BEAM

Bila Encik Anif Menulis (BEAM)

Trending

Memaparkan catatan dengan label Jaguh. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Jaguh. Papar semua catatan

12 Oktober 2013

Oktober 12, 2013

Saya Dan Motosikal - Selepas 3 Minggu

Modenas Jaguh 175


Sudah 3 minggu insiden kemalangan [Link] berlalu. Bermakna sudah 3 minggu saya kembali menunggang motosikal.

Masih Gementar

Cuma pada minggu pertama perasaan gementar masih belum hilang setiap kali "throttle" dipulas. Perasaan trauma masih belum hilang sepenuhnya barangkali. Alhamdulillah, masuk minggu kedua dan seterusnya semunya sudah kembali seperti sedia kala.

Saya Dan Motosikal

Saya dan motosikal memang tidak dapat dipisahkan. Selain menjadi pengangkutan utama untuk berulang-alik ke tempat kerja, ianya juga sudah sebati dengan jiwa atas dasar praktikal dan kebebasan. Maklumlah tinggal di bandar, kenderaan yang paling pantas dan efisien tentunya sebuah motosikal.

Masih Guna Motosikal Lama?

Sebenarnya ramai juga yang terkejut kerana saya masih lagi menunggang motosikal ini. Maklumlah motosikal ini sudahpun menjangkau usia 14 tahun. Ramai juga yang mencadangkan supaya ianya ditukar kepada yang baharu. Sejujurnya saya tidak bercadang untuk membeli yang lain memandangkan ia sudah banyak berjasa. Walaupun kadang-kadang terpaksa juga melayan kerenah sakit peningnya [Link], selagi mampu bertahan saya akan meneruskannya.

Kenapa tidak membeli motosikal yang baharu? 

Antara jawapan popular saya ialah ianya bertentangan dengan semangat tulen seorang penunggang motosikal tegar yang mementingkan kebebasan. Berhutang untuk memiliki yang baharu tentunya sesuatu yang "kontra" dengan semangat tersebut!


30 September 2013

September 30, 2013

Modenas Jaguh 175 - Kemek Ditangki Sebagai Peringatan!

Hampir seminggu juga motorsikal itu tersadai dihadapan rumah. Sebaik sahaja luka dilutut kering [Link], rasanya inilah masa yang sesuai untuk melihat keadaannya secara lebih teliti.


 
Modenas Jaguh 175 - Footrest
Pemijak Kaki Baharu!



Jangkaan awal berkemungkinan "fork" serta rim hadapan mengalami kerosakkan. Alhamdulillah setelah diperiksa, tiada kerosakkan yang serius. Cuma "footrest" sebelah kiri  serta kedua-dua cermin pandang belakang perlu diganti baharu.




Modenas Jaguh 175 - Proses Pembaikan Bermula



Kemek dibahagian tangki serta sedikit calar di ekzos terpaksa dibiarkan dahulu. Bagus sebagai tanda untuk mengingatkan diri supaya lebih berhati-hati semasa menunggang!


24 September 2013

September 24, 2013

Kemalangan - Peringatan Untuk Diri Sendiri

Kemalangan - Peringatan Untuk Diri SendiriPagi tadi sewaktu menunggang seperti biasa untuk ke tempat kerja, saya telah mengalami kemalangan.

Berada Di Laluan Yang Betul

Semuanya berpunca daripada seorang penunggang motorsikal yang tiba-tiba meluru keluar untuk menukar lorong dari celahan deretan kenderaan ketika kesesakan lalu lintas. Memang benar ketika itu saya berada di laluan yang betul. Namun begitu, kejadian yang berlaku agak pantas itu mengakibatkan saya dan penunggang yang membuat onar itu terjatuh ditengah jalan.

20 Mei 2013

Mei 20, 2013

Modenas Jaguh 175 - Regulator Voltage Ractifier Rosak!

Perkara yang paling ditakuti oleh pemilik Modenas Jaguh 175 telahpun berlaku. Akhirnya unit Regulator Voltage Ractifier telah disahkan mengalami kerosakkan.


Modenas Jaguh 175 - Regulator Voltage Ractifier Rosak
Regulator Voltage Ractifier - Biasanya Terletak Dibawah Tangki.


Seperti yang diceritakan dan dikongsikan oleh pemilik Modenas Jaguh 175 di forum Malaysian Bikers Community [Link], simptom serta tanda-tanda yang diberitahu itu memang benar-benar terjadi. 


Enjin Mati Ketika Menunggang!


Dalam kes saya ianya bermula dengan kesukaran untuk memulakan perjalanan terutamanya diwaktu pagi. Kemudian menjadi lebih teruk apabila enjin mati secara tiba-tiba ketika sedang menunggang dan kemuncak kepada permasalahan ialah apabila unit bateri [Link] mengalami kerosakkan kekal dipercayai akibat terlebih arus elektrik!



Modenas Jaguh - Regulator Voltage Ractifier
Modenas Jaguh - Regulator Voltage Ractifier [Link]



Pengalaman Pertama Ractifier Rosak!


Memandangkan ini adalah pengalaman pertama, saya tidak mengendahkan sangat simptom serta tanda-tanda yang telahpun ditunjukkan. Sehinggalah apabila unit bateri mengalami kerosakkan baharulah saya sedar bahawa inilah kerosakkan yang selalu diceritakan pemilik Modenas Jaguh 175.


Boleh Tahan Mahal Harganya


Kos untuk pembaikan lebih kurang RM230 iaitu penggantian unit Regulator Voltage Ractifier dan seunit bateri baharu. Apa pun pengalaman ini sememangnya menambahkan lagi kefahaman serta sedikit ilmu tentang motorsikal yang saya miliki. Nasihat saya, jika sudah ada tanda-tanda yang dimaksudkan itu, segeralah bertindak untuk mengelakkan kos pembaikan yang lebih tinggi!

Untuk memahami sistem elektrik motorsikal secara umum boleh rujuk [Link] ini. Bagus penerangannya.



11 September 2012

September 11, 2012

Modenas Jaguh 175 - Mengganti Bateri Secara D.I.Y.

Menghabiskan masa hampir sejam di kedai-kedai dan bengkel motorsikal berhampiran dengan kediaman untuk mencari bateri YUASA 12N9-4B-1 yang menjadi nadi terhadap sistem elektrikal motorsikal Jaguh.



Bateri YUASA 12N9-4B-1


Setelah sampai ke kedai ke 3 baharulah ada. Itu pun bukan di bengkel tetapi di kedai alat ganti motorsikal. Kali terakhir saya membeli bateri ini 2 tahun yang lepas, harganya pada ketika itu adalah RM105 [Link]. Pun begitu saya telah menjangka jika membelinya sekarang tentu harganya sudah meningkat. Setelah melakukan sedikit tawar menawar, saya keluar dari kedai alat ganti tersebut setelah membayar RM125.



DIY - Bateri YUASA 12N9-4B-1
Bateri YUASA 12N9-4B-1



Mengganti Bateri Secara D.I.Y.


Yang menjadi masalah apabila membeli dikedai alat ganti, asid sulfurik yang menjadi elektrolit didalam bateri terpaksa dibeli berasingan dan dimasukkan sendiri. Memandangkan hari ini saya telah mengambil cuti, saya tidak kisah untuk melakukan kerja-kerja D.I.Y.



Bateri YUASA 12N9-4B-1
Bateri YUASA 12N9-4B-1


Asid Sulfurik


Sesuatu yang menarik tentang asid sulfurik yang digunakan didalam bateri ialah ianya ditemui oleh seorang Ahli Kimia Islam iaitu Abu Bakar Muhammad bin Zakaria al-Razi pada kurun ke 9 [Link]. Saya terfikir jika beliau hidup sekarang tentunya beliau sudah menjadi kaya raya hasil daripada pendapatan paten penemuan tersebut!


10 September 2012

September 10, 2012

Modenas Jaguh 175 - Bateri Buat Hal Lagi!

Bersemangat untuk memulakan minggu ini dengan nada positif tetapi apakan daya sebaik sahaja penghidup elektrik motorsikan ditekan, responnya amat mengecewakan! Sah! Bateri untuk Jaguh ini telah kehilangan kuasanya setelah berkhidmat lebih daripada 2 tahun. 

Nampaknya terpaksalah saya mengambil cuti kecemasan disebelah pagi pada hari ini untuk menyelesaikan masalah ini.  



Modenas Jaguh 175 - Bateri Buat Hal Lagi!
Modenas Jaguh 175 - Bateri Buat Hal Lagi!



Kali terakhir saya menggantikannya ialah sekitar Mei 2010 [Link]. Memang sudah sampai masa ianya perlu digantikan lagi. 

Beginilah kitaran biasa bagi pemilik kenderaan. Mahu atau tidak perlu sentiasa bersedia pada bila-bila masa untuk menghadapi situasi sebegini..



07 Ogos 2012

Ogos 07, 2012

Modenas Jaguh 175 - One-way Roller Clutch Bearing

Hari ini seperti biasa, saya menunggang motorsikal ke tempat kerja. Didalam perjalanan terasa ada sedikit kelainan, lebih-lebih lagi bila terdapat seolah-olah ada bunyi ketukan yang keluar dari enjin motorsikal. Walaupun hanya kadang-kala sahaja bunyi tersebut mucul, yang pastinya bunyi ketukan itu bukanlah sesuatu yang  normal. 


Penghidup Elektrik Berdesing!


Sampai dipejabat tanpa berlengah terus memeriksa motorsikal. Apabila cuba untuk menghidupkan enjin semula, hanya penghidup elektrik mengeluarkan bunyi berdesing manakala enjin tiada respon!  Wahaha.. ini sudah kes berat! Susah menunggang motorsikal ini kalau penghidup elektriknya tidak mampu menghidupkan enjinnya. Maklumlah motorsikal ini tiada penghidup tendang! Apa pun, saya sangat yakin memang ada sesuatu yang tidak kena dengan penghidup elektrik motorsikal ini dan komponen yang berkaitan.


Aiseh! Kena Tolaklah Jawabnya


Akhirnya ambil keputusan untuk bercuti hari ini bagi menyelesaikan masalah tersebut. Memandangkan motorsikal tidak dapat dihidupkan secara normal, terpaksalah menolaknya. Setelah berjaya menghidupkan enjinya terus sahaja menunggang menuju ke bengkel. Cuma berharap didalam perjalanan menuju ke bengkel enjinya tidak mati!



Ini Semua One-way Roller Clutch Bearing Punya Angkara!


Setibanya di bengkel terus memberitahu mekanik tentang masalah tersebut. Berdasarkan simptom mekanik tersebut menyatakan bahawa berkemungkinan "One-way Roller Clutch Bearing" telah rosak. Apa pun perlu dibuka bahagian enjin sebelah kiri untuk memeriksa dengan lebih lanjut tahap kerosakkannya.




Modenas Jaguh 175 - One-way Roller Clutch Bearing
Terpaksa Buka Enjin Untuk Memeriksa!


Bila sudah dibuka dan diperiksa memang sah "One-way Roller Clutch Bearing" sudah rosak dan skru pengikatnya telah bertaburan dan hancur didalam enjin! Itulah puncanya terdapat bunyi ketukan dalam enjin dan menyebabkan penghidup elektrik tidak dapat berfungsi!



One-way Roller Clutch Bearing
"One-way Roller Clutch Bearing"  [Link]



Kos Menggantinya Dibawah RM200


Tanpa banyak cerita terus meminta mekanik menyatakan sebut harga. Memang perlu dibaiki segera. Kalau tidak banyak aktiviti lain yang akan terjejas bila salah satu pengangkutan utama kurang sebuah! Umpama patah sebelah kaki [Link]. Bila mekanik menyatakan bahawa kerosakkan itu boleh diperbaiki dengan kos dibawah RM200, terus terasa lega. Selepas diberitahu akan kos serta komponen lain yang perlu diganti sama, saya segera bersetuju untuk beliau meneruskan kerja-kerja pembaikan. 

Alhamdulillah, kerja-kerja pembaikan dapat disiapkan sepenuhnya dalam masa sejam. Insyallah, malam nanti saya mahu buat "test ride"!


25 September 2011

September 25, 2011

Modenas Jaguh 175 - Running In - Melonggarkan Sendi-sendi Enjin

Hujung minggu yang agak sibuk bagi kebanyakkan orang dengan aktiviti rumah terbuka. Mujur hari ini cuma ada 1 undangan ke rumah terbuka yang harus dihadiri.  Jadi tidaklah berkejar-kejaran ke sana sini.  

Lagipun undangan itu berdekatan dengan kediaman kami dan sebelum ke sana, sempat juga sebelum itu pergi ke bengkel untuk memperbetulkan brek belakang Jaguh. 

Segala-galanya tentang motorsikal perlu dipastikan sempurna. Maklumlah esok akan mula menunggang semula ke tempat kerja setelah hampir 2 minggu tidak berbuat demikian.




Modenas Jaguh 175 - Running In - Melonggarkan Sendi-sendi Enjin
Modenas Jaguh 175 - Running In - Melonggarkan Sendi-sendi Enjin



Enjin motorsikal yang baru di "overhaul" itu perlu dilakukan "Running In" sebelum boleh menunggang secara normal. Maksudnya penunggangan perlu dilakukan dengan perlahan untuk membiasakan serta melonggarkan sendi-sendi didalam enjin tersebut sebelum boleh mengerah enjin tersebut pada kadar biasa.

Mekanik menasihatkan supaya menunggang dibawah 80km/h untuk sepanjang tempoh "Running In".



23 September 2011

September 23, 2011

Modenas Jaguh 175 - Kerja-kerja Overhaul Dilakukan!

Meluangkan masa sebentar dibengkel untuk melihat kerja-kerja pembaikan motorsikal.

Hari ini adalah hari kedua motorsikal dibengkel. Difahamkan semua komponen telah pun dibuka dan diperiksa. Komponen yang rosak perlu diganti semuanya.  Alhamdulillah, keadaannya tidak seteruk seperti yang disangka sebelum ini.



Modenas Jaguh 175 - Kerja-kerja Overhaul Dilakukan!
Modenas Jaguh 175 - Kerja-kerja Overhaul Dilakukan!



Sebelum mekanik membuka enjin semalam, Saya telah berpesan kepadanya untuk memeriksa sekali sistem "clutch". Memandangkan semua komponen enjin telah pun dibuka, adalah lebih baik untuk memeriksanya.  Jika keadaannya tidak memuaskan, ia juga perlu ditukar.
 
Kerja-kerja ini dijangka siap esok. Diharap selepas ini semuanya akan kembali seperti biasa. Selagi tidak siap, umpama patah sebelah kaki! #1




14 September 2011

September 14, 2011

Modenas Jaguh 175 - Dinasihatkan Supaya Melakukan Overhaul!

Minggu ini dimulakan dengan agak kelam kabut kerana kenderaan kesayangan yang digunakan untuk berulang alik ke tempat kerja telah memberikan petanda dan mengeluarkan bunyi-bunyi yang kurang menyedapkan.

Sebaik sahaja selepas waktu bekerja semalam, terus ke bengkel berdekatan dengan kediaman untuk mendaptkan jawapan mengenai masalah yang dihadapai oleh jentera tersebut.  Menurut mekanik yang memeriksa, bunyi pelik yang keluar dari enjin tersebut ialah bunyi "Connecting Rod" yang menunggu masa untuk berhenti berfungsi! 

Oleh yang demikian, mekanik tersebut menasihatkan supaya tidak lagi menunggang motorsikal tersebut ke tempat kerja untuk tujuan keselamatan dan untuk mengelakkan kos pembaikan meningkat, jika ia berhenti berfungsi secara tiba-tiba.

Sebaik sahaja diberitahu, terus sahaja memikirkan alternatif terbaik untuk menyelesaikan masalah tersebut. Untuk jangka masalah panjang, mulalah mencongak-congak kos untuk melakukan "overhaul" terhadap enjin tersebut.

Apabila memilih untuk melakukan "overhaul" untuk enjin tersebut, tentunya ia akan memakan masa beberapa hari untuk menyiapkan kerja-kerja yang berkaitan dengannya. Sementara menunggu kerja-kerja tersebut disiapkan, alternatif terbaik perlu juga difikirkan untuk pengangkutan ke tempat kerja nanti.

Bila ada situasi sebegini, umpama patah sebelah kaki!


02 Mac 2011

Mac 02, 2011

Modenas Jaguh 175 - Tayar Belakang Baharu!

Balik dari pejabat semalam, terus menuju ke bengkel. Terlanjur ada masa, elok dimanfaatkan untuk memastikan pengangkutan utama ke tempat kerja diselenggara dengan baik.  Kalau hal-hal sedemikian dapat dipastikan dalam keadaan yang elok, hati pun senang setiap kali menunggang ke tempat kerja.






Kali ini Jaguh memerlukan tayar yang baharu. Tayar yang lama sudah sampai masa untuk digantikan.  Alang-alang menukar tayar belakang, baik juga menggunakan peluang tersebut untuk menggantikan kesemua komponen yang berkaitan dengannya seperti  "brake lining" dan set rantai beserta "sprocket". Senang untuk mekanik juga. Sekali jalan. 






Oleh kerana sejak kebelakang ini harga getah telah meningkat, ia secara langsungnya mempengaruhi harga tayar. Untuk tayar Jaguh, harga sekarang bermula dari RM135 sehingga RM200.  Kalau 2 tahun dahulu, harganya dalam lingkungan RM100 sehingga RM150. Memang terasa peningkatannya. Tetapi apa boleh buat, itu merupakan faktor yang berada diluar kawalan. Lagipun yang untung sekarang ialah  peneroka  Felda serta pekebun getah. Mereka mendapat manfaat langsung daripada peningkatan harga komoditi getah. Alhamdulillah.

Tayar kalau diselenggara dengan baik boleh bertahan sekitar 2 tahun. Apa pun ia bergantung juga pada penggunaan, kalau dalam konteks penggunaan sekarang iaitu setakat pergi dan balik ke tempat kerja untuk perjalanan sekitar 25km sehari memang sah boleh bertahan sehingga 2 tahun.



24 Februari 2011

Februari 24, 2011

Modenas Jaguh 175 - Dia Merajuk!

Sebaik sahaja ingin memulakan perjalanan ke tempat kerja, baru terperasan yang tayar hadapan Jaguh  telah kempis.  Patutlah semalam rasa lain macam sahaja. Semacam ada yang tidak kena. Pada mulanya menyangka keadaan jalan yang licin adalah puncanya. Maklumlah ketika pulang dari kerja semalam dalam keadaan hujan.  Cuaca di Johor Baru memang begini sekarang. Hujan di sebelah petang.

Hari ini terjawab sudah persoalan. Rupa-rupanya tayar Jaguh pancit!  Terpaksalah mengambil cuti kecemasan disebelah pagi untuk menyelesaikan perkara ini. Bengkel motorsikal berhampiran kediaman dibuka sekitar jam 10:00 pagi. 



Sudah terlanjur ke bengkel adalah lebih baik digunakan masa tersebut untuk melakukan servis. Kalau diikutkan jadual, sepatutnya minggu hadapan.  Terawal servis tidak mengapa,  kalau terlewat atau melengahkan itu lebih memudaratkan.  

04 Ogos 2010

Ogos 04, 2010

Modenas Jaguh 175 - Masalah Kotak Fius!

Perjalanan ke tempat kerja hari ini seperti hari-hari sebelumnya. Semuanya berjalan dengan lancar dan teratur. Memang ada sedikit kesesakan, walau bagaimanapun Aku tetap sampai awal di tempat kerja. Alhamdulillah.


Lampu Tidak Menyala!


Sebaik sahaja Aku ingin meletakkan motorsikal, baru terpersan yang lampu motorsikal ini tidak menyala. Aku ingatkan hanya lampu hadapan sahaja. Bila diperiksa, Aku dapati lampu hadapan, lampu belakang dan lampu brek semuanya tidak berfungsi.



Modenas Jaguh 175 - Kedudukan Kotak Fius!
Kedudukan Kotak Fius Modenas Jaguh 175


Bahaya Menunggang Tanpa Lampu!


Risau juga bila semua lampu tidak menyala terutamanya lampu brek. Bahaya menunggang tanpa lampu  isyarat atau brek yang tidak berfungsi.

Jadi Aku mengambil cuti setengah hari pada sebelah petang untuk menghantar motorsikal ini ke bengkel untuk diperiksa dan melakukan servis, maklumlah batuan perjalanan pun sudah menjangkau 3000km. Memang sudah sampai masa untuk diservis. 



Modenas Jaguh 175 - Kotak Fius
Kotak Fius Modenas Jaguh 175



Sengaja Mengelak Untuk Menguji Kotak Fius


Setibanya di bengkel, Aku terus meminta mekanik untuk memeriksa. Malangnya, mekanik yang Aku kenali tiada di bengkel.. mungkin beliau bercuti. Kali ini motorsikal ini diperiksa oleh tuan punya bengkel dan mekanik yang lain.

Mereka melakukan beberapa ujian tetapi dari pemerhatian Aku dapati mereka ini cuba mengelak daripada menguji antara komponen utama iaitu "Fuse Box"!  Tetapi yang peliknya mereka terus membuat kesimpulan mengatakan bahawa "Coil" motorsikal ini sudah rosak!



Modenas Jaguh 175 - Bahagian Dalam Kotak Fius
Bahagian Dalam Kotak Fius Modenas Jaguh 175




Coil Rosak? Biar Betul!


Bila mereka mengatakan "Coil", Aku berasa tidak sedap hati. Maklumlah, kalau ingin mengantikan "Coil" paling  kurang pun terpaksa menyediakan sekurang-kurangnya RM250! Aku mengambil keputusan menyuruh mereka memasang semula komponen yang telah ditanggalkan untuk diuji dan mengatakan yang Aku tidak jadi hendak meneruskan kerja pembaikan sehingga Aku mendapat "Second Opinion".

Bukannya apa hanya untuk kepastian. Lagipun Aku sudah hilang "mood" untuk membuat servis enjin motorsikal di bengkel tersebut!


Akhirnya Saya Memeriksanya Sendiri!


Setibanya di rumah Aku segera membuka "Kotak Fius" dan Aku dapati ada kesan terbakar. Ada 2 buah "Fius" di dalamnya dan salah satu daripada "Fius" telah putus. Aku segera ke bengkel yang lain untuk membeli "Fius". Harganya cuma RM0.25 seunit! Bila sudah diganti, sistem lampu hadapan dan belakang serta lampu brek telah berfungsi semula.


Modenas Jaguh 175 - Fius - Cuma RM0.25sen sahaja!
Fius - Cuma RM0.25sen Sahaja!

Banyangkan jika diperdaya untuk menukar "Coil" sudah tentulah rugi besar!  Walaupun selalu ke bengkel berkenaan, mereka yang tamak ini sentiasa menanti peluang untuk untung dengan cara mudah!


Jika Bermotorsikal Perlu Tahu D.I.Y Serba Sedikit



Mujur juga, tahu sedikit tentang motorsikal ini dan sedikit teknik D.I.Y. Itupun sebab sudah lama menggunakanya. Susah kalau tidak tahu apa-apa langsung tentang kenderaan. Sekurang-kurangnya kena ada sedikit ilmu asas agar tidak mudah ditipu.

D.I.Y. Penyelamat keadaan..

05 Jun 2010

Jun 05, 2010

Modenas Jaguh 175 - Valve Bengkok!

Cuti Hari Wesak yang lepas telah digunakkan untuk menyihatkan kembali Jaguh! Masalah kekurangan kuasa dan akhirnya menyebabkan dia tidak mahu hidup langsung. Punca sebenarnya ialah ketiadaan "compression" pada kebuk piston.

Akhirnya "head" enjin terpaksa dibuka! Salah satu daripada "Valve" telah pun sedikit bengkok! "Valve" minyak untuk lebih tepat lagi.  Setelah hampir 11 tahun berkhidmat, akhirnya ia rosak!  Nasib baik juga kerosakkanya tidak teruk, hanya melibatkan "Valve" tersebut tetapi apabila enjin telah dibuka, Aku mengambil keputusan untuk menukar juga "Timing Chain" dan menggantikan "Piston Ring" sekali.


 
Modenas Jaguh 175 - Valve Bengkok!
Modenas Jaguh 175 - Valve Bengkok!



Panik juga buat seketika kerana tiba-tiba enjin Jaguh mati ketika balik dari kerja tempohari.  Nasib baik mati berdekatan dengan bengkel, tidaklah letih sangat untuk menolaknya. Memang sungguh bernasib baik ! Cuti 3 hari yang panjang itu digunakan sepenuhnya untuk membaiki Jaguh dan mengujinya untuk memastikan ia benar-benar cukup sihat untuk digunakan semula.


Sudah hampir seminggu Jaguh digunakan semula. Alhamdulillah, semuanya sudah kembali ke sedia kala.Susah kalau Jagun tidak dapat digunakan, maklumlah kalau memandu kereta ke tempat kerja sudah rasa seperti tidak berbaloi kerana terpaksa menempuh projek pembinaan "Coastal Highway" yang dijangka siap 3 tahun lagi.. Menggunakan Jaguh hanya memerlukan 20 minit untuk ke tempat kerja berbanding 1 jam berkereta !


26 Mei 2010

Mei 26, 2010

Modenas Jaguh 175 - Tanda-tanda Bateri Mahu Rosak

Sejak dari minggu lepas motorsikal ini sudah memberikan tanda-tanda yang ia tidak gembira. Bermula dengan lampu hadapan menjadi kurang terang, kehilangan kuasa secara tiba-tiba dan kemudiannya bunyi hon menjadi perlahan.


Modenas Jaguh 175 - Ganti Bateri Baharu
Bateri Procell "Maintenance Free"




Tanda-tanda Bateri Mahu Rosak!


Itu sebenarnya tanda-tanda awal bahawa bateri sudah tidak berapa elok. Oleh kerana motorsikal Jaguh ini tidak dilengkapi dengan penghidup tendang, perkara yang berkaitan denga bateri perlu dipandang serius! Maklumlah untuk menolak motorsikal sebesar ini memang cukup seksa!



Modenas Jaguh 175 - Tanda-tanda Bateri Mahu Rosak?
Modenas Jaguh 175 - Tanda-tanda Bateri Mahu Rosak -lampu hadapan menjadi kurang terang, kehilangan kuasa secara tiba-tiba dan kemudiannya bunyi hon menjadi perlahan.



Bateri Procell "Maintenance Free"


Bateri Procell "Maintenance Free" yang digunakan pada motorsikal ini hanya mampu bertahan setahun! Setelah diuji menggunakkan Voltmeter ternyata kuasanya sudah mula menurun. Memang bateri tersebut bukan pilihan utama sejak dari awal lagi, tetapi kerana terdesak pada masa itu terpaksalah juga membelinya. - Cerita mengenainya di sini!



Modenas Jaguh 175 - Bateri OEM Jaguh Yuasa 12N9-4B-1
Bateri Yuasa Model 12N9-4B-1



Yuasa Model 12N9-4B-1 Jadi Pilihan


Kali ini Aku menggantikannya dengan bateri Yuasa Model 12N9-4B-1, sama seperti bateri OEM Jaguh. Insyallah bateri ini mampu bertahan sekurang-kurangnya dua tahun jika diselenggara dengan baik. Kosnya ialah RM105.

24 Februari 2010

Februari 24, 2010

Modenas Jaguh 175 - Ubahsuai Carburetor

Motorsikal Modenas Jaguh 175 ini asalnya kepunyaan Abah. Abah membeli motorsikal ini sekadar suka-suka. Pada kebanyakkan masa ia tersimpan di dalam rumah. Cuma kadang-kadang ia dibawa keluar untuk memanaskan enjin. Secara amnya motorsikal ini memang tidak digunakkan sangat.


Menunggang Semula Ke Tempat Kerja?


Sekitar tahun 2002, Aku pinjam motorsikal ini dari Abah untuk ke tempat kerja disebabkan kereta mengalami kerosakkan dan terpaksa berada dibengkel lebih daripada dua hari. Sejak itu keinginan untuk bermotorsikal timbul semula. Walaupun hanya menggunakkannya selama seminggu, keseronokkan mula datang kembali dan segala skil menunggang yang telah lama ditinggalkan dapat dikutip semula sedikit demi sedikit.



Modenas Jaguh 175 - Ubahsuai Carburetor
Modenas Jaguh 175 - Guna Carburetor Yamaha RXZ



Carburator Modenas Jaguh 175 Di Curi


Hendak dijadikan cerita, motorsikal ini kemudianya di bawa oleh adik ke Kuala Lumpur sekitar tahun 2005. Semasa berada di sana, "Carburetor" motorsikal ini dicuri! "Carburetor" motorsikal ini popular dikalangan pencuri kerana ia boleh dijual dan digunakan untuk kerja pengubahsuaian meningkatkan prestasi skuter!


Carburator Modenas Jaguh Original Mahal!


Untuk menggantikkan "Carburetor" yang hilang itu, kosnya amat tinggi. Kalau tidak silap harga "Carburetor" asli Modenas Jaguh 175 sekitar RM800. Akhirnya beliau menggantikkannya dengan "Carburetor" daripada model motorsikal yang lain yang tidak diketahui asal usulnya.  Fahamlah, masa itu dia pelajar. Itu sahaja caranya untuk  membolehkan motorsikal itu beroperasi semula pada kos yang mampu ditanggung. 


Enjin Mati Ketika Menunggang


Akhirnya dua tahun lepas, Aku membeli motorsikal ini daripada Abah. Daripada tidak digunakkan dan tersimpan sahaja di rumah lebih baik Aku gunakan semula untuk ke tempat kerja. Oleh kerana "Carburetor" motorsikal in bukan yang asal, prestasi motorsikal ini tidak berapa bagus. Kuasa pecutan sering terganggu dan kadang-kadang enjin termati sendiri ketika menunggang!



Modenas Jaguh 175 - Ubahsuai Carburetor - Mikuni RXZ
Modenas Jaguh 175 - Ubahsuai Carburetor - Mikuni RXZ



Modenas Jaguh Guna Carburator Yamaha RXZ


Oleh kerana "Carburetor" motorsikal ini telah pun diubah suai sebelumnya, Aku mengambil keputusan untuk menukar kepada jenis yang lain. Berdasarkan cadangan daripada beberapa kenalan dan pihak bengkel, "Carburetor" asli Yamaha RXZ amat sesuai untuk dipasang ke Modenas Jaguh 175

Walaupun berlainan jenis tetapi "Carburetor" Mikuni - Yamaha RXZ hanya memerlukan pengubahsuaian paling minumum untuk di pasang pada Modenas Jaguh 175 dan yang paling penting ia dapat memulihkan prestasi ke tahap asal  serta pada kos satu per tiga lebih murah daripada "Carburetor" asal. Alternatif terbaik buat pemilik Modenas Jaguh 175 yang mengalami masalah serupa dengan kes Aku.



09 September 2009

September 09, 2009

Modenas Jaguh 175 - Ganti Oil Seal Enjin & Fork Hadapan

Sudah sampai masa untuk satu lagi "major" servis. Projek kali ini ialah mengganti "Oil Seal" enjin dan "Oil Seal" fork hadapan.


Ganti Oil Seal Enjin Dan Fork 


 "Oil seal" enjin itu memang sudah bermasalah sejak beberapa bulan yang lepas dan "Oil Seal" fork hadapan pun mula menunjukkan tanda-tanda kebocoran. Bila sudah ada dua masalah ini barulah Aku ambil keputusan untuk menggantikannya dan membuat servis enjin serentak.



Modenas Jaguh 175 - Ganti Oil Seal Enjin & Fork Hadapan
Kerja-kerja Mengganti Oil Seal Sedang Dilakukan



Oil Seal Bocor Brek Hadapan Tidak Mencengkam!


Modenas Jaguh 175 ini digunakan setiap hari untuk ke tempat kerja. Bila "Oil Seal" fork hadapan sudah mula bocor, sisa minyak "fork" mengalir ke "Disc Brake" dan menyebabkan brek hadapan tidak mencengkam dengan baik! 

Motor sebesar ini tidak dapat berhenti dengan sempurna tanpa brek hadapan dan belakang yang bagus. Bahaya.. sebab itu perlu dibaiki secepat mungkin!





20 Mei 2009

Mei 20, 2009

Modenas Jaguh 175 - Isu Bateri Memang Cukup Memeningkan Kepala

Petang semalam Jaguh buat hal lagi.. Tak nak hidup! Switch on ignition key..press start button..nothing happen! no light.. no indicator! Dah berusaha tolak, pun tak mahu hidup. Kesian pada kawan-kawan sebab bantu menolak Jaguh ni dua tiga "round"! Dahlah kerja yang dibuat tak dapat disiapkan dengan sempurna, masa nak balik buat hal pula!


Buka Bateri Bawa Ke Kedai


Akhirnya kami bersetuju untuk membuka baterinya dan bawa ke kedai motor berhampiran untuk di uji simpanan kuasanya. Setibanya di sana, Aku terus meminta mekanik disitu mengujinya dan memang "confirm" bateri dah "flat"


Pilihan Terpaksa Dan Kena Pancung!


Memandangkan bateri yang bermasalah ini sudah pun digunakan hampir 2 tahun, rasanya lebih baik ditukar kepada yang baru. Masalahnya, dikedai tersebut tiada bateri Yuasa Model 12N9-4B-1. Yang ada cuma bateri Procell.

Kiranya Aku pun agak terdesak sebab kalau tak dibeli, Jaguh tu terpaksa ditinggalkan di pejabat. Pilihan terpaksa, beli jugalah bateri Procell tersebut walaupun harganya RM130! Rasanya kedai tu pancung Aku cukup-cukup! Apa-apa pun tak kisahlah janji Jaguh dapat dihidupkan. Lagipun hanya kedai ini yang masih dibuka...



Modenas Jaguh 175  - Isu Bateri Memang Isu Besar Bagi Pemiliknya!
Procell - Bukan Pilihan Utama, Pilihan Terpaksa!


Isu Bateri Memang Cukup Memeningkan Kepala


Sementara menunggu bateri yang baru dibeli itu dicas sepenuhnya, kami pun ke kedai mamak berhampiran untuk makan malam. Setelah selesai makan, kami singgah semula ke kedai motor untuk mengambil bateri yang telah siap dicas dan terus ke pejabat untuk dipasang ke Jaguh. 

Alhamdulillah setelah siap dipasang, Jaguh dapat dihidupkan! Lega.. Selesai satu lagi masalah. Isu bateri memang cukup memeningkan kepala!

 

24 Mac 2009

Mac 24, 2009

Modenas Jaguh 175 - Ganti Oil Seal!

Sudah dekat seminggu Aku memang terperasan, setiap kali Aku "parking" Jaguh ni ada kesan minyak hitam di lantai. Nampaknya memang ada yang tak kena. Ada bahagian yang bocor! Tapi tak tau bahagian mana. Mungkin sisa minyak dari rantai, mungkin juga minyak dari "drain plug nut" atau yang paling serius mungkin dari gasket yang terbakar! Hmm.. memang isu "serius" juga ni kalau tak diselidik betul-betul dan buat tak kisah takut melarat jadi hal besar nanti.


Oil Seal Atau Drain Plug Nut?


Hari Sabtu yang lepas, luangkan masa untuk ke bengkel untuk buat pemeriksaan fizikal keatas Jaguh. Mekanik tue pun "suspect" perkara yang sama dengan Aku, cuma dia lebih menumpukan pada "Oil seal" sedangkan Aku lebih pada "drain plug nut". Maklumlah, Aku tak ada cukup "tools" untuk memeriksa semasa di rumah.

Mula-mula buka penutup "sprocket"/rantai di tepi kotak gear. Bersihkan sepenuhnya sisa-sisa minyak dari rantai. Bila semuanya dah bersih, ketatkan "drain plug nut" dan selepas itu perhatikan dengan betul, bahagian mana yang basah..



Modenas Jaguh 175 - Ganti Oil Seal!
Bersihkan epenuhnya sisa-sisa minyak


Sah! Memang Oil Seal Punya Hal!


Rupa-rupanya kebocoran itu sebenarnya berpunca dari "oil seal" di tuas penukar gear Jaguh. Haa... memang Aku tak jangka langsung! "Diagnostic" mekanik itu tepatlah!



Modenas Jaguh 175 - Ganti Oil Seal!
"Oil seal" yang bermasalah, mungkin sebab dah lama.


Tak Sampai 5 Minit Siap!


Nasib baiklah cuma "oil seal". Kalau tak tentu banyak kerja! Tukar "oil seal" tak sampai pun 5 minit dah siap! Alhamdulillah.. selasai satu masalah. Tapi yang tak berapa menariknya "Oil seal" yang diganti tu bukannya "original" untuk Jaguh, rasanya dari EX5! 

Nampaknya Aku kena ke Modenas juga untuk beli "oil seal" yang "original". Lepas nih boleh pasang sendiri! Untuk sementara waktu masih boleh bertahan.