Cerita Tentang [
Jalan-Jalan
]

Jalan-jalan Di IKEA

Balik ke Seremban tempohari, sempat juga ke IKEA. Tak merancang pun nak ke sana, tiba-tiba terasa nak pergi. Mungkin sebab dah lama tak ke sana dan memang ada barang-barang kegunaan harian yang hendak dibeli. Maklum la dulu kami bertiga sekarang dah berempat.. banyak yang perlu di tambah :D

Rasanya "timing" ke sana kurang tepatlah.. Err masa tue IKEA sedang "Sale"!!! Jalan raya sesak, parking pun susah.. Orang ramai berduyun-duyun, hmm memang tak "convinience" langsung! Aku kot yang terlepas pandang.. maklumlah memang tak merancang nak pergi pada mulanya.



Jalan-jalan Di IKEA

Apa-apa pun kami berjaya ke sana dengan jayanya dan membeli barang-barang yang perlu. Cuma tak sempatlah nak tengok lama-lama barang-barang di sana dan "imagine" konsep rumah idaman dan lain-lain sebab terlalu ramai orang.. Sampai nak berhentikan troley pun tak boleh lama.. hmm lain kali kalau nak ke IKEA, jangan terkena masa "Sale"! Memang menyusahkan!


Kesian Dia!!!
Kesian kat "Adik" sampai minum mineral water terus dari botol :D




:) :( ;) :D :-/ :x :P :-* =(( :-O X( :7 B-) #:-S :(( :)) =)) :-B :-c :)] ~X( :-h I-) =D7 @-) :-w 7:P 2):) :!! \m/ :-q :-bd ^#(^

Post a Comment