BEAM

Bila Encik Anif Menulis (BEAM)

Trending

19 February 2019

Texas Chicken - Tasek Central

Pantang ada tempat makan baru, keinginan untuk mencuba tentunya akan ada. Lebih-lebih lagi jika ianya berdekatan dengan kediaman. Memang cepatlah sampai.


Chicken Porridge - Texas Chicken
Chicken Porridge


Kini cawangan terbaharu Texas Chicken sudah ada di Tasek Central, Taman Ungku Tun Aminah, Skudai. Pelbagai menu yang ditawarkan. Cuma yang menjadi keutamaan apabila makan di restoran sebegini tentunya ialah hidangan yang mesra poket.


Texas Chicken Crunchy Deals
Crunchy Deals


Menu "Crunchy Deals" dan "Awesome Mondays" yang ditawarkan adalah cukup berbaloi. Hidangan yang sesuai untuk sebuah keluarga kecil atau pelanggan yang inginkan sesuatu yang ringkas.



Spicy Chicken - Texas Chicken
Spicy Chicken


Jika tidak sempat untuk masak makan tengahari atau makan malam, boleh pertimbangkan hidangan ini. Pada saya ianya cukup ringkas dengan harga yang berpatutan.


Texas Chicken Awesome Mondays 5 PC Chicken
Awesome Mondays


Disaat harga hidangan pesaing terhampirnya semakin mahal, Texas Chicken tampil dengan strategi sebaliknya. Cuma berharap, menu "Crunchy Deals" dan "Awesome Mondays" akan dapat bertahan dengan lebih lama serta akan ditambaik baik dari semasa ke semasa.





No comments:

Post a Comment