Mazda Bongo - Saya Rindu Power Steering!

Mendapat panggilan daripada Abah tempohari mengajak kami sekeluarga untuk ke satu majlis perkahwinan yang diadakan di Selangor. Abah mencadangkan supaya kami menyertainya menaiki van yang baharu sahaja dibelinya. 

Cadangan yang agak menarik..  dan juga mencabar.  Maklumlah van tersebut bukanlah van baharu sebaliknya ia adalah sebuah van lama.

Abah dengan yakin mengatakan bahawa van tersebut boleh membuat perjalanan jauh kerana beliau sudah melakukan servis serta pembaikan yang sepatutnya.  Bila tuan punya sudah yakin, saya pun tanpa banyak soal bersetuju dengan cadangan tersebut.


Mazda Bongo 1991 - Malaysia
Mazda Bongo 1991



Hujung minggu lepas kami bertolak ke Meru, Klang menggunakan van tersebut. Sebenarnya sudah lama saya tidak menaiki van manakala kali terakhir memandunya pula adalah lebih kurang 20 tahun yang lalu. Tentunya ini adalah antara peluang yang tidak harus dilepaskan untuk merasai semula pengalaman tersebut.



Mazda Bongo - Dari Selatan Ke Utara!



Alhamdulillah, semuanya yang dirancang berjalan mengikut jadual yang telah ditetapkan. Tiada isu mekanikal yang menggangu kelancaran perjalanan pergi dan balik. Anak-anak pula seronok kerana ini adalah pertama kali mereka menaiki van untuk satu perjalanan yang agak jauh.

Bila memandu kenderaan lama memang terasa sangat berbeza. Maklumlah kenderaan baharu tentunya dilengkapi dengan ciri-ciri yang memudahkan pemanduan manakala kenderaan lama sekadar dilengkapi dengan ciri-ciri asas.

Sejujurnya, bila memandu kenderaan lama ciri-ciri asas yang memudahkan pemanduan yang ada pada kenderaan moden yang paling saya rindui kehadirannya ialah "Power Steering"!


0 comments:

Muzium Tokoh - Kenali Kesultanan Melayu Johor

Satu lagi muzium yang kami kunjungi ketika cuti persekolahan kali ini ialah Muzium Tokoh. Bangunan muzium ini dikenali sebagai Bangunan Dato' Jaafar terletak di puncak Bukit Senyum, (Jalan Yahya Al-Dattar) Johor Bahru.



Bangunan Dato' Jaafar - Muzium Tokoh Johor Bahru
Bangunan Dato' Jaafar - Muzium Tokoh


Bangunan Dato' Jaafar



Asalnya bangunan ini adalah kediaman rasmi menteri besar pertama Johor iaitu Dato' Jaafar Muhammad. Fungsi bangunan ini berubah mengikut peredaran zaman.




Bangunan Dato' Jaafar - Muzium Tokoh Johor Bahru
Muzium Tokoh - Landskap Mini YangMenarik



Pernah juga dijadikan Maktab Perguruan Bahasa, markas tentera Jepun dan Inggeris, Pejabat Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS). Akhirnya bangunan ini diserahkan kepada Yayasan Warisan Johor untuk dijadikan Muzium Tokoh.



Bangunan Dato' Jaafar - Muzium Tokoh Johor Bahru
Muzium Tokoh - Bahagian Dalaman 


Muzium Tokoh - Kenali Kesultanan Melayu Johor



Kunjungan ke Muzium Tokoh adalah untuk mengenali dengan lebih dekat lagi tentang sejarah Negeri Johor secara am serta sejarah Kesultanan Melayu Johor secara khasnya.



Bangunan Dato' Jaafar - Muzium Tokoh Johor Bahru
Muzium Tokoh - Kenali Kesultanan Johor


Maklumat mengenai sejarah Kesultanan Melayu Johor telah digarap dengan baik melalui props serta bahan pameran yang berkaitan oleh pihak pengurusan muzium.


Bangunan Dato' Jaafar - Muzium Tokoh Johor Bahru
Muzium Tokoh - Aktiviti Bersama Rakyat


Segala aktiviti penting yang melibatkan Kesultanan Melayu Johor dan rakyat di Negeri Johor telah didokumentasikan dan di ceritakan semula kepada pengunjung didalam bentuk pameran seperti Kembara Mahkota Johor.



Muzium Tokoh - Kenali Kesultanan Johor
Muzium Tokoh - Kenali Kesultanan Johor


Alhamdulillah kunjungan ke Muzium Tokoh telah sedikit sebanyak membantu mengenali dengan lebih dekat lagi tentang Kesultanan Melayu Johor serta menambahkan lagi kefahaman tentang sesetengah perkara. 

Masuk adalah PERCUMA. Sebaik-baiknya sila datang sebelum jam 4:30 petang.



7 comments:

Muzium Automobil Nasional - Seperti Kembali Ke Masa Silam!

Berkesempatan mengunjungi Muzium Automobil Nasional yang terletak di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) ketika pulang ke kampung tempohari. Sudah lama mengetahui tentang kewujudan tempat ini tetapi kekangan masa menyebabkan rancangan untuk mengunjunginya terpaksa ditangguhkan.


Muzium Automobil Nasional - Ford Speedster
Ford Speedster


Benar, ramai yan tidak mengetahui tentang kewujudan muzium ini sebenarnya. Lagipun lokasinya yang jauh daripada Pusat Bandaraya Kuala Lumpur menyukarkan pengunjung untuk mengunjunginya. Namun begitu bagi yang meminati dunia automotif, ini adalah sebuah tempat yang wajib untuk dikunjungi.



Muzium Automobil Nasional - Seperti Kembali Ke Masa Silam!
Timeline - Seperti Kembali Ke Masa Silam


Kunjungan ke muzium ini seolah-olah kembali ke zaman silam. Penceritaan tentang dunia automotif di Malaysia digarap dengan baik melalui props serta paparan maklumat yang disertakan.


Muzium Automobil Nasional - Brush Mobile
Brush Mobile


Pada asasnya pameran di tingkat bawah adalah lebih kepada koleksi kereta-kereta klasik manakala pameran di tingkat satu lebih kepada sejarah perkembangan industri automotif di negara ini.



Muzium Automobil Nasional - Alvis Firefly Tourer
Alvis Firefly Tourer


Tentunya koleksi kenderaan klasik yang dipamerkan disini sangat mencuri tumpuan pengunjung. Antaranya ialah Ford Speedster, Brush Mobile, Alvis Firefly Tourer, MG TD, Jaguar E-Type dan Austin Healey.



Muzium Automobil Nasional - MG TD
MG TD


Bagi yang meminati kenderaan kalsik tentunya kunjungan ke muzium ini mampu menghadirkan kepuasan dan keseronokkan dalam diri.


Muzium Automobil Nasional - Jaguar D-Type
Jaguar D-Type


Pengunjung tentunya akan teruja lebih-lebih lagi apabila melihat kenderaan yang sudah berusia puluhan tahun masih berada didalam keadaan sempurna dan cantik!


Muzium Automobil Nasional - Austin Healey
Austin Healey

Secara peribadinya, kunjungan ke muzium ini telah sememangnya amat berbaloi. Pelbagai maklumat tentang perkembangan automotif serta teknologi di negara ini dapat dikuti serta difahami. Kunjungan bersama keluarga adalah disarankan.

Muzium Automotif Nasional - Ford Speedster (Model T)
Ford Speedster (Model T)


Jika kebetulan anda berada di sekitar Sepang, Nilai, KLIA atau KLIA 2, jangan lupa untuk singgah ke Muzium Automotif Nasional. Masuk adalah PERCUMA!



2 comments:

Copyright © 2017 BEAM™