Enjin Force Induction Bagi Motorsikal - Idea Gila atau Hebat?

Kawasaki Ninja H2R - Idea Gila Dunia Permotoran
Kawasaki Ninja H2R


Motorsikal berkuasa Turbo dan Supercharged  (Forced Induction) bukanlah asing. Pada awal tahun 1980an para pemain industri permotoran telah menguji idea ini menerusi beberapa model keluaran mereka antaranya Honda CX500 / 650 Turbo, Yamaha XJ650 Turbo, Suzuki XN85 Turbo dan Kawasaki Z750 Turbo.

Namun begitu model-model keluaran awal ini tidak begitu berjaya memikat pasaran berikutan pelbagai masalah berkaitan pengagihan kuasa enjin serta masalah "Turbo Lag" yang menggangu kelancaran serta keseronokkan menunggang.

Selain daripada itu faktor kos untuk menghasilkan motorsikal berkuasa Turbo adalah sangat tinggi dan tidak kos efektif bagi pengeluar untuk terus menyokong teknologi ini.

Akhirnya pemain industri mengakui bahawa enjin berkuasa Turbo tidak sesuai untuk digunakan pada motorsikal. Namun begitu, perkara tersebut tidak bermaksud bahawa teknologi "Forced Induction" telah dilupakan.



Selepas 3 Dekad - Bimota Menjadi Pencetus Kebangkitan



Selepas lebih tiga dekad, idea untuk menghasilkan motorsikal menggunakan teknologi "Forced Induction" kembali mendapat perhatian. Namun kali ini, bukan Turbo yang menjadi pilihan sebaliknya teknologi Supercharged. Ciri-ciri asas Supercharged yang lebih jinak tetapi tetap berkuasa tentunya menjadi asas pemilihan untuk diintegrasikan pada enjin motorsikal.


Bimota DB11VLX - Supercharged
Bimota DB11VLX



Pada tahun 2012, Bimota telah memperkenalkan Bimota DB11VLX. Motorsikal yang dilengkapi dengan enjin Supercharged ini mampu menghasilkan 190hp.


Bimota DB11VLX - Dilengkapi Enjin Supercharged
Bimota DB11VLX - Dilengkapi Enjin Supercharged


Berdasarkan kuasa yang dihasilkan, memang tiada apa yang istimewa mengenai enjin tersebut. Motorsikal dalam kategori Supersport tanpa menggunakan teknologi supercharged pun sudah mampu mencapai malah ada telah yang melebihi angka tersebut. Model ini dibangunakan menggunakan enjin Ducati Testastretta yang sudah agak berusia. Jadi tidak hairanlah jika angka kuasa yang dihasilkan tidak nampak begitu menarik untuk diperkatakan..

Apa pun, Bimota telah mencetus kembali minat untuk para pengeluar menghasilkan enjin yang dikuasakan dengan teknologi Supercharged.



Kawasaki Ninja H2R - Idea Gila Dunia Permotoran
Kawasaki Ninja H2R


Ninja H2R - Idea Gila Kawasaki!




Pada bulan Oktober 2014, Kawasaki mengejutkan dunia permotoran dengan memperkenalkan Kawasaki Ninja H2R yang menggunakan teknologi "Forced Induction" (Supercharged). Enjin motorsikal ini mampu menjana 300hp!



Kawasaki Ninja H2R - Idea Gila Dunia Permotoran
Kawasaki Ninja H2R - Supercharged, 300hp!



Kuasa kuda yang dihasilkan oleh enjin motorsikal ini adalah sangat mengagumkan malah melebihi kuasa yang dihasilkan oleh enjin motorsikal perlumbaan kategori MotoGP iaitu sekitar 280hp.



Kawasaki Ninja H2R - From Zero To Dead!
Kawasaki Ninja H2R - Bukan Untuk Kegunaan Jalanan!



Namun begitu, motorsikal ini sebenarnya hanya boleh digunakan di litar perlumbaan dan bukannya untuk kegunaan jalanan. 


Kawasaki Ninja H2 - Versi Jalanan Yang Lebih Jinak



Untuk tidak mengecewakan, Kawasaki juga telah memperkenalkan Kawasaki Ninja  H2 yang boleh digunakan di jalan raya biasa. Model ini juga dilengkapi dengan teknologi Supercharged. Namun kuasa  kuda yang dihasilkan adalah 200hp. Setara dengan motorsikal lain yang berada pada kelas Supersport.



Kawasaki Ninja H2 - Road Legal Supercharged Bike
Kawasaki Ninja H2 - Sah Untuk Kegunaan Jalanan


Enjin Force Induction Bagi Motorsikal - Idea Gila atau Hebat?



Dari segi kejuruteraan tentunya ini adalah pencapaian hebat. Lebih-lebih lagi apabila enjin berkapasiti 1000cc mampu menjana sehingga 300hp! Namun begitu apa yang dipanggil pencapaian hebat dari segi kejurteraan ini sebenarnya adalah idea paling gila untuk sebuah jentera dua roda!

Pun begitu, teknologi enjin kecil yang berkuasa ini tentunya boleh dimanfaatkan untuk tujuan lain yang lebih produktif dan sejagat.



6 comments:

Yamaha YZF-R1 (2015) - Bermain Di Jajaran 200 Kuasa Kuda


Yamaha YZF-R1 (2015)
Garang! - Yamaha YZF-R1 (2015)


Bertempat di EICMA Milan 2014, Yamaha secara rasminya memperkenalkan model terbaharu YZF-R1 (2015). Motorsikal ini adalah jawapan terbaik daripada pengeluar dari Jepun ini untuk bersaing dalam kategori "supersports" yang selama ini dikuasai oleh pengeluar dari Eropah. 


Yamaha YZF-R1 (2015)
Yamaha YZF-R1 (2015)


Sejak beberapa tahun yang lepas pengeluar dari Eropah bersaing sesama mereka dalam menghasilkan motorsikal dalam kategori "supersport" yang mampu menjana kuasa sebanyak 200 hp.



Enjin Yamaha YZF-R1 (2015) - 4 lejang, DOHC, 4 Silinder Sebaris, 200hp
Enjin Yamaha YZF-R1 (2015) - 4 lejang, DOHC, 4 Silinder Sebaris, 200hp



Manakala bagi model Yamaha YZF-R1 yang telahpun diperkenalkan sejak tahun 1998, kuasa yang dihasilkan oleh enjinnya berlegar disekitar angka 150 - 180hp.


Valentino Rossi & Yamaha YZF-R1 (2015)
Valentino Rossi & Yamaha YZF-R1 (2015)



Rossi was the first person to test the prototype R1 and revealed that the goal was to make the bike as much like his YZR-M1 as possible. "It is just like my M1 but with wing mirrors and a numberplate," explained the MotoGP legend.


Nampaknya untuk tahun 2015, pengeluar dari Jepun semakin agresif untuk bersaing dalam kategori "supersport". Kalau dahulu kuasa enjin 200hp adalah eksklusif untuk BMW S1000RR, MV Agusta F4 dan Ducati Panigale . Kini Yamaha dan Kawasaki datang untuk memeriahkan persaingan!


Yamaha YZF-R1 (2015) - Spesifikasi 
Enjin 4 lejang, DOHC, 4 Silinder Sebaris, Sejukan cecair.
Isipadu 998cc
Gerek x lejang 79mm x 50.9mm
Nisbah Tekanan 13.0:1
Transmisi 6 kelajuan
Kuasa maksimum 147.1kW (200HP)@13500 rpm 
Tork Maksimum 112.4Nm (11.5kg-m)@11500 rpm
Suspensi hadapan Fork teleskopik USD 43mm
Suspensi belakang Swingarm (Link Suspension) 
Brek hadapan Cakera berkembar hidrolik 320mm 
Brek belakang Cakera tunggal hidrolik 220mm 
Saiz tangki 17 liter
Panjang 2055mm
Lebar 690mm
Tinggi 1150mm
Tinggi Pelana 855mm
Berat 199kg


3 comments:

Jadual Kempen Derma Darah Bergerak (HSI) - November 2014

Berikut adalah Jadual Kempen Derma Darah Bergerak Hospital Sultan Ismail Johor Bahru pada bulan November 2014


Jadual Kempen Derma Darah Bergerak Sekitar Johor Bahru
Jom Derma Darah


Buat warga Johor khususnya daerah Johor Bahru dan sekitarnya bolehlah berkunjung di tempat yang dinyatakan pada tarikh yang telah ditetapkan untuk menderma darah. 


TARIKH TEMPAT PENGANJUR MASA
01/11/2014
(Sabtu)
Dataran Kawad
UTM Skudai
Tabung Darah HSIJB 10:00am-04:30pm
02/11/2014
(Ahad)
KSL City Mall
St John's Ambulance Tampoi & Pemuda Dan Wanita MCA 10:30am-04:00pm
09/11/2014
(Ahad)
Plaza Tasek
Tmn Ungku Tun Aminah
Persatuan Ci Bei Skudai 10:00am-04:00pm
15/11/2014
(Sabtu)
Plaza Pelangi (Level 1)
Persatuan Sedarah Malaysia
10:00am-04:00pm
16/11/2014
(Ahad)
Sutera Mall (Level 1)
Persatuan Kebajikan Kasih Sayang
10:30pm-04:00pm
22/11/2014
(Sabtu)
KSL City Mall
Persatuan Amitabha Malaysia 10:30am-04:00pm
23/11/2014
(Ahad)
Giant Plentong (FoodCourt)
RELA Tmn Johor Jaya
11:00pm-04:30pm
29/11/2014
(Sabtu)
Today Mall Ulu Tiram
Tabung Darah HSIJB
10:00pm-04:00pm
30/11/201
(Ahad)
New Life Church Jln Permas 9/12 Permas Jaya
New Life Church
10:30pm-04:00pm

Pendermaan darah juga boleh dilakukan di Unit Tabung Darah, Tingkat 4, Hospital Sultan Ismail. Waktu operasi adalah seperti berikut :

Ahad hingga Rabu - 8:00 Pagi hingga 4:30 Petang   
Khamis - 8:00 Pagi hingga 3:00 Petang


Sila hubungi Unit Tabung Darah HSIJB 3 hari sebelum program berlangsung untuk pengesahan tarikh dan tempat.

Sebarang pertanyaan/urusan berkaitan pendermaan darah atau berminat untuk menganjurkan program kempen derma darah, sila hubungi :


Cik Magdellina ak Alfred Jeho 013-2449277 Waktu pejabat sahaja
Telefon pejabat 07-3565000 ext 4134 / 4146 Waktu pejabat sahaja


0 comments:

Copyright © 2017 BEAM™