Pertama Kali Mencuba Roller Coaster - Idea Spontan Yang Gila-gila!

Sejujurnya saya bukanlah penggemar "Roller Coaster".  Namun begitu keinginan untuk mencubanya tetap ada. Pada minggu terakhir cuti sekolah yang lepas saya berpeluang mencubanya. 


Pertama Kali Mencuba "Roller Coaster"!  - Idea Spontan Yang Gila-gila!
Roller Coaster di Berjaya Times Square Theme Park. Cukup laju tak??

Semuanya berlaku tanpa dirancang. Sebenarnya kami sekeluarga ke Berjaya Times Square Theme Park setelah selesai segala urusan di kawasan berdekatan.


Berjaya Times Square Theme Park
Permainan yang pusing-pusing nih tak cukup mencabar! - Nurin Iman


Pada mulanya kami hanya melayan anak-anak dengan semua permainan yang ada di taman tema berkenaan. Bila hampir kesemua permainan yang ada di taman tema itu telah dicuba, terlintas pula untuk mencuba yang paling ekstreme bersama anak sulung saya..



Me & Iman on a roller coaster ride! Confirm boleh buat kepala pusing! :)
Posted by Encik Anif on Thursday, June 11, 2015

Mujur pada hari tersebut saya membawa "Action Cam" bersama. Memang sesuai sangatlah untuk merakam aktiviti sebegini.  Apa pun, ini memang benar-benar idea dan kerja gila!


4 comments:

  1. Kalau time muda-muda dulu, memang syok naik mende ni. Sekarang ni gayat :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kawan pun gayat juga bro. Tapi cover la sebab naik dengan anak.. Haha :D

      Delete
  2. bestnya .. tp dah lama tk naik .bg peluang anak2 .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang best tapi misi utama ialah mengembirakan anak-anak :) Jadi layankan sahaja..

      Delete

Copyright © 2017 BEAM™