BEAM

Bila Encik Anif Menulis (BEAM)

Trending

23 Julai 2014

Julai 23, 2014

Jadual Kempen Menderma Darah (HSA) - Ramadan & Syawal 2014

Berikut adalah Jadual Kempen Menderma Darah Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru pada bulan Ramadan & Syawal 2014.

Buat warga Johor khususnya daerah Johor Bahru dan sekitarnya bolehlah berkunjung di tempat yang dinyatakan pada tarikh yang telah ditetapkan untuk menderma darah.


Jadual Kempen Menderma Darah Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru pada bulan Ramadan & Syawal 2014.
Derma Darah Menyelamatkan Nyawa

21 Julai 2014

Julai 21, 2014

F1 - Valtteri Bottas Menerajui Kebangkitan Pasukan Williams

Sudah lama tidak mendengar cerita mengenai Pasukan Williams. Untuk musim 2014, pasukan ini dikenali dengan nama rasminya Williams Martini Racing. Pasukan yang dianggap sebagai lagenda ini sudah sekian lama berada dikelompok pertengahan. 

Sebaik sahaja perlumbaan Formula 1 (F1) musim 2014 kembali ke benua Eropah, pasukan ini telah menunjukkan kebangkitan. Watak penting dalam kebangkitan Pasukan Williams tentunya Valterri Bottas.


Valtteri Bottas


Julai 21, 2014

Jadual Lengkap Barclays English Premier League (EPL) Musim 2014 / 2015

Jadual Barclays Premier League (EPL) 2014 - 2015 Waktu Malaysia
Semua jadual perlawanan Barclays English Premier League (EPL) 2014/2015, yang dinyatakan adalah berdasarkan Waktu Malaysia - GMT +8 (tempatan). Semoga dengan perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada peminat sukan dan peminat bola sepak secara khususnya.

Untuk menonton perlawanan yang dinyatakan secara online sila klik pautan ini [Link]

09 Julai 2014

Julai 09, 2014

Bazar Ramadan Taman Ungku Tun Aminah (TUTA) - Jalan Perwira 19

Setelah selesai urusan di Pejabat POS, kami mengambil keputusan untuk singgah sebentar di Bazar Ramadan Taman Ungku Tun Aminah. Walaupun sudah beberapa hari berpuasa, inilah kali pertama saya sekeluarga pergi ke bazar ramadan. 

Lokasi Baharu


Lokasi bazar ramadan ini telah pun ditukar oleh pihak MPJBT. Kalau dahulu ia diadakan di Jalan Perwira 3. Manakala bagi tahun ini, lokasinya ialah di Jalan Perwira 19. Saya berpendapat lokasi baharu ini lebih baik kerana lebih luas serta boleh menempatkan peniaga di kedua-dua arah bertentangan dan yang paling bagus sekali ialah ianya ditutup bagi trafik sewaktu perniagaan berlangsung. Langkah-langkah yang telah diambil ini sememangnya membuat penggunjung lebih selesa.




Rambang Mata


Memang rambang mata melihat pelbagai jenis juadah yang dijual. Semunya nampak menyelerakan. Namun begitu, misi kami jelas iaitu mencari juadah kegemaran kami sekeluarga iaitu mee rebus, nasi kerabu, kuih tako dan tidak ketinggalan leher ayam goreng!


Bazar Ramadan Taman Ungku Tun Aminah (TUTA) 2014


Harga Masih Lagi Munasabah


Setiap kali ke bazar ramadan, pemerhatian saya tentunya tertumpu kepada harga juadah yang dijual. Boleh dikatakan secara umumnya harga masih lagi seperti pada tahun lepas. Masih lagi berada pada tahap yang munasabah.  



Mee Rebus Sahabat - Bazar Ramadan Taman Ungku Tun Aminah (TUTA) 2014


Cuma harga Mee Rebus Sahabat tahun ini naik 50sen kepada RM3.50 berbanding tahun lepas RM3.00! [Link] Tidak mengapalah, asalkan saiz hidangan dan kualitinya tetap seperti dahulu.