BEAM

Bila Encik Anif Menulis (BEAM)

Trending

22 November 2013

November 22, 2013

15 Minit Yang Berbeza

Johor Bahru Tanpa Kesesakan Jalan Raya Adalah Sangat Jarang-jarang Berlaku.
Hari ini saya dihantar isteri ke tempat kerja. Perkara yang sangat berbeza dari kebiasaan. Semuanya disebabkan pada malam sebelumnya baru tersedar bahawa lesen memandu yang saya miliki telah tamat tempoh sejak 2 hari yang lalu! 

Mujur hari ini adalah cuti umum di negeri Johor sempena Hari Keputeraan Sultan Johor, jadi tiada kesesakan lalu lintas. Perjalanan ke tempat kerja sememangnya cukup lancar. 

05 November 2013

November 05, 2013

Demak DZM 200 - Boleh Tahan Rekabentuknya!

Pertama kali terlihat motosikal ini ialah pada sebuah forum di internet [Link]. Terus teruja untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut. 

Bila mendapat tahu bahawa harganya adalah dibawah RM 9000, terasa seolah-olah tidak percaya!  


Demak DZM 200 - Boleh Tahan Rekabentuknya!
Demak DZM 200

Demak DZM 200 - Boleh Tahan Rekabentuknya!


Semalam saya meluangkan masa untuk melihatnya dengan lebih dekat di sebuah kedai motosikal berhampiran dengan kediaman.

Memang benar rekabentuknya agak segar dan radikal. Lebih-lebih lagi apabila susun atur ekzos yang diletakkan dibawa tempat duduk telah menyerlahkan lagi ciri-ciri radikalnya. Selain itu, motosikal ini juga dilengkapi dengan paparan meter digital sepenuhnya serta lampu hadapan yang agak besar.


Demak DZM 200 alternatif kepada KTM Duke 200?
Demak DZM 200


Antara ciri standard lain yang ada pada motosikal ini ialah sistem brake jenis cakera untuk kedua-dua roda hadapan dan belakang. Sayangnya, motosikal ini tidak dilengkapkan dengan sistem suspensi hadapan "upside down". Kalau ada tentu ianya kelihatan lebih garang!


Alternatif sempurna kepada KTM Duke 200?


Untuk sebuah motosikal "naked", saya boleh katakan bahawa rekabentuk Demak DZM 200 setanding pengeluar dari jenama yang lebih terkenal. Boleh jadi alternatif sempurna kepada KTM Duke 200 untuk kos melebihi separuh lebih murah!


Keyakinan Jenama


Cuma apa yang merisaukan ialah kekuatan dan keyakinan terhadap jenama "Demak". Rasanya ramai yang masih tertanya-tanya adakah jenama ini datang dengan kualiti setanding motosikal keluaran Jepun mahupun Korea?

Namun begitu sepanjang bergelumang dengan dunia bermotorsikal, saya sebenarnya amat kurang mendengar masalah daripada pemilik jenama ini. Lagipun rangkaian pengedar dan pusat servisnya ada diseluruh negara. Secara tidak langsung meyakinkan saya bahawa mendapatkan alat ganti bukanlah menjadi satu masalah.

Sejujurnya saya berminat untuk memiliki Demak DMZ 200. Bagus untuk riadah dan menunggang di hujung minggu!


Demak DZM 200 - Spesifikasi

 

Engine: Single Cylinder, Air Cooled, 4 Strokes
Engine Capacity (cc): 193.2
Dimension (mm): 2040 x 800 x 1100
Wheelbase (mm): 1.375mm
Maximum Power: 11kW/7500rpm
Maximum Torque: 14Nm/6500rpm
Lubrication: Pressure, Splash
Ignition: CDI
Compression Ratio: 9:0:1
Bore x Stroke (mm): 63mm x 62mm
Transmission System: Chain Drive
Brake (Front/Rear): Disc/Disc
Dry weight: 130 KG
Starter: Electric & Kick
Front Tyre: 110/70H-17
Rear Tyre: 130/70-17
Seat Height: 800mm
Clutch Type: Multiplate Wet Clutch
Ground Clearance: 180mm
Rider Capacity: 2 persons
Fuel Tank Capacity: 15 Litres
Battery: 12V/6.5AH