BEAM

Bila Encik Anif Menulis (BEAM)

Trending

03 June 2018

Servis Sudah Bertukar Tangan!

Saya suka memerhati status serta komen-komen yang ada di media sosial terutamanya di Facebook. Dari situlah saya faham tentang orientasi politik rakan-rakan serta ahli keluarga yang lain.


Laman Seni - Kluang


Saya faham benar, kita ini kadang-kadang agak sukar untuk mengawal emosi tentang sesuatu isu lebih-lebih lagi apabila ianya berkaitan dengan politik secara amnya. Maklumlah di zaman terbuka ini semua pihak boleh sahaja mengutarakan pendapat di media sosial tanpa halangan.

Selepas PRU14 yang lalu, semuanya sudah jadi terbalik! Yang pro kerajaan terdahulu sudah mula memainkan peranan yang baharu sebagai pro pembangkang manakala yang pro pembangkang pula sudah mula memainkan peranan yang baharu sebagai pro kerajaan. Nampaknya semuanya sudah bertukar!

Bagus juga begitu. Bagi yang selama ini kerjanya menghentam sudah mula menulis yang baik-baik. Manakala bagi yang dahulunya menulis yang baik-baik sudah mula berjinak-jinak dalam dunia menghentam dan menjadi sarkastik. Bukan mudah sebenarnya mahu menjadi sebaliknya bila sudah sebati dengan diri. Sejujurnya saya kagum dengan mereka yang berjaya mengubah posisi pendirian sesuai dengan keadaan semasa serta keyakinan mereka.

Sekarang adalah masa untuk menikmati hasil daripada proses demokrasi. Servis sudah bertukar tangan. Jadi biasa-biasakanlah dengan tugas baharu itu. Semoga perbezaan pendapat di kalangan kita ini menjadi pemangkin untuk mendorong masyarakat supaya lebih berfikir untuk mencari penyelesaian terbaik terhadap sesuatu permasalahan dan seterusnya memajukan negara.



2 comments:

  1. Nampaknya sudah ada yang menyesal tak sudah sebab bagi servis bertukar tangan.. Hadap je la untuk tempoh 5 tahun.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rakyat menilai. Harap semuannya akan jadi lebih baik. Jika sebaliknya, PRU akan datang akan jadi penentu.

      Delete