BEAM

Bila Encik Anif Menulis (BEAM)

Trending

24 Disember 2013

Disember 24, 2013

Generasi X dan Motosikal - Pengaruh TV Berlebihan?

Bila Generasi X bercerita tentang motosikal, kelihatan peranan serta pengaruh televisyen menjadi sangat ketara dalam mempengaruhi pembentukan minat terhadap dunia permotoran.


CHiPs TV Series Opening Title
CHiPs TV Series Opening Title



Saya akui bahawa banyak terpengaruh dengan cerita-cerita yang disiarkan di televisyen ketika zaman kanak-kanak. Antara siri televisyen yang memberi kesan mendalam ialah CHiPs, Galactica dan Street Hawk. Manakala filem-filem seperti Dua Kali Lima, Gila-gila Remaja dan Azura menguatkan lagi keinginan untuk memiliki motosikal.




"CHiPs" ride Kawasaki KZ-900P
"CHiPs" - Kawasaki KZ-900P



Malangnya kebanyakkan siri televisyen yang memaparkan hero bermotorsikal sebagai watak utama tidak mampu bertahan lama.



Galactica Turbo Bike
Galactica Turbo Bike


Daripada ketiga-tiga siri televisyen tersebut, hanya siri televisyen CHiPs mampu bertahan agak lama sehingga ke beberapa musim (1977 -1983). Manakala Galactica (1980) dan Street Hawk (1985) hanya mampu bertahan semusim.


Street Hawk
Street Hawk



Saya telah menonton banyak siri televisyen dan filem. Namun begitu, salah satu babak dalam filem "Fled" (1996) yang dibintangi oleh Laurence Fisburne dan Stephen Baldwin yang menuggang dua buah motosikal Ducati 916 cukup menarik perhatian.




Setiap kali menontonnya terasa seperti saya sendiri yang menunggang salah satu daripada motosikal tersebut.

Jika mahukan aksi yang lebih debaran boleh menonton salah satu babak dari filem Dua Kali Lima [Link] lakonan Wahid Satay dan Siti Tanjung Perak. Aksi flipping 360 darjah menggunakan Lambretta di akhir video klip itu memang diiktiraf sebagai "epic" dalam filem Melayu!


09 Disember 2013

Disember 09, 2013

Keutamaan, Pengorbanan dan Kos Melepas

Keutamaan, Pengorbanan dan Kos Melepas
Dalam hidup ini, peluang terbaik hanya muncul sekali sekala. Jika ia muncul, manfaatkanlah peluang tersebut sepenuhnya.

Dilemma muncul bila terdapat beberapa peluang terbaik muncul dalam masa serentak. Tentunya ianya akan menyukarkan proses membuat pilihan. Namun begitu dalam proses membuat pilihan yang betul, ianya perlulah berteraskan keutamaan dan pengorbanan.