BEAM

Bila Encik Anif Menulis (BEAM)

Trending

30 September 2013

September 30, 2013

Modenas Jaguh 175 - Kemek Ditangki Sebagai Peringatan!

Hampir seminggu juga motorsikal itu tersadai dihadapan rumah. Sebaik sahaja luka dilutut kering [Link], rasanya inilah masa yang sesuai untuk melihat keadaannya secara lebih teliti.


 
Modenas Jaguh 175 - Footrest
Pemijak Kaki Baharu!



Jangkaan awal berkemungkinan "fork" serta rim hadapan mengalami kerosakkan. Alhamdulillah setelah diperiksa, tiada kerosakkan yang serius. Cuma "footrest" sebelah kiri  serta kedua-dua cermin pandang belakang perlu diganti baharu.




Modenas Jaguh 175 - Proses Pembaikan Bermula



Kemek dibahagian tangki serta sedikit calar di ekzos terpaksa dibiarkan dahulu. Bagus sebagai tanda untuk mengingatkan diri supaya lebih berhati-hati semasa menunggang!


24 September 2013

September 24, 2013

Kemalangan - Peringatan Untuk Diri Sendiri

Kemalangan - Peringatan Untuk Diri SendiriPagi tadi sewaktu menunggang seperti biasa untuk ke tempat kerja, saya telah mengalami kemalangan.

Berada Di Laluan Yang Betul

Semuanya berpunca daripada seorang penunggang motorsikal yang tiba-tiba meluru keluar untuk menukar lorong dari celahan deretan kenderaan ketika kesesakan lalu lintas. Memang benar ketika itu saya berada di laluan yang betul. Namun begitu, kejadian yang berlaku agak pantas itu mengakibatkan saya dan penunggang yang membuat onar itu terjatuh ditengah jalan.

22 September 2013

September 22, 2013

F1 - Sebastian Vettel Menang Di Singapore GP 2013

Formula 1 - Sebastian Vettel Wins Singapore Grand Prix 2013
Sebastian Vettel [Link] berjaya menamatkan perlumbaan ditempat pertama pada perlumbaan Formula 1 - Singapore Grand Prix 2013.

Perlumbaan yang telah direncatkan momentumnya dengan kemasukkan kereta keselamatan pada pusingan ke 25 akibat kemalangan yang menimpa pelumba Torro Rosso, Daniel Ricciardo. Namun begitu dominasi Sebastian Vettel sememangnya tidak terjejas. Beliau terus memimpin perlumbaan dari awal sehingga tamat perlumbaan.

18 September 2013

September 18, 2013

Bila Menulis Bukan Dari Hati..

Sudah lama blog ini ditinggalkan. Bukan kerana tiada idea atau mengalami sindrom Writer's Block [Link] tetapi lebih kepada tiada rasa seronok untuk menulis. Barangkali inilah yang dikatakan bila menulis bukan dari hati semuanya terasa tawar serta seperti hilang mood!


Tips Blogging - Bila Menulis Bukan Dari Hati..


Tak Boleh Dibiarkan..

Saya sedar.. Bahaya jika dibiarkan perkara sebegini berlarutan. Sangat tidak bagus dan tidak sihat untuk merangsang kreativiti. Lebih lama dibiarkan tentunya akan menyebabkan keadaan bertambah parah.

Memaksa Diri Untuk Menulis Bukan Penyelesaian

Untuk mengurangkan kesan tidak sihat tersebut, saya cuba juga memaksa diri untuk menulis [Link]. Seperti yang diduga hasilnya agak mengecewakan. Maklumlah bila menulis bukan dari hati..

Hmm.. Saya berada dalam keadaan "Paradox" atau barangkali saya perlukan cuti yang panjang?

08 September 2013

September 08, 2013

F1 - Sebastian Vettel Menang Di Italian GP 2013

Sebastian Vettel [Link] berjaya menamatkan perlumbaan ditempat pertama pada perlumbaan Formula 1 - Italian Grand Prix 2013.

Beliau memulakan perlumbaan daripada kedudukan pole dan mendominasi perlumbaan sehingga tamat. Kemenangan ini adalah kemenangan ke 6 beliau untuk musim 2013. Untuk rekod, beliau pernah menang di sini (Litar Monza) pada tahun 2008 dan 2011. Dengan kemenangan ini, Sebastian Vettel mengukuhkan lagi kedudukannya di senarai pungutan mata keseluruhan pada kategori pemandu dengan berkelebihan 53 mata berbanding Fernando Alonso di tempat kedua.