Adakah Ini Proton Iriz?

Sempena Hari Kemerdekaan Negara yang ke-57, Proton secara rasminya memperlihatkan model terbaharu mereka yang bakal dilancarkan tidak lama lagi melalui microsite betulbetulonz.com.my.

Antara imej-imej yang diperlihatkan didalam microsite tersebut ialah imej lampu hadapan, head unit yang dilengkap skrin sesentuh serta fungsi reverse camera. Selain itu terdapat juga imej push start button.


Proton Iriz - Fungsi Serta Ciri Utama
Proton Iriz - Fungsi Serta Ciri Utama

Diberitakan model terbaharu dari Proton ini berjaya mencapai piawaian ANCAP - 5 Bintang! Dilengkapi 6 beg udara (front, side, curtain) serta VDC. 


Proton Iriz Dapat ANCAP - 5 Bintang!
ANCAP - 5 Bintang!


Namun begitu seperti biasa segala peralatan yang didedahkan ini berkemungkinan besar ianya hanya untuk model "high spec".

Model ini bakal dipasang dengan enjin serba baharu berkapasiti 1.3 dan 1.6 liter yang dilengkapi dengan  variable valve timing (VVT).  


Proton Iriz - Dilengkapi 6 beg udara (front, side, curtain)
Dilengkapi 6 beg udara (front, side, curtain)


Adakah Ini Proton Iriz?


Namanya masih belum diumumkan lagi secara rasmi. Kalau benarlah ini adalah Proton Iriz, mungkin ini adalah salah satu model yang boleh dipertimbangkan oleh bakal pembeli. Berdasarkan ciri-ciri serta fungsi yang diperlihatkan, ia adalah satu model yang cukup menarik untuk diperkatakan.


Proton Iriz
Kredit: Paultan.org


2 comments:

  1. mantap nih... dah boleh booking nanti..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Spec mantap. Kalau dapat sesi pandu uji lagi bagus sebelum booking :)

      Delete

Copyright © 2017 BEAM™