Yamaha YZF-R25 - Bagai Jelmaan R1

Dikala pengeluar lain mula memperkenalkan model bersilender tunggal untuk pasaran Malaysia, pihak Yamaha seolah-olah menongkah arus apabila memperkenalkan Yamaha YZF-R25.



Yamaha YZF-R25 - Baby R1
Yamaha YZF-R25 - Baby R1



Motorsikal yang diberi gelaran sebagai Baby R1 tentunya sudah cukup mantap untuk mengugat penguasaan Kawasaki didalam segmen "Sportbike" suku liter bersilinder kembar.



Yamaha YZF-R25 - Jelmaan R1
Yamaha YZF-R25 - Jelmaan R1




Pengenalan motorsikal Yamaha YZF-R25 ke pasaran Malaysia telah membuatkan peminat motorsikal tempatan kini memiliki lebih banyak pilihan.




Yamaha YZF-R25 - Didatangkan dengan 36 kuasa kuda!
Yamaha YZF-R25 - Didatangkan dengan 36 kuasa kuda!



Didatangkan dengan enjin yang mampu menjana 36 kuasa kuda, motorsikal ini adalah antara yang paling berkuasa dalam kelasnya.  Maka tidak hairanlah jika ianya menjadi topik bualan hangat dikalangan peminat motorsikal tempatan.

Berikut adalah spesifikasi lengkap motorsikal Yamaha YZF-R25:



Yamaha YZF-R25 - Spesifikasi 
Enjin 4 lejang, 8 injap  DOHC, 2 Silinder Sebaris, Sejukan cecair.
Isipadu 249cc
Gerek x lejang 60mm x 44.1mm
Nisbah Tekanan 11.6:1
Transmisi 6 kelajuan
Kuasa maksimum 26kW @12000 rpm 
Tork Maksimum 22.6Nm @10000 rpm
Suspensi hadapan Fork teleskopik USD 41mm
Suspensi belakang Penyerap hentak tunggal boleh laras
Brek hadapan Cakera tunggal hidrolik 298mm dwi-omboh
Brek belakang Cakera tunggal hidrolik 220mm 
Saiz tangki 14.3 liter
Panjang 2090mm
Lebar 720mm
Tinggi 1135mm
Tinggi Pelana 780mm
Berat 166kg
Harga Bawah RM20,000



5 comments:

Kawasaki Vulcan S - Harga Dan Spesifikasi

Kawasaki Vulcan S - Harga Dan Spesifikasi
Kawasaki Vulcan S - Cruiser berimej moden


Cruiser Berimej Moden


Boleh dikatakan bahawa Kawasaki cukup berani memperkenalkan "Cruiser" terbaharu mereka dengan rupa bentuk yang lebih moden. Maklumlah selalunya motorsikal yang berada pada kategori "Cruiser" atau "Easy Rider" biasanya ditampilkan dengan imej klasik.



Kawasaki Vulcan S - Ada Iras Yamaha VMAX
Kawasaki Vulcan S - Ada Iras Yamaha VMAX


Ada Iras Yamaha VMAX!


Walaupun nampak segar dengan imej moden, Kawasaki Vulcan S bukanlah yang pertama memperkenalkan imej sedemikian. Jika diamati betul-betul, ada sedikit persamaan dengan reka bentuk Yamaha VMAX yang diperkenalkan pada tahun 2009 terutamanya pada susun atur instrumen serta komponen pada bahagian hadapan.

Kawasaki Vulcan S - Panel Instrumen Yang Ringkas!
Kawasaki Vulcan S - Panel Instrumen Yang Ringkas!



Ekzos Kurang Menarik


Secara peribadinya saya tiada masalah dengan imej baharu ini. Cuma terdapat sedikit kritikan di bahagian ekzos yang kelihatan kurang menarik. Namun begitu masalah ini tentunya mudah untuk diselesaikan dengan komponen ekzos "Aftermarket" yang menepati citarasa bakal pemiliknya.




Kawasaki Vulcan S - Harga & Spesifikasi
Kawasaki Vulcan S - Spesifikasi 
Enjin 4 lejang, DOHC, 2 Silinder Sebaris, Sejukan cecair.
Isipadu 649cc
Gerek x lejang 83mm x 60mm
Nisbah Tekanan 10.8:1
Transmisi 6 kelajuan
Kuasa maksimum 61PS @8500 rpm 
Tork Maksimum 63Nm @6600 rpm
Suspensi hadapan Fork teleskopik USD 41mm
Suspensi belakang Penyerap hentak tunggal boleh laras
Brek hadapan Cakera tunggal hidrolik 300mm dwi-omboh
Brek belakang Cakera tunggal hidrolik 220mm 
Saiz tangki 14 liter
Panjang 2310mm
Lebar 880mm
Tinggi 1100mm
Tinggi Pelana 705mm
Berat 225kg
Harga Bawah RM30,000



2 comments:

Pertama Kali Mencuba Roller Coaster - Idea Spontan Yang Gila-gila!

Sejujurnya saya bukanlah penggemar "Roller Coaster".  Namun begitu keinginan untuk mencubanya tetap ada. Pada minggu terakhir cuti sekolah yang lepas saya berpeluang mencubanya. 


Pertama Kali Mencuba "Roller Coaster"!  - Idea Spontan Yang Gila-gila!
Roller Coaster di Berjaya Times Square Theme Park. Cukup laju tak??

Semuanya berlaku tanpa dirancang. Sebenarnya kami sekeluarga ke Berjaya Times Square Theme Park setelah selesai segala urusan di kawasan berdekatan.


Berjaya Times Square Theme Park
Permainan yang pusing-pusing nih tak cukup mencabar! - Nurin Iman


Pada mulanya kami hanya melayan anak-anak dengan semua permainan yang ada di taman tema berkenaan. Bila hampir kesemua permainan yang ada di taman tema itu telah dicuba, terlintas pula untuk mencuba yang paling ekstreme bersama anak sulung saya..



Me & Iman on a roller coaster ride! Confirm boleh buat kepala pusing! :)
Posted by Encik Anif on Thursday, June 11, 2015

Mujur pada hari tersebut saya membawa "Action Cam" bersama. Memang sesuai sangatlah untuk merakam aktiviti sebegini.  Apa pun, ini memang benar-benar idea dan kerja gila!


4 comments:

Ramadan Buffet 2015 Johor Bahru

Secara umumnya terdapat kenaikan harga secara agak menyeluruh pada tahun ini. Berdasarkan pemerhatian pasca GST, kebanyakkan premis menawarkan harga buffet pada harga bersih (nett) berbanding pada tahun-tahun sebelumnya.

Namun begitu terdapat juga premis yang masih berupaya mengekalkan harga.seperti pada tahun-tahun sebelumnya.



Ramadan Buffet 2015 Johor Bahru
Ramadan Buffet 2015 Johor Bahru


Sekadar perbandingan serta rujukan harga untuk tahun sebelumnya, sila rujuk [Link] ini. Berikut adalah senarai restoran, hotel dan premis yang menawarkan Ramadan Buffet 2015 di Johor Bahru:




Ramadan Buffet 2015 Johor Bahru
Senarai Ramadan Buffet 2015 Di Johor Bahru 
Lokasi Dewasa Kanak-kanak Tempahan
Restoran Anjung Warisan RM29nett RM15nett 019-7500784  012-7654129 
Abah Beriani
House
RM32nett RM18nett 012-7337007
Banafee Village RM46++ RM22++ 07-3333377
Suria City Hotel RM50nett
RM25nett
07-2231791
Hotel Sentral RM55nett RM35nett 07-2227788
Villa Warisan J.A  RM49.90nett  RM29.90nett 072288333
Silka Hotel RM66+ RM33+ 07-3601000
Hotel Selesa Pasir Gudang RM68+ RM34+ 07-2518899
Ponderosa Golf & Country Club RM68nett RM34nett 07-354999
Hotel Granada RM90nett RM48nett 07-2318888
GoodHope Hotel RM58nett RM38nett 07-557 2828
Pulai Desaru Beach Resort RM65nett RM30nett 07-8222222
Horizon Hills Resort RM75nett RM45nett 07-2323166
Tanjong Puteri Golf Resort RM65nett RM39nett 07-2596132
07-2596136
New York Hotel RM80nett RM40nett 07-3311588
Le Grandeur Palm Resort RM69+ RM39+ 07-5996000
Pulai Spring Resort RM88nett RM44nett 07-5212121
M Suites Hotel RM96nett RM46nett 07-2211000
Berjaya Waterfront  RM99nett RM50nett 07-2219999
KSL Hotel & Resort RM95nett RM45nett 07- 288 2688
Mutiara Johor Bahru RM105nett RM60nett 07-3300300
**Dikemasikini pada 18 Jun 2015 (12:00 Tengahari)



0 comments:

Kadar Zakat Fitrah 2015 / 1436 Bagi Negeri Johor

Kadar Zakat Fitrah 2015 / 1436 Bagi Negeri Johor
Kadar Zakat Fitrah 2015 / 1436 Bagi Negeri Johor 


Panduan Kadar Fitrah



Harga Fitrah RM 5.00
Umat Islam di Negeri Johor yang makan beras gred/jenis super tempatan 15% hancur (beras nasional) sahaja yang berharga RM1.80 sekilogram.


Harga Fitrah RM 8.00
Umat Islam di Negeri Johor yang makan beras gred/jenis selain daripada beras super tempatan 15% hancur (Beras Nasional).



Panduan Pembayar



  • Umat Islam yang bermukim di Negeri Johor wajib menunaikan zakat fitrah di Negeri Johor
  • Bayaran fitrah hendaklah dibayar kepada amil bertauliah dan mempunyai kad kuasa amil daripada Majlis Agama Islam Negeri Johor.
  • Pastikan setiap bayaran Zakat Fitrah mendapat resit rasmi Majlis Agama Islam Negeri Johor.
  • Anda digalakkan menunaikan Zakat Fitrah di awal Ramadhan bagi membolehkan agihan kepada fakir dan miskin disempurnakan sebelum Hari Raya.

Sabda Rasulullah S.A.W maksudnya:
” Rasulullah S.A.W mewajibkan Zakat Fitrah kerana ia membersihkan kekotoran (dosa) orang-orang yang berpuasa dan memberi makanan (juadah) kepada orang-orang miskin, dan barang siapa menunaikannya (Zakat Fitrah) sebelum solat hari raya, maka ia adalah zakat yang diterima dan barangsiapa yang menunaikannya (Zakat Fitrah) selepas solat hari raya, ia menjadi sedekah-sedekah biasa (bukan Zakat Fitrah)”
Hadith Riwayat: Abu Daud & Ibnu Majah

Kaunter Kutipan Zakat Harta dibuka 7 Hari Seminggu:
Ahad – Rabu : 8.15 pagi – 4.00 petang
Khamis : 8.15 pagi – 2.30 petang
Jumaat & Sabtu: *9.00 pagi – 4.00 petang
Tempat: Semua Kaunter Zakat Harta, Pejabat Kadi Daerah di Seluruh Negeri Johor

Sumber : MAIJ

0 comments:

Jadual Waktu Imsak Dan Berbuka Puasa Bagi Negeri Johor Tahun 1436 / 2015

Jadual Waktu Imsak Dan Berbuka Puasa Bagi Negeri Johor Tahun 1436 / 2015
Berikut adalah Jadual Waktu Imsak dan Berbuka Puasa Bagi Negeri Johor 1436 / 2015 yang telah secara rasminya dikeluarkan oleh Majlis Agama Islam Negeri Johor.

Zon 1

Pulau Aur dan Pulau Pemanggil. 

Zon 2

Daerah Johor Bahru, Kulai Jaya, Kota Tinggi, Mersing dan Pulau-pulau berdekatan dengannya.

Zon 3

Daerah Pontian dan Kluang.

Zon 4

Daerah Batu Pahat, Muar, Ledang, Segamat dan Gemas Johor.



Jadual Waktu Imsak Dan Berbuka Puasa Bagi Negeri Johor Tahun 1436 / 2015

Jadual Waktu Imsak Dan Berbuka Puasa Bagi Negeri Johor Tahun 1436 / 2015
Jadual Waktu Imsak Dan Berbuka Puasa Bagi Negeri Johor Tahun 1436 / 2015



0 comments:

Copyright © 2017 BEAM™