Mahu Kelainan? Jom Cuba Aiskrim Pasu!

Kami ke Bazar JB semalam. Pengunjung tempatan lebih mengenali tempat ini dengan nama Pasar Karat. Sebenarnya, ini adalah aktiviti biasa bagi kami sekeluarga. Jalan-jalan di hujung minggu. Namun begitu, kali ini ada sesuatu yang menarik perhatian kami.


Aiskrim Pasu - Kena Beratur Panjang Untuk Mendapatkannya
Aiskrim Pasu - Kena Beratur Panjang Untuk Mendapatkannya


Bila Ramai Orang Beratur..



Bila lihat ramai orang beratur, tentu ada sesuatu yang istimewa dan "trending" sedang berlaku. Rupa-rupanya mereka ini sedang beratur untuk membeli Aiskrim Pasu!



Aiskrim Pasu (Flower Pot Ice Cream) - Versi Pasar Karat
Aiskrim Pasu (Flower Pot Ice Cream) - Versi Pasar Karat



Jumpa Aiskrim Pasu Di Pasar Karat!



Tak sangka pula boleh terjumpa Aiskrim Pasu di Pasar Karat. Pun begitu, saya sebenarnya selalu terlihat gambar-gambar asikrim ini di Instagram.



Aiskrim Pasu - Macam Mana Rasanya?
Aiskrim Pasu - Macam Mana Rasanya?


Teruja Untuk Mencuba Aiskrim Pasu



Seperti biasa yang teruja tentulah anak-anak. Tidak mahu melepaskan peluang untuk mencubanya. Sanggup beratur bersama-sama orang lain untuk mendapatkannya.



Aiskrim Pasu - Kakak Suka & Adik Tak!
Aiskrim Pasu - Kakak Suka & Adik Tak!


Reaksi anak-anak selepas menikmati Aiskrim Pasu



Berikut adalah reaksi spontan anak-anak ketika ditanya mengenai Aiskrim Pasu yang telah dinikmati oleh mereka:

Kakak- Sedap! Kalau boleh mahu tambah lagi.
Adik - Rasa macam makan pasir! (Merujuk kepada "topping" Oreo kisar)


Aiskrim Pasu - Inovasi Persembahan Produk Makanan



Nampaknya isu berkaitan dengan citarasa sememangnya ada pro dan kontra. Ada yang suka dan ada yang sebaliknya. Namun begitu, inovasi pada persembahan terhadap produk makanan tentunya sesuatu yang menarik untuk diperhatikan pada masa-masa yang akan datang. Untuk RM5 dan pengalaman merasai keunikkan adalah sesuatu yang "priceless".


10 comments:

Hari Pertama Ke Sekolah #2

Sudah lebih seminggu Nurin Amani secara rasminya berada di darjah satu. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Sejujurnya tiada apa yang hendak kami risaukan sangat. Maklumlah pengalaman ketika kakaknya melangkah ke darjah satu dahulu telah sedikit sebanyak membuatkan kami lebih bersedia.



Hari Pertama Ke Sekolah - Melangkah Dengan Penuh Yakin!
Hari Pertama Ke Sekolah - Melangkah Dengan Penuh Yakin!




Benar kata sesetengah orang, anak kedua ini biasanya lebih cepat menyesuaikan diri dengan persekitaran serta suasana yang baharu. Berdasarkan pemerhatian kami, ternyata memang kenyataan itu ada meritnya.




Hari Pertama Ke Sekolah - Tag Nama Perlu Ada
Hari Pertama Ke Sekolah - Tag Nama Perlu Ada


Seperti kakaknya, jadual persekolahan Nurin Iman sememangnya amat padat. Sesi persekolahan untuk sekolah kebangsaan bermula pada 7:20 pagi sehingga 1:20 tegahari manakala sesi persekolahan untuk sekolah agama pula bermula pada pukul 2:00 petang sehingga 3:30 petang. 



Hari Pertama Ke Sekolah - Beratur Itu Rutin Wajib!
Hari Pertama Ke Sekolah - Beratur Itu Rutin Wajib!


Pulang sahaja dari sekolah kebangsaan, beliau hanya mempunyai lebih kurang 1/2 jam untuk bersiap dan pergi ke sekolah agama manakala sebaik pulang dari sekolah agama terus ke kelas mengaji. 

Kadang-kadang terasa kesian pula melihat Nurin Amani kepenatan sebaik sahaja pulang dari sekolah. Pun begitu apabila difikirkan semula, itulah cabaran yang perlu ditempohi disepanjang zaman persekolahannya. Sama seperti abahnya yang juga telah melalui sistem yang sama..


6 comments:

Mari Meluncur Tanpa Ais di Skating Rink!

Kami memulakan tahun baharu 2015 dengan meluncur di Skating Rink, Sutera Mall. Memang ini bukanlah acara yang menjadi kebiasaan buat kami sekeluarga. Pun begitu, ini adalah aktiviti menarik untuk memulakan tahun baharu.


Skating Rink, Sutera Mall
Skating Rink, Sutera Mall 


Agak teruja sebenarnya bila mengetahui bahawa berdekatan dengan tempat tinggal kami sudah ada gelanggang meluncur ais yang sudah dibuka. Maklumlah sebelum ini jika mahu meluncur ais sudah tentu gelanggang meluncur ais yang berada di Sunway Pyramid terpampang di dalam kotak fikiran.



Teruja Untuk Memulakan Aktiviti!


Meluncur Tanpa Ais!


Namun begitu, sangkaan kami meleset. Gelanggang meluncur ais yang kami sangkakan itu sebenarnya adalah gelanggang meluncur sintetik! Benar, memang tiada ais. Permukaan gelanggang dibuat menggunakan bahan yang dipercayai polimer yang dibangunkan oleh syarikat Xtraice.



Adik Confident, Kakak Takut-takut! - Meluncur Tanpa Ais
Adik Confident, Kakak Takut-takut!

Jatuh Dan Bangkit Semula Dengan Senyuman!


Tidak kisahlah sama ada ianya ais ataupun bukan. Keseronokkan melakukan aktiviti tersebut menjadi ukuran.





Yang pastinya di gelanggan meluncur ini, tiada siapa yang malu bila terjatuh. Bila bangun muka masih tetap bersemangat dan tersenyum!



Skating Rink @Sutera Mall - Kadar Sejam & Sewa Peralatan
Skating Rink @Sutera Mall - Kadar Sejam & Sewa Peralatan



4 comments:

Muzium Warisan Tionghua - Memahami Budaya Masyarakat Setempat

Antara tempat yang menarik untuk di kunjungi jika anda berada di Johor Bahru ialah Muzium Warisan Tionghua (Johor Bahru Chinese Heritage Museum). Untuk masuk, pengunjung dikenakan bayaran sebanyak RM5 untuk dewasa manakala RM3 untuk kanak-kanak. Muzium ini dibuka dari hari Selasa hingga Ahad, 9:00 pagi hingga 5:00 petang dan ditutup pada hari Isnin. 


Johor Bahru Chinese Heritage Museum
Johor Bahru Chinese Heritage Museum (Muzium Warisan Tionghua)


Terletak di Jalan Ibrahim, muzium ini sememangnya amat mudah untuk dikunjungi kerana lokasinya yang terletak di bandar Johor Bahru. Saya sekeluarga berkesempatan untuk melawat muzium ini pada cuti Hari Krismas yang lalu.


Koleksi Pameran Menarik


Muzium Warisan Tionghua - Terdirinya Sebuah Bandar Baru






























Bangunan setinggi 3 tingkat ini menempatkan pelbagai koleksi pameran yang menarik berkaitan sejarah perkembangan masyarkat Cina serta sejarah negeri Johor secaram amnya.



Muzium Warisan Tionghua - Ruang Pameran Yang Kemas Dan Teratur
Muzium Warisan Tionghua - Ruang Pameran Yang Kemas Dan Teratur



Maklumat dan penerangan mengenai bahan-bahan pameran disusun dengan baik serta disediakan dalam 3 bahasa iaitu Bahasa Melayu, Mandrian dan Inggeris untuk memudahkan pengunjung.



Lada Hitam - Komoditi Penting


Muzium Warisan Tionghua - Pemprosesan Lada Hitam
Muzium Warisan Tionghua - Pemprosesan Lada Hitam



Manakala di tingkat 3 bangunan muzium ini sedang berlangsung pameran mengenai tanaman lada hitam yang menjadi komoditi terpenting di Negeri Johor pada awal kurun ke 20.


Meningkatkan Kefahaman


Muzium Warisan Tionghua - Masyarakat Cina Dan Negari Johor
Muzium Warisan Tionghua - Masyarakat Cina Dan Negari Johor


Melalui kunjungan ini banyak maklumat yang diperolehi terutamanya mengenai perkembangan sistem kangchu, budaya masyarakat Cina serta peranannya menjadikan tanaman lada hitam sebagai komoditi terpenting di dalam sejarah awal Johor moden.



3 comments:

Copyright © 2017 BEAM™