BEAM

Bila Encik Anif Menulis (BEAM)

Trending

09 Februari 2018

Berblog Secara Serius? Tukar Imej Untuk Motivasi Diri

Alhamdulilah masih lagi diberi kekuatan untuk menghidupkan kembali blog ini. Memang sudah beberapa tahun tidak aktif. Namun begitu kecintaan saya pada dunia blog sebenarnya masih belum pudar. Buktinya saya masih lagi memperbaharui domain dot com pada setiap tahun walaupun pada tahun 2016 tiada satu pun artikel yang saya tulis manakala untuk tahun 2017 hanya ada 11 artikel di blog manakala 1 artikel berada didalam mod draft sehingga kini.



Bila Encik Anif Menulis (BEAM)
Bila Encik Anif Menulis



Untuk menaikkan semula semangat untuk kembali berblog pada tahun 2018, langkah pertama yang diambil ialah mengemaskini template untuk disesuaikan dengan keadaan semasa. Rasanya sudah banyak widget, keyword dan kod HTML yang sudah tidak releven yang masih ada diblog. Maka ia perlu dibersihkan.

Langkah kedua ialah  penjenamaan semula blog daripada Anif - Version 2.0 kepada BEAM (Bila Encik Anif Menulis). Untuk menjawab kenapa perlu penjenamaan semula tentunya disebabkan oleh keadaan diri yang semakin liat untuk menulis. Jadi penjenamaan ini umpama program untuk memotivasikan diri sendiri.

Persoalannya ialah Bila Encik Anif Menulis? Jawapannya mudah, apabila ianya dirasakan perlu :)

4 ulasan:

  1. sama-sama lah kita menghidupkan kembali blog ini
    saya pun tahun nih nak cuba aktif balik berblog :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. :) Terima kasih kerana singgah. Sedang cuba sedaya upaya untuk kembali berblog. Inshaa Allah, semoga dipermudahkan.

      Padam
  2. lama betul bro tak menulis.. kadang2 saya jenguk juga Anif-Version 2.0 tu.. akhirnya.. berjaya juga come back.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sejak kebelakangan ini memang dah kurang mood untuk menulis. Tiada alasan munasabah yang boleh diberikan.. Tukar branding untuk kembalikan mood. Harap-harap berjayalah :)

      Padam