Cerita Tentang [
Motorsikal
]

Kawasaki Vulcan S - Harga Dan Spesifikasi

Kawasaki Vulcan S - Harga Dan Spesifikasi
Kawasaki Vulcan S - Cruiser berimej moden


Cruiser Berimej Moden


Boleh dikatakan bahawa Kawasaki cukup berani memperkenalkan "Cruiser" terbaharu mereka dengan rupa bentuk yang lebih moden. Maklumlah selalunya motorsikal yang berada pada kategori "Cruiser" atau "Easy Rider" biasanya ditampilkan dengan imej klasik.



Kawasaki Vulcan S - Ada Iras Yamaha VMAX
Kawasaki Vulcan S - Ada Iras Yamaha VMAX


Ada Iras Yamaha VMAX!


Walaupun nampak segar dengan imej moden, Kawasaki Vulcan S bukanlah yang pertama memperkenalkan imej sedemikian. Jika diamati betul-betul, ada sedikit persamaan dengan reka bentuk Yamaha VMAX yang diperkenalkan pada tahun 2009 terutamanya pada susun atur instrumen serta komponen pada bahagian hadapan.

Kawasaki Vulcan S - Panel Instrumen Yang Ringkas!
Kawasaki Vulcan S - Panel Instrumen Yang Ringkas!



Ekzos Kurang Menarik


Secara peribadinya saya tiada masalah dengan imej baharu ini. Cuma terdapat sedikit kritikan di bahagian ekzos yang kelihatan kurang menarik. Namun begitu masalah ini tentunya mudah untuk diselesaikan dengan komponen ekzos "Aftermarket" yang menepati citarasa bakal pemiliknya.




Kawasaki Vulcan S - Harga & Spesifikasi
Kawasaki Vulcan S - Spesifikasi 
Enjin 4 lejang, DOHC, 2 Silinder Sebaris, Sejukan cecair.
Isipadu 649cc
Gerek x lejang 83mm x 60mm
Nisbah Tekanan 10.8:1
Transmisi 6 kelajuan
Kuasa maksimum 61PS @8500 rpm 
Tork Maksimum 63Nm @6600 rpm
Suspensi hadapan Fork teleskopik USD 41mm
Suspensi belakang Penyerap hentak tunggal boleh laras
Brek hadapan Cakera tunggal hidrolik 300mm dwi-omboh
Brek belakang Cakera tunggal hidrolik 220mm 
Saiz tangki 14 liter
Panjang 2310mm
Lebar 880mm
Tinggi 1100mm
Tinggi Pelana 705mm
Berat 225kg
Harga Bawah RM30,000



:) :( ;) :D :-/ :x :P :-* =(( :-O X( :7 B-) #:-S :(( :)) =)) :-B :-c :)] ~X( :-h I-) =D7 @-) :-w 7:P 2):) :!! \m/ :-q :-bd ^#(^

2 comments

  1. hari tu singgah kedai motor.. kebetulan melihat model motor ini.. harganya..hurmm.. mampu tengok jer

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak apa. Cuci mata dulu. Tanam cita-cita. Insha Allah satu hari nanti kalau bukan yang ini, mungkin model yang lebih baik! :)

      Delete