Cerita Tentang [
Merdeka
]

Iklan DiGi Telecommunications Sempena Hari Kemerdekaan 2014 - Buat Saya Sayu..

Iklan Digi Telecommunications Sempena Hari Kemerdekaan 2014 - Buat Saya Sayu..
Kredit: Digi Telecommunications
Hari ini saya mengambil sedikit masa untuk menonton iklan-iklan yang mempunyai tema kemerdekaan. Maklumlah mood untuk merayakan Hari Kemerdekaan semakin membara. Antara iklan yang menarik untuk diperkatakan ialah iklan daripada DiGi Telecommunications yang bertajuk "Malaysia. We are family".

Memang benar, apabila tiba musim perayaan dan kemerdekaan kebanyakkan iklan yang diterbitkan boleh dikatakan amat bermutu. Kalau iklan dari Maxis ("It's ok. We're family") membuat saya ketawa, iklan dari DiGi Telecommunications ("Malaysia. We are family") membuatkan saya sayu. Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Ke-57!




Malaysia. We are family

Misinya mudah macam jom keluar dan tengok berapa ramai orang Malaysia akan sahut bila saya anggap mereka macam keluarga. Macha, Anneh, Pakcik, Uncle.

Tidak dinafikan, saya rasa berdebar. Tapi... ia satu pendedahan bila saya bersikap terbuka, mereka juga sama. Dan tak perlu usaha lebih. Saya nyanyi bersama auntie hari ini. Saya belajar tai chi. Saya ditanya kalau mahu dijodohkan dengan salah seorang anak mereka. Mustahil kita akan buat dengan orang tak dikenali.

Saya tanya mereka. "Apa yang awak rasa tentang fenomena ini?" Bagaimana orang Malaysia anggap diri macam keluarga dan seorang lelaki, Anneh di Brickfields, jawapannya sangat tepat. Dia kata

"Memang itu caranya". "Memang selalu macam tu". "Kita tak tahu ia datang dari mana, kenapa kita buat, tapi kita tetap buat". 

Ia cerminkan diri kita sebagai manusia sebagai rakyat Malaysia. Ada semangat perpaduan. Saya rasa mungkin ia dari dulu lagi atau sebelumnya.
"Hanya orang Malaysia faham orang Malaysia!". "Kami anak Malaysia dan kami buta warna". "Malaysia yang terbaik. Kita jangan lupa asal kita".

Walaupun kita tak kenal. Kita orang yang tak dikenali. Kita tak senyum sama kita, seperti sering atau biasa kita lakukan tapi di lubuk hati, saya rasa, kita tahu yang kita boleh bergantung seperti sebuah keluarga dan ada harapan di dalamnya. Dan saya bangga menjadi keluarga Malaysia.

Terbaiklah Malaysia!

Seorang pencinta teknologi dan sangat konservatif apabila berbicara tentang kewangan. Sentiasa mencari alternatif bagi menjadikan teknologi terkini mampu dimiliki. Menulis berdasarkan perspektif dan pengalaman sendiri. Jika anda dapati artikel diblog ini bermanfaat, sila kongsikannya di halaman jaringan sosial.
:) :( ;) :D :-/ :x :P :-* =(( :-O X( :7 B-) #:-S :(( :)) =)) :-B :-c :)] ~X( :-h I-) =D7 @-) :-w 7:P 2):) :!! \m/ :-q :-bd ^#(^

3 comments

  1. Replies
    1. Seharusnya begitu & sampai bila-bila :)

      Delete
    2. btui tu..kan kita ni dah jadi 1family...x baik gaduh sesama sendiri..x kisah biru, hijau atau kuning..kita ni semua cintakan Msia...jom sharekan cinta kita kat sini...Selamat Hari Merdeka Ke 57!!!! Merdeka!!
      http://www.mycinta.com.my/

      Delete