BEAM

Bila Encik Anif Menulis (BEAM)

Trending

19 January 2019

Kedai Cermin Mata Murah - DR. SPECS

Bila anak mengadu yang matanya sudah tidak nampak apabila berada di belakang kelas, itu adalah tanda-tanda yang dia mengalami masalah pengelihatan. Perlu segera membawanya membuat pemeriksaan mata.

Memandangkan saya tiada pengalaman dalam mendapatkan cermin mata, maka saya mula mencari maklumat mengenainya di internet serta bertanyakan kepada rakan-rakan yang sudah lama memakai cermin mata.

Pelbagai maklumat diperolehi tentang cermin mata serta kos anggaran bagi mendapatkannya. Yang pastinya ia bukalah murah. Baiklah, sekarang saya sudah dapat gambaran yang sebenarnya. Proses mencari kedai cermin mata yang sesuai dimulakan secara rasminya.

Benar, saya telah ke beberapa buah kedai cermin mata. Namun bagitu kosnya agak merisaukan. Terus terang saya katakan, saya tidak sangka yang hargan sepasang cermin mata boleh mencecah ratusan hingga ribuan ringgit!

Sehinggalah saya terjumpa dengan DR. SPECS cawangan Paradigm Mall Johor Bahru. Semua tanggapan awal tentang harga cermin mata terpadam. Saya sudah nampak sinar dihujung terowong!


DR. SPECS Paradigm Mall Johor Bahru
DR. SPECS Paradigm Mall Johor Bahru


Di sini, sepasang cermin mata boleh didapati dari harga serendah RM50. Ya, RM50 untuk harga bingkai termasuk dengan kantanya sekali.



DR. SPECS - Korean Frame
DR. SPECS - Korean Frame

Namun begitu, itu hanyalah harga untuk bingkai cermin mata dengan kanta asas. Untuk kanta yang lebih baik ia boleh dinaik taraf  dengan tambahan harga mengikut ciri-ciri serta fungsi yang dikehendaki. Lebih banyak fungsi, lebih banyaklah tambahan harga.



DR. SPECS - Steps to complete the order.
DR. SPECS - Pilih, Periksa & Bayar

Alhamdulillah, sepasang cermin mata buat anak telah berjaya ditempah. Cermin mata yang ditempah boleh disiapkan dalam masa sejam. Namun begitu dalam kes kami, proses pemilihan bingkai yang sesuai memakan masa lebih daripada sejam!

Yang pastinya terlalu banyak pilihan boleh juga melambatkan urusan! :) 

No comments:

Post a Comment