Cerita Tentang [
Makan-Makan
]

Mahu Kelainan? Jom Cuba Aiskrim Pasu!

Kami ke Bazar JB semalam. Pengunjung tempatan lebih mengenali tempat ini dengan nama Pasar Karat. Sebenarnya, ini adalah aktiviti biasa bagi kami sekeluarga. Jalan-jalan di hujung minggu. Namun begitu, kali ini ada sesuatu yang menarik perhatian kami.


Aiskrim Pasu - Kena Beratur Panjang Untuk Mendapatkannya
Aiskrim Pasu - Kena Beratur Panjang Untuk Mendapatkannya


Bila Ramai Orang Beratur..



Bila lihat ramai orang beratur, tentu ada sesuatu yang istimewa dan "trending" sedang berlaku. Rupa-rupanya mereka ini sedang beratur untuk membeli Aiskrim Pasu!



Aiskrim Pasu (Flower Pot Ice Cream) - Versi Pasar Karat
Aiskrim Pasu (Flower Pot Ice Cream) - Versi Pasar Karat



Jumpa Aiskrim Pasu Di Pasar Karat!



Tak sangka pula boleh terjumpa Aiskrim Pasu di Pasar Karat. Pun begitu, saya sebenarnya selalu terlihat gambar-gambar asikrim ini di Instagram.



Aiskrim Pasu - Macam Mana Rasanya?
Aiskrim Pasu - Macam Mana Rasanya?


Teruja Untuk Mencuba Aiskrim Pasu



Seperti biasa yang teruja tentulah anak-anak. Tidak mahu melepaskan peluang untuk mencubanya. Sanggup beratur bersama-sama orang lain untuk mendapatkannya.



Aiskrim Pasu - Kakak Suka & Adik Tak!
Aiskrim Pasu - Kakak Suka & Adik Tak!


Reaksi anak-anak selepas menikmati Aiskrim Pasu



Berikut adalah reaksi spontan anak-anak ketika ditanya mengenai Aiskrim Pasu yang telah dinikmati oleh mereka:

Kakak- Sedap! Kalau boleh mahu tambah lagi.
Adik - Rasa macam makan pasir! (Merujuk kepada "topping" Oreo kisar)


Aiskrim Pasu - Inovasi Persembahan Produk Makanan



Nampaknya isu berkaitan dengan citarasa sememangnya ada pro dan kontra. Ada yang suka dan ada yang sebaliknya. Namun begitu, inovasi pada persembahan terhadap produk makanan tentunya sesuatu yang menarik untuk diperhatikan pada masa-masa yang akan datang. Untuk RM5 dan pengalaman merasai keunikkan adalah sesuatu yang "priceless".


:) :( ;) :D :-/ :x :P :-* =(( :-O X( :7 B-) #:-S :(( :)) =)) :-B :-c :)] ~X( :-h I-) =D7 @-) :-w 7:P 2):) :!! \m/ :-q :-bd ^#(^

10 comments

  1. Innovasi makanan yang menarik... tu la slalu tengok kat instagram... tp blom pernah cuba lg...

    Entri Terkini : Planning Your Business, Turning Ideas Into Actionable Steps.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila berpeluang nanti cubalah.. :)

      Kadang-kadang kalau mahu sesuatu produk itu berjaya perlu ada inovasi agar seiring dengan perkembangan zaman.

      Delete
  2. Mmg kreatif rakyat Malaysia nie..x pernah terfikir aiskrim dalam pasu..ada masa nak pergi cuba jugak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. :) Kreatif sehingga ke tahap boleh menjana hasil itu bagus!

      Delete
  3. Dekat sagate ya bro , kawan pun tak pernah try aiskrim pasu nih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah dekat la tu.. Untuk lebih tepat boleh jumpa penjual di Jalan Tan Hiok Nee. :) Datang malam. Siang takkan jumpa!

      Delete
  4. Fuhhh Ais Krim Pasu pulak...sekarang ni muncul bermacam-macam idea yang kreatif untuk bisnes... orang suka mencuba sesuatu yang baru...Kat KL ni kat mana nak cari ais krim pasu ni??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Inovasi persembahan makanan semakin menarik untuk diperhatikan :) Semakin kreatif dan semakin berani.

      Rasanya di KL lebih banyak tempat yang menawarkan Ais Krim Pasu ni berbanding di JB. Cuma kena cari la..

      Delete
  5. Dia simpan tanah + ais krim ke dalam pasu tu he he.. :D
    Takat ni belum sampai kat tempat kawe lagi. Tapi mcm biasa sure ada yg bawa sini punya nanti..

    ReplyDelete
    Replies
    1. :) Nampak macam tanah.. Tapi boleh dimakan.

      Tak lama lagi sampai la sana bro. Benda trending tentu ramai yang tak lepaskan peluang untuk buat duit!

      Delete