BEAM

Bila Encik Anif Menulis (BEAM)

Trending

27 Ogos 2014

25 Ogos 2014

Ogos 25, 2014

Apa Itu ALS Ice Bucket Challange?

Bill Gates ALS Ice Bucket Challenge
Kredit: Thestar.com.my

Apa itu ALS Ice Bucket Challenge?


ALS Ice Bucket Challenge merupakan kempen untuk meningkatkan kesedaran tentang penyakit Amyotrophic Lateral Sclerosis (ALS). Peserta harus menyiram sebaldi air berisi ais ke tubuhnya dan mencalonkan 3 orang yang lain untuk melakukan perkara yang sama.

Jika tidak dapat melakukannya, mereka harus menyumbangkan $100 ke yayasan ALS. Tujuan utamananya ialah untuk mengutip derma bagi membiayai pusat penyelidikan serta mencari penawar utk penyakit ALS.

22 Ogos 2014

Ogos 22, 2014

Yamaha FZ150i (2014) - Harga Dan Spesifikasi

Sekitar bulan April yang lepas, pihak Hong Leong Yamaha Motor Sdn. Bhd. telahpun melancarkan model terbaharu Yamaha FZ150i. Model baharu ini didatangkan dengan beberapa ciri serta penambahbaikan berbanding model sebelumnya.



Yamaha FZ150i 2014
Yamaha FZ150i 2014

Yamaha FZ150i 2014 - Harga Dan Spesifikasi


Berikut adalah harga dan spesifikasi rasmi Yamaha FZ150i (2014) untuk pasaran Malaysia:


Enjin Silinder Tunggal, Sejukkan Cecair, 4-lejang SOHC
Isipadu 149.8cc
Gerek x lejang 57 mm x 58.7 mm
Transmisi 5-kelajuan
Kuasa  12.2kW (16.4bhp) @8500rpm
Fuel System Suntikan Bahan Api
Suspensi Hadapan Teleskopic
Suspensi Belakang Monoshock
Brek Hadapan Cakera Tunggal
Brek Belakang Cakera Tunggal
Tayar Hadapan 90/80-17 (46P)
Tayar Belakang 120/70-17 (58P)
Saiz tangki 12 liter
Minyak Enjin 1.15 liter
Berat 117 kg
Harga RM8,538*
*Harga asas (kilang) dengan GST. Tidak termasuk pendaftaran, insurans serta lain-lain kos.


Rujukan: Hong Leong Yamaha


Yamaha FZ150i 2014 - Harga Dan Spesifikasi
Yamaha FZ150i (2014)

Pembaharuan Dan Penambahbaikan


Terdapat beberapa pembaharuan dan penambahbaikan terhadap Yamaha FZ150i (2014) berbanding model dengan sebelumnya. Diantaranya ialah:

  • Sistem Brek Cakera Belakang
  • Sistem Kunci Berpusat
  • Tayar Lebih Besar
  • Kombinasi Meter Analog dan Digital
  • Sistem Lampu Hadapan dan Belakang Baharu
  • Tangki Minyak Lebih Sporty

Tiada Penghidup Tendang?


Satu kekurangan yang boleh dianggap ketara bagi Yamaha FZ150i (2014) ialah ketiadaan penghidup tendang. Namun begitu kekurangan ini tidak langsung menjejaskan prestasi motosikal ini. Cuma pemiliknya perlu lebih kerap memeriksa dan memastikan kuasa bateri motosikal sentiasa berada pada tahap terbaik untuk mengelakkan sebarang kesulitan.


20 Ogos 2014

Ogos 20, 2014

Datuk Wira Azhar Abdul Hamid - Tidak Ramai Seberaninya

Datuk Wira Azhar Abdul Hamid - Tidak Ramai Seberaninya
Kredit: The Malaysian Insider
The Malaysian Insider
"Sebagai ketua MRT Corp, saya mengambil tanggungjawab peribadi dan ini adalah perkara yang seharusnya dilakukan. Saya telah memaklumkan kepada Pengerusi MRT Corp, Tan Sri Dr Ali Hamsa mengenai keputusan saya itu," katanya.
Ogos 20, 2014

Kawasaki Z250SL - Harga Dan Spesifikasi

Pasaran motosikal bersilinder tunggal yang berkapasiti 250cc semakin meriah di Malaysia. Baru-baru ini pihak Kawasaki Motors Malaysia Sdn. Bhd. telah pun memperkenalkan model terbaharu mereka yang dikenali sebagai Kawasaki Z250SL


Kawasaki Z250SL
SL bermaksud "Super Light".

Pesaing Jalan Dulu


Setelah sekian lama membiarkan para pesaingnya memulakan langkah, akhirnya telah tiba masanya untuk Kawasaki bersaing didalam pasaran.



Kawasaki Z250SL (Super Light)
Kawasaki Z250SL (Super Light)

Kawasaki Z250SL - Harga Dan Spesifikasi


Berikut adalah harga dan spesifikasi rasmi Kawasaki Z250SL untuk pasaran Malaysia:

Enjin: Empat lejang silinder tunggal, sistem sejukan cecair DOHC
Isipadu: 249cc
Gerek x lejang: 72mm x 61.2mm
Nisbah mampatan: 11.3 : 1
Transmisi: Enam kelajuan
Kuasa maksimum: 28PS @ 9,700rpm
Tork maksimum: 22.6Nm @ 8,200rpm
Suspensi hadapan: Fork teleskopik 37mm
Suspensi belakang: Monoshock boleh laras 5 tahap (Pro-Link)
Brek hadapan: Cakera tunggal 290mm angkup dwi-omboh
Brek belakang: Cakera tunggal 220mm angkup dwi-omboh
Panjang: 1,935mm
Lebar: 700mm
Tinggi: 1,015mm
Saiz tangki: 11 liter
Berat: 148kg
Harga: RM15,738 (nett)



Tangki Minyak Kecil?


Berdasarkan spesifikasi, tiada apa yang dirasakan pelik. Semuanya nampak bagus terutamanya apabila melibatkan angka-angka kuasa dan prestasi enjinya. Cuma agak sedikit mengejutkan untuk motosikal berkuasa 250cc hanya mempunyai saiz tangki minyak yang agak kecil iaitu berkapasiti 11 liter! Namun begitu, saya berpendapat hal tersebut memang disengajakan oleh pihak Kawasaki dan bertujuan untuk menjadikan  motosikal ini seringan yang boleh.


19 Ogos 2014

Ogos 19, 2014

Robin Williams - Ceria Bukan Bererti Bahagia

Saya membesar dengan menonton filem-filem lakonan Robin Williams. Banyak filem-filem lakonannya yang memberikan inspirasi. Benar, setiap kali menonton filem beliau saya dapat merasakan bahawa untuk menjadi bahagia hidup perlu sentiasa penuh dengan keceriaan. 


Robin Williams - Patch Adams
Kredit - movieposter.com

Berdasarkan watak-watak yang dilakonkan serta personaliti beliau yang secara semulajadinya seorang periang dan kelakar, memang tiada siapa menyangka beliau mempunyai masalah dalaman yang sangat serius.

Terkejut apabila mendapat berita tentang kematiannya yang sangat tragis. Kematiannya menyebabkan saya merombak semula definisi bahagia..

Yang pastinya, "Ceria Bukan Bererti Bahagia!"

16 Ogos 2014

Ogos 16, 2014

Perodua Axia - Harga Dan Spesifikasi

Berita baik bagi pihak yang sedang mencari kenderaan baharu pada harga yang agak berpatutan. Pihak Perodua telah mengumumkan secara rasminya bahawa model terbaharu keluaran mereka Perodua Axia sudah boleh ditempah. Kenderaan terbaharu ini sedia ditempah dengan harga tempahan serendah RM250.


Perodua Axia sudah boleh ditempah.

08 Ogos 2014

Ogos 08, 2014

Tema Hari Kemerdekaan Ke-57 - Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta

Logo Hari Kemerdekaan Ke 57


RASIONAL LOGO



Jalur Gemilang yang sedang berkibar megah menjadi inspirasi kepada logo ini. Ia merupakan satu perlambangan kepada negara Malaysia yang merdeka dan berdaulat.

Angka 57 membawa maksud ulangtahun ke-57 kemerdekaan Malaysia. Sekaligus menjadi lambang kematangan negara dibawah kepimpinan yang mantap, berinovasi serta berwawasan yang boleh disaksikan menerusi pembangunan, kecermerlangan dan kemakmuran yang dikecapi secara berterusan.

07 Ogos 2014

Ogos 07, 2014

Langkah Yang Perlu Dilakukan Bila Kabel Clutch Putus

Kadang-kadang perkara yang tidak dijangka berlaku. Dalam dunia bikers, antara perkara yang paling ditakuti ialah bila kabel clutch putus. Keadaan menjadi lebih sukar terutamanya bila menunggang didalam bandar! Pun begitu, jika kita tahu akan teknik yang betul untuk menghadapi masalah ini, situasi tersebut tidaklah seteruk mana sebenarnya.



Langkah Yang Perlu Dilakukan Bila Kabel Clutch Putus
Langkah Yang Perlu Dilakukan Bila Kabel Clutch Putus



Cabaran utama ialah untuk mengelakkan enjin motosikal daripada mati. Memang sukar untuk memastikan enjin tidak mati semasa ketiadaan clutch.

Jika kabel clutch putus semasa menunggang:



  1. Cuba dapatkan lorong paling kiri dengan memberi isyarat yang sewajarnya. Kurangkan kelajuan dan  terus menunggang seperti biasa.

  2. Jika perlu berhenti di persimpangan jalan atau lampu isyarat, perlu bersedia awal. Dapatkan gear ke 2 dan sebaik sahaja mahu berhenti tukar ke neutral. Kawal motosikal dengan brek dan berhenti dengan selamat.

  3. Untuk bergerak semula, perlu tolak dahulu motosikal dengan kaki. Apabila motosikal sudah bergerak boleh masukkan gear 1. Kaedah ini digunakan untuk mengelakkan enjin motosikal daripada mati. Cuma sebelum memulakan langkah ini, pastikan tiada kenderaan lain dihadapan. Maklumlah motosikal akan tersentak sedikit ke hadapan.

  4. Teruskan menunggang untuk ke bengkel berdekatan. Semasa dalam perjalanan, pertukaran gear boleh dilakukan tanpa menggunakan clutch. Semasa mahu menukar gear, tutup pendikit. Jika perlu berhenti lagi, ulang langkah 2 dan 3.