dapat disambut dalan keadaan yang tenang serta kekal aman di negara ini.

Selamat Menyambut Ramadan, Selamat Berpuasa Pada Semua


Seperti tahun-tahun yang sebelumnya, saya dengan rendah diri dan konsisten menyarankan pada yang masih merokok supaya mengambil kesempatan sempena Ramadan untuk memulakan misi berhenti merokok [Link]. 

Bagi yang mempunyai anak kecil yang mahu belajar berpuasa, boleh rujuk pautan ini [Link] untuk sedikit tips yang sangat berkesan yang telah lama saya sekeluarga amalkan.
 
Dikesempatan ini, saya juga ingin memohon ampun dan maaf sekiranya selama berblog ada menyinggung perasaan mana-mana pihak secara sengaja atau tidak.

Semoga kita semua mendapat keberkatan dibulan yang mulia ini. Selamat menyambut Ramadan, selamat berpuasa buat semua.

08 Julai 2013

Julai 08, 2013

F1 - Sebastian Vettel Menang Di German GP 2013

F1 - Sebastian Vettel Menang Di German GP 2013
Sebastian Vettel [Link] berjaya menamatkan perlumbaan ditempat pertama pada perlumbaan Formula 1 - German Grand Prix 2013.

Beliau memulakan perlumbaan daripada kedudukan "pole" dan berjaya menyempurnakan misi kemenangan keempatnya pada musim ini di Litar Hockenheim. Kemenangan yang sangat istimewa buat beliau kerana ini adalah kemenangan pertama di tempat sendiri disepanjang kerjayanya.

01 Julai 2013

Julai 01, 2013

F1 - Nico Rosberg Menang Di British GP 2013

F1 - Nico Rosberg Menang Di British GP 2013
Nico Rosberg [Link] berjaya menamatkan perlumbaan ditempat pertama pada perlumbaan Formula 1 - British Grand Prix 2013.

Beliau memulakan perlumbaan daripada kedudukan kedua dan berjaya menyempurnakan misi kemenangan keduanya pada musim ini di Litar Silverstone.

Secara umumnya, ini adalah minggu yang cemerlang buat pasukan AMG Mercedes kerana berjaya menguasai pusingan kelayakkan dan seterusnya menterjemahkannya dalam bentuk kemenangan melalui Nico Rosberg dan kedudukan ke 4 buat Lewis Hamilton.