BEAM

Bila Encik Anif Menulis (BEAM)

Trending

Memaparkan catatan dengan label Tips. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Tips. Papar semua catatan

18 April 2018

April 18, 2018

Nak Photobook Percuma?

Kali terakhir saya mencetak gambar yang diambil menggunakan peranti elektronik seperti kamera digital dan telefon pintar adalah kira-kira 5 atau 6 tahun yang lepas. Bila storan dalaman pada telefon pintar serta komputer peribadi bertambah besar, keperluan untuk mencetak gambar semakin berkurangan.

Seperkara lagi, apabila gambar-gambar yang diambil melalui telefon pintar atau kamera digital telah dipindahkan ke komputer peribadi, seolah-olah tugasan tersebut telah selesai dan terhenti setakat itu sahaja.

Baru-baru ini saya terlihat iklan Photobook Worldwide di Televisyen. Promosi dan iklan tersebut menyatakan bahawa Photobook 6" X 6" boleh dicetak secara percuma dengan menggunakan kod yang diberikan. Pengguna cuma perlu menanggung kos penghantaran dan GST iaitu sebanyak RM10.60.



Photobook Malaysia Free Percuma!
Photobook Percuma Yang Sudah Sampai!



Tertarik dengan tawaran yang diberikan, saya pun mencubanya. Dimulakan dengan memuat turun aplikasi Photobook Worldwide ke dalam telefon pintar. Selain daripada itu, aplikasi Photobook versi komputer peribadi juga ada disediakan dan dikenali sebagai Photobook Designer. Kedua-dua aplikasi ini sememangnya mesra pengguna.

Menggunakan aplikasi Photobook tidaklah sesukar mana. Sebenarnya yang perkara yang paling sukar ialah proses untuk memilih gambar-gambar yang sesuai untuk dimuatkan ke dalam Photobook tersebut.

Bila sudah berjaya melengkapkan gambar-gambar yang sesuai untuk dicetak, sebelum membuat pembayaran sila masukkan kod yang diberikan dibawah ini untuk mendapatkan Photobook 6" X 6" secara percuma. Kali terakhir saya memeriksanya, kod-kod ini masih sah digunakan. Cubalah!

  • SAYS
  • SBOOK4U
  • THROWBACK
  • PHOTOBOOKMOMENTS
  • GIFTBOOK
  • TV3
  • NTV7
  • NSTSIMPLEBOOK 
  • HMSIMPLEBOOK 
  • BHSIMPLEBOOK 
  • KENANGAN 
  • BNARAPBWW
  • MERRYBOOK
  • SWEETBOOK
  • NEWYEARSB
  • HARIANMETRO
  • KOOL79
  • FLY79
  • OHMEDIAPBWW
  • TOGETHER


09 Oktober 2014

Oktober 09, 2014

aigoPad M60 - Kos Penggantian Bateri

Saya memiliki 2 unit aigoPad M60 yang digunakan oleh kedua-dua anak saya. Setelah beberapa ketika menggunakannya, saya dapati baterinya semakin lemah untuk menyimpan dan mengekalkan caj pada satu jangkamasa yang munasabah. Sudah pasti hal ini amat merisaukan kedua-dua anak saya. Walau bagaimanapun, isu ini dapat saya selesaikan dengan menggunakan "Power Bank".


aigoPad M60 - Masalah Bateri? Jangan Risau, Ada Penyelesaiannya
aigoPad M60 - Masalah Bateri? Jangan Risau, Ada Penyelesaiannya



Bateri Sudah Tidak Mampu Menyimpan Caj!


Namun begitu selepas beberapa ketika, keadaan menjadi semakin teruk apabila bateri pada aigoPad M60 tidak mampu langsung menyimpan dan mengekalkan caj. Pada masa tersebut, "Power Bank" yang ada tidak lagi dapat membantu. Nampaknya sudah tiada cara lain untuk menyelesaikannya melainkan dengan melakukan penggantian bateri.


Warranty Sudah Lama Tamat

 
Memandangkan tempoh "Warranty" sudah lama tamat, saya tidak bercadang untuk menghantarnya ke pusat servis. Saya melakukan carian di internet tentang bateri yang sesuai untuk digunakan pada aigoPad M60. Memang terdapat pelbagai jenis dan saiz tetapi semunya lebih sesuai digunakan pada tablet yang berukuran 7 inici ke atas. Bagi tablet berukuran 6 inci agak sukar mencarinya atau hampir tiada langsung yang sesuai. 


Hubungi Pusat Servis


Bila pencarian tidak membuahkan hasil, akhirnya saya mengalah dan merujuk semula senarai pengedar dan pusat servis bagi aigoPad M60. Memandangkan saya tinggal di Johor Bahru, pusat servis terhampir ialah di Ten Ten Telecommunications Sdn. Bhd. cawangan Taman Molek. Saya menghubungi pusat servis tersebut dan terus bertanyakan tentang bateri serta kos yang berkaitannya dengannya.


aigoPad M60 - Service Form Ten Ten Telecommunicatons Sdn. Bhd.
aigoPad M60 - Masuk Bengkel!


Rupa-rupanya kos mengganti bateri untuk aigoPad M60 tidaklah semahal seperti yang disangka. Hanya RM20 seunit. Cuma terpaksa menunggu sehingga 3 minggu untuk disiapkan kerana tablet terpaksa dihantar ke Kuala Lumpur untuk urusan servis dan penggantian bateri.



Selepas 3 Minggu


Alhamdulillah selepas 3 minggu, saya mendapat panggilan daripada pusat servis yang mengatakan bahawa tablet sudah boleh diambil. Tanpa berlengah, keesokan harinya saya ke pusat servis dan mengambil kedua-dua tabet aigoPad M60 milik saya.


aigoPad M60 - Final Invoice (Battery Replacement)
aigoPad M60 - Kos Bateri Seunit Cuma RM20


Walaupun saya hanya meminta mereka menggantikan bateri, saya dapati pihak pusat servis telah melakukan beberapa perkara tambahan seperti mengetatkan butang-butang "Power" dan "volume" yang sebelum ini telah longgar serta melekatkan "Screen Protector" yang baharu.



aigoPad M60 -  Siap Dengan Pelekat  Warranty Yang Baharu!


Khidmat Lepas Jualan Bagus


Tidak dinafikan bahawa aigoPad M60 adalah sebuah tablet yang murah dan amat sesuai digunakan oleh kanak-kanak. Walaupun murah, jenama ini disokong oleh pengedar yang bagus dan mempunyai reputasi yang baik. Selain jenama aigo, pengedar ini juga mempunyai beberapa portfolio jenama terkenal dibawah naungannya. Jadi, isu servis serta mendapatkan alat ganti tidaklah menjadi satu masalah besar.

Benar, memang ada jenama yang lebih murah daripada aigoPad M60 tetapi khidmat sokongan selepas jualannya sentiasa menjadi persoalan lebih-lebih lagi jika ianya diedarkan oleh pengedar yang kurang dikenali.


24 Januari 2013

Januari 24, 2013

Bila Usia Sudah Masuk Tiga Puluhan.. Part 3

Kecederaan Ligemen Lutut
Sempena cuti Maulidur Rasul [Link] hari ini, saya sekeluarga mengambil kesempatan untuk melawat seorang rakan sekerja yang telah dimasukkan ke hospital. 

Beliau mengalami kecederaan ketika bermain badminton dan disahkan oleh doktor mengalami kecederaan ligemen lutut. Alhamdulillah beliau telah selamat menjalani pembedahan untuk menyambung semula ligemen yang putus.

26 Julai 2012

Julai 26, 2012

Ramadan, Masa Terbaik Untuk Berhenti Merokok

Alhamdulillah, sudah 6 hari kita berpuasa di bulan Ramadan.





Tiada apa yang ingin saya sampaikan melainkan sentiasa cuba mengingatkan diri sendiri agar cuba sedaya upaya menggunakan peluang di bulan yang mulia ini untuk mempertingkatkan diri serta memohon keredhaan daripada yang maha Esa.

Seperti tahun-tahun yang lepas, saya ingin ulangi pesanan ikhlas ini [Link]. Ditujukan khas buat yang masih merokok, gunakanlah peluang yang terhidang ini (Ramadan) untuk meninggalkan tabiat tersebut.  

Jalan keluar didepan mata


Kalau sepanjang hari mampu bertahan daripada merokok. Apalah salahnya meneruskan usaha tersebut sehingga ke malam hari dan seterusnya ke hari-hari yang berikutnya.

Ambil keberkatan bulan Ramadan untuk memulakan sesuatu yang lebih positif. Insyallah ia akan berjaya!

Ramadan, masa terbaik untuk berhenti merokok.

10 Julai 2012

Julai 10, 2012

Memasang Kad Grafik - Budak Sekolah Pun Boleh Buat #2

Memang sudah lama saya tidak membeli komponen komputer. Sejak beberapa tahun yang lepas saya sudah mula mengurangkan pengelibatan dalam kerja-kerja teknikal berkaitan komputer.

Barangkali juga kerana komitmen terhadap keluarga semakin meningkat dan mungkin juga kerja-kerja teknikal sebegini sudah kurang cabarannya [Link].


Gigabyte HD 6450
Gigabyte HD 6450



Pada hari Sabtu yang lepas saya ke Digital Valley, Danga City Mall. Tujuannya ialah untuk membeli kad grafik.  

Kad grafik daripada Gigabyte HD 6450 [Link] chipset AMD RADEON menjadi pilihan. Tentunya faktor harga yang agak berpatutan dan jaminan selama 3 tahun yang ditawarkan mempengaruhi pembelian tersebut. Dengan kos sebanyak RM150 kad grafik kategori permulaan ini dibawa pulang. Walaupun berada pada kategori permulaan, ia sudah cukup untuk menyokong kebanyakkan perisian permainan yang popular sekarang dan juga sesuai untuk melakukan kerja-kerja perkomputeran umum.


Gigabyte HD 6450
Gigabyte HD 6450



Memang tidak dinafikan teknologi semakin hebat. Sejak popularnya papan ibu yang mengintegrasi semua dalam satu,  menambah kad grafik adalah sekadar pilihan. Terus terang saya katakan, kali terakhir saya membeli kad grafik adalah semasa teknologi AGP masih lagi diarus perdana. Sekarang kad grafik sudah berteknologi PC-I Express version 3.0! Walaupun teknologi sudah berubah, asas dalam menyelesaikan masalah berkaitan dengan komputer tetap sama. Jadi tidak susah untuk mengesan kerosakkan jika faham tentang asas tersebut.






PC yang bakal menerima kad grafik baharu itu telah pun disahkan mengalami masalah pada perkakasan kad grafiknya tempohari. Terdapat beberapa kapasitornya yang telah pecah. Jadi memang perlu segera digantikan komponen tersebut untuk membolehkan PC itu kembali berfungsi seperti biasa.

Kerja mengganti dan memasang kad grafik tidaklah sesukar mana. Cuma perlu mencabut kad grafik yang lama dan pasangkan kad grafik yang baharu pada komponen papan ibu. Hidupkan PC dan pasangkan driver untuk kad yang baharu. Uji dan gunakan aplikasi berintensifkan grafik untuk menguji kestabilan PC. Jika semuanya tiada masalah, maka selesailah tugas menggantikan kad grafik tersebut.

Err.. Secara seriusnya, budak sekolah pun boleh buat [Link]!


29 Jun 2012

Jun 29, 2012

Saya Dapat Lagi Murah!

Apabila kita membuat sesuatu pembayaran atas perkhidmatan atau barangan yang telah dibeli, selalunya amat jarang sekali kita bercerita. Kalau bercerita pun biasanya setelah ditanya atau terdapat situasi yang lebih kurang sama terjadi pada kenalan lain.


Saya Dapat Lagi Murah!

22 Mei 2012

Mei 22, 2012

Teknologi - Ketinggalan Sedikit Tidak Mengapa

Kalau terlalu terikut-ikut sangat perkembangan teknologi tentunya sedikit sebanyak memberi tekanan terhadap kawalan kredit dan kewangan keluarga secara umumnya.

Didalam masa yang sama sebenarnya kita juga dalam dilemma. Kalau tidak mengikuti langsung teknologi tentunya kita akan ketinggalan. Jika terlalu terikut-ikut pula tentunya ia memerlukan peruntukan kewangan yang agak besar.


07 Mei 2012

Mei 07, 2012

Bila Tiba Musim Peperiksaan

Bila anak-anak sudah mula bersekolah, segala perancangan serta aktiviti yang bakal dilakukan haruslah mengambil kira faktor tersebut.

Susah juga hendak ke mana-mana lebih-lebih lagi jika ada yang bakal menduduki peperiksaan.

Jadi perkara yang terbaik bagi memanfaatkan hujung minggu ialah menyediakan ruang bagi anak-anak untuk mengulangkaji secukupnya. Tidak mengapalah jika tidak dapat keluar pada hujung minggu tersebut asalkan dapat membantu anak-anak dalam menyediakan diri mereka secukupnya bagi menghadapi peperiksaan.

29 Mac 2012

Mac 29, 2012

Penyelesaian Masalah Bermula Dengan Memahami Masalah

Bila individu atau keluarga yang kita kenal ditimpa musibah secara tidak langsung kita juga akan terfikir dan terbeban sama untuk cuba membantu mencari jalan keluar daripada musibah yang menimpa.

Penyelesaian Masalah Bermula Dengan Memahami Masalah

Walaupun secara teknikalnya mereka tidak meminta sebarang bantuan, naluri sebagai seorang yang mengenali tentunya dapat merasakan kesukaran dalam menangani musibah tersebut.

Memahami Masalah


Dalam saat-saat genting sebegini adalah baik juga bagi kita memberikan ruang secukupnya kepada individu atau keluarga tersebut. Bukan untuk cuba menjauhkan diri daripada mereka ketika mereka dalam kesusahan. Sebaliknya ruang tersebut perlu digunakan sepenuhnya oleh mereka untuk memahami apa yang sebenarnya sedang terjadi dan seterusnya segera menerima hakikat sebenar tentang sesuatu perkara yang telah terjadi itu..  

05 Januari 2012

Januari 05, 2012

10 Tips Hebat Untuk Dikongsi Bersama

10 Tips Hebat Untuk Dikongsi Bersama
Diam tak diam, sepanjang Saya menulis di blog ini sudah agak banyak juga Saya kongsikan pelbagai Tips.

Kebanyakkan Tips yang ditulis pada blog ini adalah berdasarkan daripada pengalaman Saya sendiri.

Berikut adalah 10 Carian Popular tentang Tips yang singgah diblog ini melalui enjin carian dan Saya simpulkan sebagai 10 Tips Hebat Untuk Dikongsi Bersama:

  1. Tips Membeli Kenderaan Terpakai
  2. Tips Berhenti Merokok
  3. Tips Mengutip Hutang
  4. Tips Membangunkan Anak Bersahur
  5. Tips Membeli Komputer Peribadi atau Laptop
  6. Tips Bagi Bakal Graduan
  7. Tips Mengelakkan Pembelian Impulsif 
  8. Tips Berblog Dengan GPRS 
  9. Tips Hebat Memujuk Anak Makan 
  10. Tips Fair Usange Policy


Walalupun ada diantaranya kelihatan seperti tidak masuk akal, Saya boleh katakan 90 peratus daripadanya telah pun dibuktikan keberkesannya pada diri Saya sendiri.

27 Disember 2011

Disember 27, 2011

Secukup Rasa Memudaratkan Diri

Secukup Rasa Memudaratkan Diri
Secukup Rasa Memudaratkan Diri


Keupayaan menggangar untuk setiap individu adalah berbeza. Untuk hal-hal yang dianggap sebagai subjektif  oleh kebanyakkan individu seperti penambahan perisa dalam makanan dan kuantiti makanan yang patut diambil  memang agak sukar untuk ditentukan. Sering kali kita menggunakan istilah sehingga secukup rasa untuk hal-hal subjektif sebegini.

Banyak bagi kita mungkin sedikit untuk orang lain. Sedikit bagi kita mungkin kelihatan seperti bersifat kedekut bagi orang lain!

Secara peribadinya Saya menganggap bahawa kelemahan dalam menggangar ada kaitan langsung dengan ilmu matematik asas. Bagi individu yang tidak membudayakan matematik dalam kehidupan seharian tentunya perkara yang dianggap sebagai subjektif ini bakal memberikan kesan buruk dikemudian hari. Maklumlah jika menggunakan konsep sehingga secukup rasa, memang tiada langsung unsur kawalan. Semuanya seolah-olah "free flow".

Budaya meletakkan sesuatu sehingga secukup rasa perlu dielakkan. Jika hal sebegini menjadi asas dalam kehidupan tentunya kita akan menghadapi musibah dikemudian hari. Lagipun meletakkan sesuatu itu sehingga secukup rasa umpama mengikut sepenuhnya kehendak hati. Umum mengetahui, mengikut sepenuhnya kehendak hati tentu akan memudaratkan diri.

Mulai sekarang, apabila menyediakan makanan, minuman dan ketika mengambil makanan perlu sentiasa diaplikasikan dengan ilmu matematik asas iaitu mengira dan menetapkan had. Kerana dengan mengira kuantiti yang digunakan atau diambil akan menjadi lebih tepat dan standard. Menetapkan had pula boleh dianggap sebagai langkah kawalan.

Peringatan untuk diri sendiri: Err.. Satu camca gula sudah cukup untuk secawan Kopi O yang enak bukan?

15 November 2011

November 15, 2011

Kerana Terpikat Dengan Kecomelannya..

Inilah yang dinamakan malang tak berbau. USB Flash Drive (Thumb Drive) kesayangan telah rosak dan patah dibahagian hujungnya ketika sedang ditarik keluar dari USB port! Entah dimana silapnya atau mungkin sudah tiba ajalnya.

Terpaksalah mengeluarkan serpihannya sedikit demi sedikit kerana ditakuti akan merosakkan USB port. Setelah lebih kurang 5 minit berusaha, akhirnya kesemua serpihan tersebut dapat dikeluarkan. 

Sebaik sahaja kesemua serpihan USB Flash Drive itu berjaya dikeluarkan, terus menguji USB port dengan memasang mouse di port tersebut.  Alhamdulillah USB controller masih boleh mengenal mouse dan sah USB port boleh digunakan. Mujur juga USB port itu tidak rosak. Jika rosak tentu amat merugikan.



Kingston DT Mini Slim 4GB ini sememangnya sangat sensitif kerana ia cengkerangnya dibuat daripada plastik keseluruhannya tidak seperti USB Flash Drive bersaiz normal. Dalam berhati-hati mengunakannya ia tetap boleh rosak. 

28 Oktober 2011

Oktober 28, 2011

Bila Perlu Menukar Kasut Sukan?

Berlari atau berjalan dengan menggunakan kasut sukan lama boleh menyebabkan kecederaan terutamanya pada lutut dan pergelangan kaki. Kasut lama yang digunakan berkemungkinan sudah kehilangan upaya untuk menyerap kejutan dan kehilangan kestabilan. 

Dengan mengambil langkah untuk menggantikannya, sudah tentu akan membantu mencegah kecederaan daripada berlaku.

 Bila Perlu Menukar Kasut Sukan?



Bila Perlu Menukar Kasut Sukan? Kasut sukan yang kita gunakan untuk tujuan beriadah perlu ditukar apabila telah digunakan serta  mencapai jarak 550 sehingga maksimum 880 kilometer! Untuk yang aktif berlari, kasut sukan haruslah ditukar apabila telah digunakan sejauh 550 kilometer manakala bagi yang kurang aktif, kasut boleh digunakan sehingga jarak 880 kilometer. Rujuk - About.com


Kasut sukan yang kita gunakan untuk tujuan beriadah perlu ditukar apabila telah digunakan serta  mencapai jarak 550 sehingga maksimum 880 kilometer! Untuk yang aktif berlari, kasut sukan haruslah ditukar apabila telah digunakan sejauh 550 kilometer manakala bagi yang kurang aktif, kasut boleh digunakan sehingga jarak 880 kilometer. Rujuk - About.com

Tips Untuk Memanjangkan Hayat Kasut Sukan


Untuk memanjangkan hayat kasut sukan, adalah digalakkan untuk mempunyai sekurang-kurang 2 pasang atau lebih kasut sukan dan digunakan secara bergilir-gilir. 


10 Oktober 2011

Oktober 10, 2011

Perangkap Di Zon Selesa

Perangkap Di Zon Selesa
Untuk melahirkan idea, inovasi, penyelesaian dan pemikiran hebat memang perlu ada sedikit unsur tekanan. 

Bermaksud kita sebenarnya mampu melahirkan sesuatu idea atau pemikiran hebat ketika berada didalam keadaan tertekan atau ketika berada didalam situasi yang mendesak.

Pada situasi tersebut, otak akan dikerah ke peringkat lebih tinggi daripada biasa untuk mencari jalan dalam menyelesaikan permasalahan yang sedang atau akan dihadapi.

Perangkap Di Zon Selesa



Keinginan untuk meningkatkan dan memajukan lagi diri berkemungkinan mula berkurangan kerana sudah terlalu selesa atau seronok dengan sesuatu situasi. Zon selesa umpama perangkap pemikiran secara tidak disedari..

Jika berada di zon selesa, memang sukar untuk menghasilkan idea, penyelesaian dan pemikiran hebat. Oleh yang demikian untuk keluar daripada situasi ini, kita boleh mencipta satu situasi tekanan. Ramai yang mengelarkan perkara ini sebagai motivasi.

18 September 2011

September 18, 2011

Jangka Hayat Perkakasan dan Peralatan Elektrik Secara Umum

Jangka hayat perkakasan dan perlatan elektrik amat sukar ditentukan.  Faktor harga sahaja tidak memadai untuk dijadikan panduan untuk menentukan jangka hayatnya.



Jangka Hayat Perkakasan dan Peralatan Elektrik Secara Umum
Jangka Hayat Perkakasan dan Peralatan Elektrik Secara Umum



Namun begitu kebanyakkan perkakasan dan peralatan elektrik dapat bertahan pada satu jangkamasa yang munasabah dengan mengambil kira gabungan beberapa faktor iaitu harga, kualiti, kadar penggunaan dan tempat peralatan itu digunakan.

Berikut adalah jangka hayat umum bagi perkakasan dan peralatan elektrik menurut RETRA (Radio, Electrical and Television Retailer's Association, United Kigdom):


Perkakasan dan Peralatan Kecil

 
Sterika, Cerek, Pengering Rambut, Pengisar Makanan,
Jangka hayat: 2 - 5 tahun.

VCRs dan DVDs berharga rendah,
Jangka hayat: 2 - 5 tahun.

VCRs and DVDs berharga premium
Jangka hayat: 5 - 8 tahun.

Perkakasan dan Peralatan Sederhana


Peti Sejuk, Peti Pembeku, Pengering Pakaian,
Ketuhar Gelombang Mikro 
Jangka hayat: 3 - 8 tahun.


Perkakasan dan Peralatan Besar


Dapur elektrik,
Jangka hayat: 8 - 10 tahun.

Mesin Pembasuh Pinggan, Mesin Basuh,
Jangka hayat: 4 – 8 tahun.

CTV mudah alih harga rendah,
Jangka hayat: 3 - 5 tahun.

CTVs berharga premium
Jangka hayat: 5 - 8 tahun.

Sistem Hi-Fi berharga rendah,
Jangka hayat: 2 - 5 tahun.

Sistem Hi-Fi berharga premium,
Jangka hayat: 5 - 8 tahun.

Jadi bila ada peralatan yang sudah melangkaui julat anggaran jangka hayat, ia umpama bonus! Namun begitu perlu waspada dan bersedia pada bila-bila masa kerana peralatan tersebut akan berhenti berfungsi tanpa sebarang notis.

Imej kredit, homedit.com


05 Ogos 2011

Ogos 05, 2011

POWER! - Pengurusan Wang Ringgit Anda

POWER! - Pengurusan Wang Ringgit Anda
POWER! - Pengurusan Wang Ringgit Anda



POWER! Pengurusan Wang Ringgit Anda ialah program pendidikan kewangan praktikal yang dikendalikan oleh Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK).

POWER! direka khas untuk memberikan anda pengetahuan asas kewangan dan cara pengurusannya supaya anda lebih yakin dan boleh membuat keputusan Pengurusan kewangan secara wajar.


PENGETAHUAN POWER!


POWER! terbuka kepada semua warga Malaysia berusia 18 tahun ke atas yang ingin memperoleh pengetahuan kewangan secara praktikal dan skil dalam Pengurusan kewangan dan hutang peribadi.

Jika anda merancang untuk memohon kemudahan pinjaman atau kredit buat kali pertama, POWER! akan memberikan anda tip berguna untuk menguruskan hutang secara efektif.


SESI POWER!


POWER! akan membantu anda menguruskan kwangan dan hutang dengan lebih baik melalui 6 bab praktikal tentang:

  • Pengurusan Aliran Tunai
  • Asas Meminjam
  • Penggunaan Kad Kredit Secara Bijak
  • Membeli Kereta
  • Membeli Rumah
  • Mengurus Hutang Anda

MANFAAT POWER!


Dengan POWER! anda akan dapat menguruskan aliran wang peribadi dengan yakin dan dapat membuat keputusan Pengurusan kewangan dengan berhemat.

LOKASI POWER!


Anda boleh memilih untuk menghadiri sesi POWER! di:

Ibu pejabat AKPK, Kuala Lumpur
Setiap hari Sabtu @ 9.30 pagi hingga 1.30 petang

Pulau Pinang, Melaka, Johor Bahru, Kuala Terengganu, Kota Kinabalu dan Kuching
Setiap hari Rabu @ 9.30 pagi hingga 1.30 petang


Untuk maklumat lebih lanjut sila rujuk halaman web AKPK

-----------------------------

Bagi yang berkesempatan silalah menghadirkan diri untuk menigikuti sesi POWER! yang diadakan pada setaip Sabtu dan Rabu.  Sesi ini tentunya bagus untuk meningkatkan lagi kefahaman mengenai pengurusan kewangan peribadi.

07 Julai 2011

Julai 07, 2011

Mula-Mula Gunting Kertas..

Bila disebut anak-anak, tentunya kita akan terbayangkan senyuman, kegembiraan serta kegigihan mereka melakukan sesuatu.  Inilah yang hendah diceritakan dalam entry ini - " Mula-Mula Gunting Kertas.."

Seperti orang dewasa dalam mempelajari serta cuba memahami sesuatu perkara, anak-anak juga bereksperimen. 

Bila merujuk kedua-dua anak perempuan kami, memang terdapat satu corak yang hampir serupa antara kakak dan adik. 

Memandangkan sikap ingin tahu mereka begitu tinggi, kami menyediakan beberapa peralatan seperti gunting dan gam kertas serta buku untuk mereka gunakan dalam proses pembelajaran.  Tentunya aktiviti gunting dan tampal merupakan aktiviti kegemaran mereka. Setelah beberapa ketika, kemahiran mereka dalam menggunting kertas semakin baik.  

Mungkin sudah bosan menggunting kertas, akhirnya mereka mencuba menggunting sesuatu yang baru. Entah dari mana datang idea tersebut, buat kami tertanya-tanya. Mungkin juga dari naluri semulajadi ingin tahu mereka..

16 Jun 2011

Jun 16, 2011

Tips Penjimatan Tenaga Elektrik

Rumah yang berkecekapan tenaga adalah salah satu cara bagi mengurangkan perbelanjaan bil elektrik anda. Ianya adalah salah satu cara yang paling mudah bagi mengurangkan kesan penggunaan elektrik berlebihan terhadap alam sekitar.

Berikut adalah cara-cara bagaimana anda dapat membantu mengurangkan penggunaan tenaga dan perbelanjaan bil elektrik anda.


Padamkan peralatan elektrik atau lampu, jika tidak digunakan


Jika anda tidak menggunakan sebarang peralatan elektrik buat jangka masa yang panjang, sila padamkan dan cabut palamnya daripada suis. Peralatan yang berada dalam mod siap sedia atau pengecas bateri yang dipasang masih menggunakan sejumlah tenaga yang kecil.

Gunakan lampu neon berkecekapan tenaga


Gunakanlah lampu neon atau floresen kerana ianya menggunakan tenaga dua pertiga kurang daripada lampu pijar dan dapat bertahan enam hingga 10 kali lebih lama. Lampu ini juga kurang menghasilkan haba.

Gunakan mentol watt lebih rendah


Daripada menggunakan mentol 100-watt, anda mungkin memerlukan hanya mentol 60 watt untuk beberapa bilik dan ruang di rumah anda.


27 Mei 2011

Mei 27, 2011

Makan Dahulu..

Cerita ini tiada kaitan dengan aktiviti makan-makan secara langsung. Sekadar berkongsi tips. 

Sebenarnya ia adalah berkaitan dengan Apa yang kami sekeluarga praktikkan sebelum keluar membeli belah. 

Ya.. Kami akan makan terlebih dahulu! Mungkin sudah ramai yang tahu mengenainya. Tips ini amat popular dikalangan pakar-pakar psikologi, kewangan dan ustaz!

Tips ini amat berkesan buat kami sekeluarga. Membuat pembelian didalam keadaan kenyang membuatkan Kami lebih fokus terhadap pembelian dan Insyallah tidak akan terjebak membuat pembelian impulsif!