Halong Bay - Satu Pengalaman Yang Mengujakan

Kami memulakan perjalanan seawal jam 8 pagi daripada hotel penginapan di Hanoi untuk menuju ke Halong Bay.  Perjalanan yang mengambil masa selama 4 jam. Disepanjang perjalanan kami disajikan dengan pemandangan sawah padi diselang seli dengan kawasan perumahan dan perindustrian.



Halong Bay - Tuan Chau International Marina Station
 Tuan Chau International Marina Station


Terdapat 2 cara untuk ke Halong Bay. Yang pertama adalah melalui jeti yang terletak di Halong City dan yang kedua melalui jeti yang terletak di Pulau Tuan Chau. Kami menggunakan Tuan Chau International Marina Station yang terletak di Pulau Tuan Chau untuk ke Halong Bay.



Halong Bay - Menaiki Bot Melalui Tuan Chau International Marina Station
Bot bersedia untuk berlepas dari marina


Pada mulanya memang tidak dapat menjangka apa yang bakal ditawarkan disana. Namun begitu sebagai pelancong, hati perlu sentiasa terbuka untuk menerima dan bereksperimentasi.



Halong Bay - Menaiki Bot Kecil Untuk Ke Bot Besar (Cruise)
Penumpang sedang disusun



Halong Bay


Serba sedikit tentang Halong Bay. Ia terletak kira-kira 170 km ke timur Bandaraya Hanoi iaitu lebih kurang 4 jam perjalanan dan merupakan kawasan tarikan perlancongan terkenal.


Halong Bay - Gambar Diabadikan Pada Not 200,000 Dong!
Sama macam dalam duit 200,000 Dong!


Halong Bay telah mendapat pengiktirafan UNESCO bagi kategori alam semulajadi pada tahun 1994 dan diiktiraf sebagai salah satu daripada 7 keajaiban baharu dunia.


Bermalam Di Halong Bay!


Kami telah dijadualkan untuk bermalam di sana. Lebih-lebih lagi apabila diberitahu akan bermalam di atas kapal, perasaan menjadi bercampu baur.  Ini merupakan pengalaman baharu buat kami kerana kebanyakkan daripada kami tidak pernah bermalam di laut. Namun begitu tetap yakin bahawa ia bakal menjadi satu pengalaman yang menyeronokkan.



Halong Bay - V' Spirit Classic Cruise Menanti Kunjungan Kami!
Menuju ke V' Spirit Classic Cruise

 

V' Spirit Classic Cruise


Namun bila melihat Cruise tempat kami bermalam, semuanya bertukar menjadi lega. Segala kerisauan telah hilang. Ia merupakan sebuah kapal yang agak besar!


Halong Bay - Berada di puncak V' Spirit Classic Cruise
Kami berada diatas sekali!


Keadaan didalam cruise ini tidaklah seteruk seperti yang kami bayangkan pada awalnya. Semua cukup sempurna dan menyakinkan.


Halong Bay - Bilik Yang Selesa di V' Spirit Classic Cruise
Bilik tidur yang cukup selesa


Walaupun cruise ini diperbuat daripada kayu dan kelihatan klasik, ia adalah sebuah cruise serba moden dan  lengkap dengan pelbagai kemudahan.



Aktiviti Di Halong Bay


Aktiviti hari pertama di sini sebaik tiba adalah merangkumi lawatan ke tempat-tempat menarik yang ada sekitar perairan Halong Bay. 

  •  Luon Cave

Aktiviti yang boleh dilakukan disini adalah berkayak dan menaiki sampan melalui gua. Diberitahu bahawa gua ini hanya boleh dilalui ketika air surut.

Halong Bay - Berkayak melalui Luon Cave
Berkayak jika mahu berpeluh!


  • Soi Sim Island

Aktiviti yang disarankan apabila tiba di pulau ini ialah bersantai di kawasan pantai, berenang dan memanjat bukit. 
 

Halong Bay - Pemandangan dari puncak bukit Soi Sim Island
Pemandangan dari puncak bukit


Bagi yang memilih untuk memanjat bukit, permandangan yang ditawarkan sememangnya amat berbaloi dengan kadar kesukaran yang perlu dilalui untuk sampai ke puncak!


  • Mencandat Sotong

Aktiviti yang dilakukan sebaik sahaja selesai makan malam. Namun bagitu waktu yang paling sesuai sebenarnya ialah sekitar tengah malam. 


Halong Bay - Mencandat sotong di atas V' Spirit Classic Cruise
Saya dapat seekor!



Aktiviti hari kedua diteruskan lagi dengan melawat tempat-tempat menarik yang ada disekitar perairan Halong Bay:

  • Sung Sot Cave

Dikatakan merupakan salah satu gua yang tercantik yang ada di sekitar kawasan Halong Bay. Gua ini sememangnya menjadi tumpuan pelancong untuk menikmati keindahannya.



Halong Bay - Melawat Sung Sot Cave
Perlu membeli tiket untuk masuk



Dibahagian dalam gua ini agak menakjubkan. Kewujudan stalakmit dan stalaktit yang disinari dengan lampu sorot yang berwarna warni untuk menyerlahkan lagi keindahannya.


Halong Bay - Menghayati keindahan stalakmit dan stalaktit Sun Sot Cave
Menghayati keindahan stalakmit dan stalaktit


Dibahagian luarnya pula kita sekali lagi disajikan dengan pemandangan yang sangat menarik serta menenangkan dari luar pintu gua.


Halong Bay - Pemandangan dari  Sun Sot Cave
Pemandangan dari luar pintu gua


Kesimpulannya


Berada di Halong Bay sememangnya satu pengalaman yang amat mengujakan. Ini adalah destinasi pelancongan di Vietnam yang berkelas dunia. Pengiktirafan oleh  UNESCO telah menyebabkan ia terkenal di seluruh dunia. 

Bagi yang sudah sampai ke Hanoi tetapi tidak ke Halong Bay memang sesuatu yang merugikan!


9 comments:

KTM RC200 - Harga Dan Spesifikasi

KTM RC200
KTM RC200

Eurotech Wheel Distribution Sdn Bhd telahpun secara rasminya melancarkan  KTM RC200 di Malaysia. Motorsikal yang dikategorikan didalam segmen "Sportbike" ini bakal memasuki pasaran pada bulan Oktober 2014 dan boleh didapati daripada rangkaian pengedarnya di seluruh negara.


KTM RC200 - Ringan & Lincah
KTM RC200 - Ringan & Lincah



Jelmaan Moto3


Apabila melihat imej KTM RC200, terasa seperti ianya adalah jelmaan daripada model perlumbaan Moto3. Tidak seperti model perlumbaan Moto3 yang berkapasiti 250cc, KTM RC200 hanyalah berkapasiti 200cc (199.5cc). 


KTM RC200 - Kecil-kecil cili padi!
KTM RC200 - Pandangan sisi


Kecil-kecil Cili Padi!


Berdasarkan spesifikasi yang diberitahu, kuasa motorsikal ini hampir menyamai motorsikal berkuasa 250cc yang sudah berada dipasaran. Sememangnya boleh diibaratkan sebagai kecil-kecil cili padi!


KTM RC200 - Tubular space frame
KTM RC200 - Tubular space frame


Namun begitu bagi yang mahukan lebih kuasa, disarankan supaya memilih KTM RC390 yang didatangkan dengan 44hp. Berikut adalah spesifikasi dan harga KTM RC200:


KTM RC200 - Spesifikasi Dan Harga 
Enjin Empat lejang silinder tunggal, sistem sejukan cecair, Spark- Ignition Engine
Isipadu 199.5cc
Gerek x lejang 72mm x 49mm
Transmisi 6-kelajuan
Kuasa maksimum 19kW (25HP) 
Suspensi hadapan WP Fork teleskopik  USD
Suspensi belakang WP Monoshock boleh laras
Brek hadapan Cakera tunggal 300mm angkup 4-omboh
Brek belakang Cakera tunggal 230mm angkup 1-omboh
Saiz tangki 10 liter
Berat 137.5kg
Harga RM16,888



Faktor Nisbah Berat Kepada Kuasa 


Sama seperti KTM Duke 200, berdasarkan data teknikal dan spesifikasi KTM RC200 adalah motorsikal yang agak ringan berbanding dengan pesaingnya.



KTM RC200 -Memiliki kelebihan faktor nisbah berat kepada kuasa!
KTM RC200 -Memiliki kelebihan faktor nisbah berat kepada kuasa!


Secara tidak langsung menikmati kelebihan faktor nisbah berat kepada kuasa. Faktor inilah yang menyebabkan motorsikal ini wajar diberi perhatian serius. Ringan dan berkuasa memudahkan untuk dikawal serta lebih lincah dijalanan. 


30 comments:

KTM Duke 200 (2014) Non ABS - Tidak Lengkap Kalau Tidak Dibandingkan

Tentunya tidak lengkap jika membicarakan tentang motorsikal bersilinder tunggal tanpa menyertakan KTM Duke 200. Jika dibandingkan dengan model pesaing daripada kapasiti enjin yang sama, KTM Duke 200 tentunya dilihat sangat hebat!

Pesaing dalam kelas yang sama termasuklah Demak DZM 200 dan Keeway RKV200G. Namun begitu, kedua-dua model tersebut tidak melepasi kuasa 20hp! Jadi perbandingan terhampir yang boleh dilakukan adalah dengan model motorsikal bersilinder tunggal berkapasiti 250cc.



KTM Duke 200 (2014) Non ABS
KTM Duke 200 (2014) Non ABS

Walaupun perbandingan yang dilakukan berdasarkan data teknikal serta spesifikasi dilihat tidak begitu adil buat KTM Duke 200, persoalan utama kenapa ia wajar dibandingkan sebenarnya adalah disebabkan oleh faktor harga serta kuasa maksimum enjin.


Harga Premium


KTM Duke 200 ditawarkan pada harga yang agak premium bagi motorsikal yang berkapasiti 200cc dan seterusnya bersaing dengan model-model berkapasiti 250cc yang juga ditawarkan pada lingkungan harga tersebut. Antara yang boleh dikatakan pesaingnya ialah Kawasaki Z250SL, Naza N5 dan SYM T2. Berikut adalah spesifikasi dah harga KTM Duke 200 (2014) Non ABS di Malaysia:


KTM Duke 200 (2014)  - Spesifikasi Dan Harga 
Enjin 4 lejang Silinder tunggal, Sejukan cecair, Spark- Ignition Engine
Isipadu 199.5cc
Gerek x lejang 72mm x 49mm
Transmisi 6 kelajuan
Kuasa maksimum 19kW (25HP) 
Suspensi hadapan WP Fork teleskopik  USD
Suspensi belakang WP Monoshock boleh laras
Brek hadapan Cakera tunggal 300mm angkup 4-omboh
Brek belakang Cakera tunggal 230mm angkup 1-omboh
Saiz tangki 11 liter
Berat 129.5kg
Harga RM15,888



Kuasa Setara Motorsikal Berkapasiti 250cc


Kuasa yang dihasilkan oleh enjin KTM Duke 200 sudah hampir menyamai sebuah motorsikal bersilnder tunggal berkapasiti 250cc. Jika dibandingkan dengan Kawasaki Z250SL dan Naza N5, ia cuma ketinggalan 3hp! Manakala jika dibandingkan dengan SYM T2 ia mengatasinya dengan kelebihan 0.33hp!



Kawasaki Z250SL NAZA N5 SYM T2
Enjin Empat lejang silinder tunggal, sistem sejukan cecair DOHC Empat lejang silinder tunggal, sistem sejukan cecair DOHC Empat lejang silinder tunggal, sistem sejukan cecair SOHC
Isipadu 249cc 249cc 249.4cc
Gerek x lejang 72mm x 61.2mm 73mm x 59.6mm 71mm x 63mm
Nisbah mampatan 11.3 : 1 10.4 : 1 10.5 : 1
Transmisi 6-kelajuan 6-kelajuan 6-kelajuan
Kuasa maksimum 20.6kW (28HP) @ 9,700rpm 21.2 kW (28.4HP) @ 8,500rpm 18.4kW (24.67HP) @ 7,500rpm
Tork maksimum 22.6Nm @ 8,200rpm 26.1Nm @ 7,000rpm 23.1Nm @ 6,000rpm
Suspensi hadapan Teleskopik 37mm Teleskopik terbalik 37mm Teleskopik 37mm
Suspensi belakang Monoshock boleh laras Monoshock boleh laras Monoshock boleh laras
Brek hadapan Cakera tunggal 290mm angkup dwi-omboh Cakera tunggal 300mm angkup dwi-omboh Cakera tunggal 288mm angkup 4-omboh
Brek belakang Cakera tunggal 220mm angkup dwi-omboh Cakera tunggal 230mm angkup 1-omboh Cakera tunggal 222mm angkup 1-omboh
Panjang 1,935mm 1,937mm 2,005mm
Lebar 700mm 800mm 790mm
Tinggi 1,015mm 1,055mm 1,150mm
Saiz tangki 11 liter 11 liter 14 liter
Berat 148kg 148kg 173kg
Harga RM15,738 RM13,988 RM16,800



Faktor Nisbah Berat Kepada Kuasa


Berdasarkan data teknikal dan spesifikasi KTM Duke 200 adalah motorsikal yang paling ringan berbanding dengan pesaingnya dan seterusnya menikmati kelebihan faktor nisbah berat kepada kuasa. Faktor inilah yang menyebabkan motorsikal ini wajar diberi perhatian serius. Ringan dan berkuasa memudahkan untuk dikawal serta lebih lincah dijalanan.



KTM Duke 200 (2014) Non ABS
KTM Duke 200 (2014) Non ABS - Ringan dan Lincah!


Rekabentuk Menarik


Rekabentuk menarik serta agak radikal telah menyumbang kepada populariti KTM Duke 200.


Kesimpulannya


Tidak syak lagi, untuk mewajarkan KTM Duke 200 (2014) Non ABS dipilih tentunya berdasarkan faktor berikut:

  • Rekabentuk menarik.
  • Faktor nisbah berat kepada kuasa.


3 comments:

Kisah Pohon Duku

Cuti sekolah datang lagi. Kebetulan pula kali ini Pohon Duku di kebun sedang berbuah dengan lebatnya manakala rambutan dan pulasan sudah tinggal sisa-sisa. Kami ambil peluang ini untuk pulang ke kampung.


Pohon Duku - Sedang lebat berbuah!
Pohon Duku - Sedang lebat berbuah!


Kali terakhir pulang ke kampung adalah pada Hari Raya Aidilfitri yang lepas. Pada masa itu pokok ini sedang berbunga dan berputik.


Buah Duku
Buah Duku


Alhamdulillah, hasilnya memang tidak pernah mengecewakan sejak beberapa tahun yang lepas. [Link]



Bukan Senang Untuk Mengait Buah Duku
Abah sedang tekun mengait Buah Duku!


Walaupun ia hanyalah sebatang Pohon Duku, ia telah banyak meninggalkan kenangan. Saya menanamnya bersama-sama Abah ketika baharu berpindah ke sini kira-kira 27 tahun yang lalu.


Buah Duku - Hampir penuh kereta tolak!
Boleh tahan hasilnya walaupun sekejap!


Walaupun saya kadang-kadang culas ketika disuruh oleh Abah untuk menyiram dan membajanya, pohon ini tidak pernah culas untuk mengeluarkan hasilnya.


Buah Duku - Memang Sah Manis!
Menang Sah - Manis!

Siapa sangka hasilnya kini dapat dinikmati oleh menantu serta cucu-cucunya pula.. Inshaa Allah, tahun hadapan pohon ini bakal berbuah dengan lebih lebat lagi..


6 comments:

iPhone 5 - Kini Ditawarkan Pada Harga Lebih Murah

Sebaik sahaja Apple memperkenalkan iPhone 6 [Link], Apple Malaysia telah menyelaras semula harga iPhone 5. Kini iPhone 5S ditawarkan pada harga bermula RM1999 (16GB) dan RM2199 (32GB)


Harga iPhone 5S Di Malaysia - RM1999 (16GB) dan RM2199 (32GB)
iPhone 5S - RM1999 (16GB) dan RM2199 (32GB)




Manakala bagi model iPhone 5C, ianya ditawarkan pada harga RM1499 (8GB).


Harga iPhone 5C Di Malaysia - RM1499 (8GB)
iPhone 5C - RM1499

Bagi yang merasakan skrin iPhone 6 Plus atau iPhone 6 terlalu besar, iPhone 5 adalah pilihan terbaik. Samada iPhone 5S atau iPhone 5C kedua-duanya masih lagi dikira cukup hebat untuk dimiliki.


0 comments:

Apple Watch - 3 Varian Diperkenalkan Kepada Umum

Selain memperkenalkan iPhone 6, Apple juga memperkenalkan Smart Watch keluarannya secara rasmi. Smart Watch yang telah lama diperkatakan ini dikenali sebagai Apple Watch.


Apple Watch
Apple Watch



Diperkenalkan Tanpa Huruf  "i"


Cuma apabila diperkenalkan tanpa huruf "i" dihadapannya, ianya kelihatan (kedengaran) agak pelik sedikit dan tentunya lari dari kebiasaan Apple. Mungkinkah ini adalah strategi penjenamaan baharu yang ingin diperkenalkan oleh Tim Cook  yang mahu keluar dari bayang-bayang Steve Jobs?




Apple Watch - There’s no i in Apple’s new Watch
Apple Watch - There’s no i in Apple’s new Watch 

 


3 Varian Apple Watch


Terdapat 3 varian Apple Watch iaitu Apple Watch, Apple Watch Sport dan Apple Watch Edition. Kesemua varian yang diperkenalkan adalah untuk disesuaikan dengan  kegunaan serta gaya individu yang berbeza-beza.


Apple Watch, Apple Watch Sport dan Apple Watch Edition
Apple Watch - 3 Varian Diperkenalkan Kepada Umum

Digital Crown


Seperti jam tangan konvensional, kawalan serta fungsi dikawal sepenuhnya oleh crown. Melalui inovasi,  Apple memperkenalkannya sebagai Digital Crown. Semua fungsi Apple Watch dapat dikawal sepenuhnya melalui Digital Crown sama seperti fungsi click wheel yang terdapat pada iPod!



Apple Watch - Digital Crown
Apple Watch - Digital Crown


Diintegrasikan Dengan SIRI


Apple Watch juga diintegrasikan dengan sepenuhnya dengan SIRI yang membolehkan penggunanya berinteraksi secara langsung.


Peranti Kesihatan Dan Senaman


Antara sebab utama kenapa Apple watch patut dimiliki ialah fungsi sebagai peranti kesihatan dan senaman yang membolehkan pengguna mengawasi kualiti aktiviti fizikal yang dilakukan.


Apple Watch - Peranti Kesihatan dan Senaman
Apple Watch - Peranti Kesihatan dan Senaman


Selain daripada itu Apple watch juga mampu menganalisa kesemua data-data yang diperolehi dan boleh memberi cadangan tentang aktiviti yang sesuai yang perlu dilakukan untuk membolehkan penggunanya mencapai matlamat yang diinginkan.

Walau bagaimanapun, Apple Watch hanya akan mula dipasarkan pada awal tahun 2015.


2 comments:

iPhone 6 - Spesifikasi Didedahkan Secara Rasmi

Apple telah secara rasminya melancarkan model terbaharu iPhone. Gadget yang telah lama dinanti-nantikan oleh para peminatnya ini dikenali sebagai iPhone 6

iPhone 6 - Touch ID Security
Touch ID Security

Sangat Nipis


Diberitakan bahawa iPhone 6 merupakan produk Apple yang ternipis. iPhone 6 Plus hanya berketebalan 7.1mm manakala iPhone 6 pula berketabalan 6.9mm.


iPhone 6 - Lebih Nipis
iPhone 6 Plus berketebalan 7.1mm manakala iPhone 6 pula berketebalan 6.9mm.




Fungsi Pembayaran - Apple Pay


Bakal merevolusikan perniagaan runcit apabila mengabungkan teknologi keselamatan "Touch ID" dan "Passbook" serta NFC untuk melakukan pembayaran tanpa tunai terhadap pembelian. Fungsi ini dikenali sebagai Apple Pay dan bakal dilancarkan pada Oktober 2014.


Apple Pay



2 Varian Diperkenalkan


Terdapat 2 varian yang diperkenalkan iaitu iPhone 6 Plus dan iPhone 6. Kedua-duanya mempunyai kuasa CPU yang sama kecuali saiz skrin.



iPhone 6 Plus vs iPhone 6 - Hanya sain Skrin Berbeza!
iPhone 6 Plus dan iPhone 6 - Hanya saiz skrin berbeza!


Perbezaan Antara iPhone 6 Plus Dan iPhone 6


iPhone 6 Plus dilengkapi dengan saiz skrin 5.5 inci manakala iPhone 6 dilengkapi dengan saiz skrin 4.7 inci. Berikut adalah spesifikasi umum buat kedua-dua varian.


iPhone 6 Plus / iPhone 6 - Spesifikasi Umum:

iPhone 6 - Spesifikasi Didedahkan Secara Rasmi
Kredit: Apple Inc



Sistem Pengoperasian:
iOS 8

CPU:
A8 chip with 64-bit architecture
M8 motion coprocessor

Saiz:
iPhone 6 Plus - 158.1 x 77.8 x 7.1mm (.22 x 3.06 x 0.28in)
Berat: 172 gram

iPhone 6  - 138.1 x 67 x 6.9mm (5.44 x 2.64 x 0.27in)
Berat: 129 gram

Paparan:
 iPhone 6 Plus - 1920 x 1080 pixels, 
5.5 inches (~ 401 ppi pixel density)
 iPhone 6 - 1334 x 750 pixels, 
4.7 inches (~ 326 ppi pixel density)

Memori:
16/64/128 GB

  Kamera: 
New 8 MP iSight Camera 3264 x 2448 pixels,
Autofocus with Focus Pixels, ƒ/2.2 aperture, Optical image stabilization, True Tone flash,
Five-element lens, Hybrid IR filter, Backside illumination sensor, Sapphire crystal lens cover,
 Auto image stabilization, Auto HDR for photos, Improved face detection, Exposure control,
 Panorama (up to 43 megapixels), Burst mode, Tap to focus, Photo geotagging, Timer mode.
1080p@30/60fps, video stabilization, Slo-mo video (120 fps or 240 fps), Time-lapse video
Cinematic video stabilization, Continuous autofocus video, Take still photos while recording video,
Improved face detection, 3x zoom, Video geotagging.
Kamera hadapan: 1.2 MP (1280 x 960 pixels)
 720p@30fps, burst, HDR

Sambungan Data / Wireless:
GSM/EDGE
UMTS/HSPA+
DC-HSDPA
CDMA EV-DO Rev. A and Rev. B (CDMA models only)
LTE3
Near Field Communication (NFC)
Bluetooth 4.0
802.11a/b/g/n/ac Wi‑Fi
GPS and GLONASS


2 comments:

Realitinya, Kita Semakin Kurang Berinteraksi

Sudah lama saya tidak beratur bagi membayar bil-bil utiliti di Pejabat Pos. Maklumlah semuanya sudah boleh diselesaikan secara dalam talian. Teknologi internet telah merevolusikan cara pembayaran menjadikannya lebih mudah dan lebih pantas. Setelah bertahun-tahun menggunakan perkhidmatan dalam talian telah menjadikan kita manusia yang kurang berinteraksi di luar lingkup kehidupan seharian kita. 

Imbangi Keadaan


Untuk mengimbanginya saya mengambil peluang untuk berinteraksi dengan rakan-rakan berlainan kerjaya dan syarikat ketika makan tengahari. Banyak cerita yang boleh dikongsikan sambil menunggu makanan tiba dan ketika menikmati hidangan makan tengahari. Cerita semakin bertambah rancak apabila selesai menjamu selera. 

Semuanya gara-gara WiFi..


Namun begitu sapaan mesra serta dan interaksi dirasakan semakin berkurangan. Semuanya gara-gara WiFi, telefon pintar dan plan data internet. Masing-masing sudah sibuk berinteraksi melaluinya sehinggakan ada yang terlalu asyik dan melupakan orang disekeliling. Inilah yang sedang berlaku dan masyarakat mengadapatasinya. Daripada kejanggalan melampau kini ia telah menjadi lumrah. Sesuatu harus dilakukan..



No WiFi. Talk to each other! Call your mom! Pretend it's 1993!
Penyelesaiannya? No WiFi. Talk to each other! Call your mom! Pretend it's 1993!


Realitinya, kita semakin kurang berinteraksi di luar lingkup kehidupan kita. Kemahiran yang amat perlu untuk mengharungi kehidupan.


4 comments:

Loom Bands? Anak-anak Turut Terjebak!

Antara permintaan diterima daripada anak-anak, lebih-lebih lagi selepas berakhirnya Hari Raya Aidilfitri ialah Loom Bands. Maklumlah bila anak-anak ada duit lebih, permintaannya pun ada sedikit meningkat! Bila diselidiki rupa-rupanya Loom Bands ini sudah menjadi fenomena di kejiranan dan di sekolah! Patutlah..


Rainbow Loom - Loom Bands
Rainbow Loom [Link]

2 comments:

100 Doraemon Secret Gadgets Expo - Kami Sudah Ke Sana!

Pada cuti Hari Kemerdekaan yang lepas, kami sekeluarga telah pergi ke 100 Doraemon Secret Gadgets Expo yang berlangsung di Johor Bahru City Square. Expo yang dianjurkan oleh Animation International (M) Sdn. Bhd. ini akan berada di Johor Bahru bermula 30 Ogos 2014 sehingga 4 Januari 2015.  


100 Doraemon Secret Gadgets Expo - Kami Sudah Ke Sana!
Bermacam-macam Doraemon!

2 comments:

SYM T2 250i - Harga Dan Spesifikasi

Bila disebut sahaja jenama SYM, tidak ramai yang mengetahuinya. Sebenarnya, SYM merupakan jenama pengeluar yang berpangkalan di Taiwan. SYM lebih terkenal di seluruh dunia sebagai pembuat skuter berkualiti.

Kehadiran SYM dipasaran Malaysia bermula secara tidak langsung apabila pihak Modenas memperkenalkan beberapa buah model skuter yang disalin daripada skuter buatan SYM.


SYM T2 250i Bersilinder Tunggal


Namun begitu sebenarnya SYM adalah pengeluar terawal yang memperkenalkan motorsikal berkapasiti 250cc bersilinder tunggal di Malaysia. Model T2 250i diperkenalkan di negara pada tahun 2012.

SYM T2 250i
SYM T2 250i



Bukan Pencabar Model Dwi-Silinder


Pada masa ini model ini diperkenalkan, kebanyakkan pesaingnya adalah terdiri daripada model-model yang dilengkapi dengan enjin dwi-silinder.

Walaupun mempunyai kapasiti enjin yang sama, kuasa yang dihasilkan oleh enjin-enjin dwi-silinder adalah lebih tinggi. Ini menjadikan SYM T2 250i kelihatan kurang menarik kepada bakal pembeli.

Namun begitu kehadiran model-model bersilinder tunggal seperti SYM T2 250i bukanlah untuk menjadi pencabar kepada model-model dwi-silinder. Ianya adalah lebih kepada memberi pilihan dan alternatif kepada pembeli.


Diberi PeluangKedua


Apabila para pesaingnya turut memperkenalkan model bersilinder tunggal, SYM T2 250i seolah-olah diberi peluang kedua untuk bersaing dengan model yang setaraf. Antara pesaingnya rapatnya ialah Kawasaki Z250SL [Link] dan Naza N5 [Link]



SYM T2 250i - Harga Dan Spesifikasi
Enjin Empat lejang silinder tunggal, sistem sejukan cecair SOHC
Isipadu 249.4cc
Gerek x lejang 71mm x 63mm
Nisbah mampatan 10.5 : 1
Transmisi 6-kelajuan
Kuasa maksimum 18.4kW (24.67HP) @ 7,500rpm
Tork maksimum 23.1Nm @ 6,000rpm
Suspensi hadapan Fork teleskopik 37mm
Suspensi belakang Monoshock boleh laras
Brek hadapan Cakera tunggal 288mm angkup 4-omboh
Brek belakang Cakera tunggal 222mm angkup 1-omboh
Panjang 2,005mm
Lebar 790mm
Tinggi 1,150mm
Saiz tangki 14 liter
Berat 173kg
Harga RM16,800




SYM T2 250i
SYM T2 250i


Paling Berat Didalam Kelasnya!


Berdasarkan angka-angka spesifikasi, didapati motorsikal ini lebih berat daripada kebanyakkan model pesaingnya. Namun bagitu, paling berat tidak bermakna bahawa motorsikal ini tidak bagus.

Tangki Minyak Besar!


Selain itu antara faktor menarik tentang model ini ialah saiz tangki minyaknya yang besar iaitu berkapasiti 14 liter. Sangat sesuai ditunggang sebagai sebuah sports tourer dan daily commuter!

 


6 comments:

Bendera Malaysia - Jalur Gemilang

Bendera Malaysia - Jalur Gemilang
Bendera Malaysia - Jalur Gemilang

14 Jalur Merah dan Putih


Bendera Malaysia dikenali sebagai Jalur Gemilang, mengandungi 14 jalur merah dan putih (melintang) yang sama lebar bermula dengan jalur merah di sebelah atas dan berakhir dengan jalur putih di sebelah bawah, tanda keanggotaan yang sama dalam persekutuan 13 buah negeri dan 1 kerajaan persekutuan - Johor, Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Pulau Pinang, Perak, Perlis, Sabah, Sarawak, Selangor dan Terengganu dan Wilayah Persekutuan. 

0 comments:

Naza N5 - Harga Dan Spesifikasi

Sebuah lagi motorsikal bersilinder tunggal yang agak menarik perhatian adalah NAZA N5. NAZA N5 yang berasaskan model Hyosung Exiv 250 direka khusus untuk memenuhi permintaan pasaran segmen 250cc yang semakin meningkat di negara ini.


NAZA N5 (Hyosung Exiv 250)
NAZA N5


Pencabar Kawasaki Z250SL?


Tidak dinafikan, berdasarkan angka-angka spesifikasi serta harga yang ditawarkan NAZA N5 mampu menjadi percabar serta bersaing dengan Kawasaki Z250SL [Link]. 



Naza N5 - Harga Dan Spesifikasi


Berikut adalah harga dan spesifikasi rasmi Naza N5 untuk pasaran Malaysia:


Enjin Empat lejang silinder tunggal, sistem sejukan cecair DOHC
Isipadu 249cc
Gerek x lejang 73mm x 59.6mm
Nisbah mampatan 10.4 : 1
Transmisi 6-kelajuan
Kuasa maksimum 21.2 kW (28.4 HP) @ 8500rpm
Tork maksimum 26.1 Nm (2.56 kgf.m) @ 7000rpm
Suspensi hadapan Fork teleskopik 37mm
Suspensi belakang Monoshock
Brek hadapan Cakera tunggal 300mm
Brek belakang Cakera tunggal 230mm
Panjang 1937mm
Lebar 800mm
Tinggi 1055mm
Saiz tangki 11 liter
Berat 148kg
Harga RM13,988




NAZA N5 (Hyosung Exiv 250)




0 comments:

Katalog IKEA Malaysia 2015

Katalog IKEA Malaysia 2015
Katalog IKEA Malaysia 2015 telah pun dikeluarkan. Bagi yang masih tercari-cari idea bagaimana untuk memanfaatkan dan memaksimumkan penggunaan ruang, bolehlah membaca untuk mendapatkan inspirasi melaluinya.

Bila sudah membelek-belek katalog terbaharu ini memang terasa rugi dan bersalah apabila ruang yang sedia ada di kediaman tidak dimanfaatkan sepenuhnya.

Kadang-kadang idea ringkas, praktikal disertakan dengan perabot yang bersesuaian mampu menyerlahkan potensi dan memberikan fungsi terhadap tempat tersebut.

4 comments:

Adakah Ini Proton Iriz?

Sempena Hari Kemerdekaan Negara yang ke-57, Proton secara rasminya memperlihatkan model terbaharu mereka yang bakal dilancarkan tidak lama lagi melalui microsite betulbetulonz.com.my.

Antara imej-imej yang diperlihatkan didalam microsite tersebut ialah imej lampu hadapan, head unit yang dilengkap skrin sesentuh serta fungsi reverse camera. Selain itu terdapat juga imej push start button.


Proton Iriz - Fungsi Serta Ciri Utama
Proton Iriz - Fungsi Serta Ciri Utama

2 comments:

Copyright © 2017 BEAM™