BEAM

Bila Encik Anif Menulis (BEAM)

Trending

Memaparkan catatan dengan label Being 30s. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Being 30s. Papar semua catatan

02 Januari 2014

Januari 02, 2014

Kadar Simpanan Asas KWSP 2014

Beberapa hari sebelum kedatangan tahun 2014, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah mengumumkan semakan semula terhadap kadar Simpanan Asas pencarumnya.

Kadar baharu ini akan berkuatkuasa pada Januari 2014. Kuantum baharu ini menetapkan RM196,800 sebagai amaun minimum ahli perlu ada dalam akaun KWSP mereka menjelang umur 55 tahun.


24 Disember 2013

Disember 24, 2013

Generasi X dan Motosikal - Pengaruh TV Berlebihan?

Bila Generasi X bercerita tentang motosikal, kelihatan peranan serta pengaruh televisyen menjadi sangat ketara dalam mempengaruhi pembentukan minat terhadap dunia permotoran.


CHiPs TV Series Opening Title
CHiPs TV Series Opening Title



Saya akui bahawa banyak terpengaruh dengan cerita-cerita yang disiarkan di televisyen ketika zaman kanak-kanak. Antara siri televisyen yang memberi kesan mendalam ialah CHiPs, Galactica dan Street Hawk. Manakala filem-filem seperti Dua Kali Lima, Gila-gila Remaja dan Azura menguatkan lagi keinginan untuk memiliki motosikal.




"CHiPs" ride Kawasaki KZ-900P
"CHiPs" - Kawasaki KZ-900P



Malangnya kebanyakkan siri televisyen yang memaparkan hero bermotorsikal sebagai watak utama tidak mampu bertahan lama.



Galactica Turbo Bike
Galactica Turbo Bike


Daripada ketiga-tiga siri televisyen tersebut, hanya siri televisyen CHiPs mampu bertahan agak lama sehingga ke beberapa musim (1977 -1983). Manakala Galactica (1980) dan Street Hawk (1985) hanya mampu bertahan semusim.


Street Hawk
Street Hawk



Saya telah menonton banyak siri televisyen dan filem. Namun begitu, salah satu babak dalam filem "Fled" (1996) yang dibintangi oleh Laurence Fisburne dan Stephen Baldwin yang menuggang dua buah motosikal Ducati 916 cukup menarik perhatian.




Setiap kali menontonnya terasa seperti saya sendiri yang menunggang salah satu daripada motosikal tersebut.

Jika mahukan aksi yang lebih debaran boleh menonton salah satu babak dari filem Dua Kali Lima [Link] lakonan Wahid Satay dan Siti Tanjung Perak. Aksi flipping 360 darjah menggunakan Lambretta di akhir video klip itu memang diiktiraf sebagai "epic" dalam filem Melayu!


09 Disember 2013

Disember 09, 2013

Keutamaan, Pengorbanan dan Kos Melepas

Keutamaan, Pengorbanan dan Kos Melepas
Dalam hidup ini, peluang terbaik hanya muncul sekali sekala. Jika ia muncul, manfaatkanlah peluang tersebut sepenuhnya.

Dilemma muncul bila terdapat beberapa peluang terbaik muncul dalam masa serentak. Tentunya ianya akan menyukarkan proses membuat pilihan. Namun begitu dalam proses membuat pilihan yang betul, ianya perlulah berteraskan keutamaan dan pengorbanan.

22 November 2013

November 22, 2013

15 Minit Yang Berbeza

Johor Bahru Tanpa Kesesakan Jalan Raya Adalah Sangat Jarang-jarang Berlaku.
Hari ini saya dihantar isteri ke tempat kerja. Perkara yang sangat berbeza dari kebiasaan. Semuanya disebabkan pada malam sebelumnya baru tersedar bahawa lesen memandu yang saya miliki telah tamat tempoh sejak 2 hari yang lalu! 

Mujur hari ini adalah cuti umum di negeri Johor sempena Hari Keputeraan Sultan Johor, jadi tiada kesesakan lalu lintas. Perjalanan ke tempat kerja sememangnya cukup lancar. 

12 Oktober 2013

Oktober 12, 2013

Saya Dan Motosikal - Selepas 3 Minggu

Modenas Jaguh 175


Sudah 3 minggu insiden kemalangan [Link] berlalu. Bermakna sudah 3 minggu saya kembali menunggang motosikal.

Masih Gementar

Cuma pada minggu pertama perasaan gementar masih belum hilang setiap kali "throttle" dipulas. Perasaan trauma masih belum hilang sepenuhnya barangkali. Alhamdulillah, masuk minggu kedua dan seterusnya semunya sudah kembali seperti sedia kala.

Saya Dan Motosikal

Saya dan motosikal memang tidak dapat dipisahkan. Selain menjadi pengangkutan utama untuk berulang-alik ke tempat kerja, ianya juga sudah sebati dengan jiwa atas dasar praktikal dan kebebasan. Maklumlah tinggal di bandar, kenderaan yang paling pantas dan efisien tentunya sebuah motosikal.

Masih Guna Motosikal Lama?

Sebenarnya ramai juga yang terkejut kerana saya masih lagi menunggang motosikal ini. Maklumlah motosikal ini sudahpun menjangkau usia 14 tahun. Ramai juga yang mencadangkan supaya ianya ditukar kepada yang baharu. Sejujurnya saya tidak bercadang untuk membeli yang lain memandangkan ia sudah banyak berjasa. Walaupun kadang-kadang terpaksa juga melayan kerenah sakit peningnya [Link], selagi mampu bertahan saya akan meneruskannya.

Kenapa tidak membeli motosikal yang baharu? 

Antara jawapan popular saya ialah ianya bertentangan dengan semangat tulen seorang penunggang motosikal tegar yang mementingkan kebebasan. Berhutang untuk memiliki yang baharu tentunya sesuatu yang "kontra" dengan semangat tersebut!


27 Mac 2013

Mac 27, 2013

Sengaja Beri Jawapan Yang Salah

Sengaja Beri Jawapan Yang Salah
Teringat ketika Nurin Iman baru bersekolah tadika. Setiap kali Nurin Iman membuat latihan matematik, selalunya dia akan cuba meminta jawapannya terlebih dahulu. 

Sememangnya saya tidak bersetuju dengan caranya. Biasanya saya akan katakan padanya: "Kira betul-betul tentu dapat jawapannya.." Tetapi Azza pula ada pendekatan tersendiri. Dia akan beri apa sahaja jawapan... yang pastinya jawapannya itu adalah jawapan yang salah!

15 Februari 2013

Februari 15, 2013

Mentaliti Kelas Ketiga

Mentaliti Kelas KetigaMasalah biasa di Malaysia, bila ada kemudahan awam akan ada pihak yang tidak bertanggungjawab dan menyalahgunakannya [Link].

Memang susah bila ada pihak atau individu yang secara terang-terangan tanpa rasa bersalah serta tidak menghiraukan perasaan orang lain

26 Januari 2013

Januari 26, 2013

Perkara Negatif Boleh Berjangkit

Saya bukan setakat percaya bahawa perkara postitif boleh berjangkit malah perkara yang bersifat negatif juga boleh berjangkit.
Saya bukan setakat percaya bahawa perkara positif boleh berjangkit [Link] malah saya percaya bahawa perkara yang bersifat negatif juga boleh berjangkit.

Langkah pertama dalam melakukan sesuatu perkara adalah yang paling kritikal dan akan mencorak perspektif serta tindakan pada masa hadapan. Jika bermula positif, In Shaa Allah semuanya akan berada dilandasan yang betul. Begitu juga sebaliknya.

24 Januari 2013

Januari 24, 2013

Bila Usia Sudah Masuk Tiga Puluhan.. Part 3

Kecederaan Ligemen Lutut
Sempena cuti Maulidur Rasul [Link] hari ini, saya sekeluarga mengambil kesempatan untuk melawat seorang rakan sekerja yang telah dimasukkan ke hospital. 

Beliau mengalami kecederaan ketika bermain badminton dan disahkan oleh doktor mengalami kecederaan ligemen lutut. Alhamdulillah beliau telah selamat menjalani pembedahan untuk menyambung semula ligemen yang putus.

04 Januari 2013

Januari 04, 2013

Sedang Membiasakan Diri Dengan 2013

Happy New Year 2013


Masih sedang membiasakan diri menulis tahun yang betul ditahun 2013. Maklumlah baru 3 hari berada ditahun 2013. Semuanya masih belum dibiasakan.

Kebetulan hari ini banyak juga perkara yang memerlukan saya menulis dan menandatangani beberapa dokumen. Seharian dipejabat pun masih tersasul-sasul lagi. Memanjang tertulis tahun 2012 bila ingin menulis atau menaip tarikh!  



Kesilapan Biasa Setiap Kali Tiba Tahun Baru

 

Begitu juga ketika menulis blog. Pada entry yang sebelumnya [Link] saya masih merujuk tahun baharu ini  sebagai tahun 2012! Apabila ditegur baharulah terperasan akan kesilapan yang telah dilakukan. Maka dengan kelam kabutnya saya pun memperbetulkannya sepantas yang boleh. 

Harap esok semuanya akan dapat dipulihkan. Tersasul-sasul ini sebenarnya tidak bagus. Walaupun cuma kesilapan kecil, menunjukkan kita kurang "professional"!

Atau mungkinkah ini adalah tanda-tanda peningkatan umur? :D

29 November 2012

November 29, 2012

Nyamuk Sekarang Lebih Pintar?

Nyamuk Sekarang Lebih Pintar?
Teringat dahulu semasa di zaman kanak-kanak, cukup senang apabila mahu membunuh nyamuk! Tepuk sahaja tentu boleh mengena. Silap-silap boleh membunuh lebih daripada seekor dengan sekali tepuk!

Sekarang ternyata keadaannya sudah cukup berbeza. Tepuk dua tiga kali baru mengena. Itu pun kalau mengena. Kebanyakkan masa memang sukar untuk mengena!

Mungkinkah nyamuk sekarang lebih pintar dari nyamuk dahulu?  Err.. Atau mungkin kepantasan saya sudah semakin berkurangan?


16 Ogos 2012

Ogos 16, 2012

Bila Rambut Mulai Beruban

Bila Rambut Mulai Beruban
Semalam saya pergi ke kedai gunting. Memang sudah sampai masanya untuk menggunting rambut yang sudah agak panjang. Lagipun Hari Raya bakal disambut beberapa hari lagi. Tentunya saya mahu kelihatan kemas pada hari yang mulia.

Semasa sedang mengunting rambut, saya diberitahu oleh pakcik tukang gunting bahawa rambut saya sudah mulai beruban.

Tanpa berlengah saya terus menyatakan bahawa apabila usia sudah hampir memasuki usia 40an, ini adalah antara tanda-tandanya. Tiada apa nak dihairankan.

Bertambah terkejut pakcik tukang gunting kerana beliau tidak menyangka usia saya sebegitu. Katanya lagi, tak nampak macam nak masuk 40an! OK, bahagian itu buat saya senyum! 

10 April 2012

April 10, 2012

Perkara Positif Boleh Berjangkit

Alhamdulillah, sepanjang minggu lepas boleh diibaratkan sebagai minggu rezeki buat saya agaknya. Entah tidak semena-mena ramai yang sudi membelanja saya makan! 

Rezeki


Bermula dengan satu panggilan ringkas daripada seorang rakan sepejabat yang bertanyakan tentang menu McDonalds [Link] yang mana satu menjadi pilihan untuk makan tengahari dan akhirnya hidangan McValue Big Mac menjadi menu makan tengahari saya. 



Perkara Positif Boleh Berjangkit! - Jom Belanja Kawan-kawan Makan!
Perkara Positif Boleh Berjangkit! - Jom Belanja Kawan-kawan Makan!


Manakala disebelah petangnya pula seorang rakan lama [Link] mengajak saya makan mee rebus [Link] di sebelah bangunan tempat saya bekerja.

02 April 2012

April 02, 2012

Ingatkan April Fool!

Tengahari tadi isteri saya terperasan satu status di Facebook mengenai bapa saudara saya. Menurut status yang ditulis oleh anaknya, abahnya patah kaki! Ingatkan April Fool tetapi setelah isteri membalas status dan menerima penjelasan, baharulah sah ia bukan lawak!

Jadi petang itu saya sekeluarga mengambil keputusan untuk melawat bapa saudara saya.


Bila sudah sampai ke rumahnya, baharulah tahu akan cerita sebenarnya. Rupa-rupanya beliau kemalangan motorsikal 2 hari yang lalu ketika pulang dari menghantar anaknya ke sekolah. Ingatkan tiada apa yang berlaku, tetapi bila melihatkan bengkak di tepi lututnya tidak beransur surut baharulah beliau mulai risau.  

29 Mac 2012

Mac 29, 2012

Penyelesaian Masalah Bermula Dengan Memahami Masalah

Bila individu atau keluarga yang kita kenal ditimpa musibah secara tidak langsung kita juga akan terfikir dan terbeban sama untuk cuba membantu mencari jalan keluar daripada musibah yang menimpa.

Penyelesaian Masalah Bermula Dengan Memahami Masalah

Walaupun secara teknikalnya mereka tidak meminta sebarang bantuan, naluri sebagai seorang yang mengenali tentunya dapat merasakan kesukaran dalam menangani musibah tersebut.

Memahami Masalah


Dalam saat-saat genting sebegini adalah baik juga bagi kita memberikan ruang secukupnya kepada individu atau keluarga tersebut. Bukan untuk cuba menjauhkan diri daripada mereka ketika mereka dalam kesusahan. Sebaliknya ruang tersebut perlu digunakan sepenuhnya oleh mereka untuk memahami apa yang sebenarnya sedang terjadi dan seterusnya segera menerima hakikat sebenar tentang sesuatu perkara yang telah terjadi itu..  

27 Disember 2011

Disember 27, 2011

Secukup Rasa Memudaratkan Diri

Secukup Rasa Memudaratkan Diri
Secukup Rasa Memudaratkan Diri


Keupayaan menggangar untuk setiap individu adalah berbeza. Untuk hal-hal yang dianggap sebagai subjektif  oleh kebanyakkan individu seperti penambahan perisa dalam makanan dan kuantiti makanan yang patut diambil  memang agak sukar untuk ditentukan. Sering kali kita menggunakan istilah sehingga secukup rasa untuk hal-hal subjektif sebegini.

Banyak bagi kita mungkin sedikit untuk orang lain. Sedikit bagi kita mungkin kelihatan seperti bersifat kedekut bagi orang lain!

Secara peribadinya Saya menganggap bahawa kelemahan dalam menggangar ada kaitan langsung dengan ilmu matematik asas. Bagi individu yang tidak membudayakan matematik dalam kehidupan seharian tentunya perkara yang dianggap sebagai subjektif ini bakal memberikan kesan buruk dikemudian hari. Maklumlah jika menggunakan konsep sehingga secukup rasa, memang tiada langsung unsur kawalan. Semuanya seolah-olah "free flow".

Budaya meletakkan sesuatu sehingga secukup rasa perlu dielakkan. Jika hal sebegini menjadi asas dalam kehidupan tentunya kita akan menghadapi musibah dikemudian hari. Lagipun meletakkan sesuatu itu sehingga secukup rasa umpama mengikut sepenuhnya kehendak hati. Umum mengetahui, mengikut sepenuhnya kehendak hati tentu akan memudaratkan diri.

Mulai sekarang, apabila menyediakan makanan, minuman dan ketika mengambil makanan perlu sentiasa diaplikasikan dengan ilmu matematik asas iaitu mengira dan menetapkan had. Kerana dengan mengira kuantiti yang digunakan atau diambil akan menjadi lebih tepat dan standard. Menetapkan had pula boleh dianggap sebagai langkah kawalan.

Peringatan untuk diri sendiri: Err.. Satu camca gula sudah cukup untuk secawan Kopi O yang enak bukan?

13 November 2011

November 13, 2011

Bonuslink Menawarkan Kereta Besi Untuk Ditebus

Sudah lama tidak memeriksa jumlah mata penebusan dari portal Bonuslink. Bila sudah teringat terus meluangkan masa sebentar untuk memeriksanya dan tiba-tiba terpandang sesuatu yang menarik untuk ditebus. 

Memang jarang sungguh Bonuslink meletakkan barangan sebegini untuk ditebus.  Kali ini set model kereta diecast daripada Tomica telah ditawarkan untuk ditebus.



Ada 4 model yang ditawarkan untuk ditebus dan model-model tersebut adalah Suzuki Alto, Honda Freed, Suzuki Swift dan Mini Cooper

Buat peminat dan pengumpul model diecast, jangan lepaskan peluang untuk menebusnya. Hanya 1100 mata ganjaran Bonuslink diperlukan untuk menebusnya bagi semenanjung dan 1500 bagi Sabah dan Sarawak.

Mengumpul dan bermain model kenderaan adalah antara permainan kanak-kanak lelaki yang wajib ada dalam senarai. Dahulu Saya menggelarnya "kereta besi". Bermain-main dengan kawan-kawan serta menukar suka sama suka model kereta antara kawan-kawan adalah aktiviti lazim. 

28 Oktober 2011

Oktober 28, 2011

Bila Perlu Menukar Kasut Sukan?

Berlari atau berjalan dengan menggunakan kasut sukan lama boleh menyebabkan kecederaan terutamanya pada lutut dan pergelangan kaki. Kasut lama yang digunakan berkemungkinan sudah kehilangan upaya untuk menyerap kejutan dan kehilangan kestabilan. 

Dengan mengambil langkah untuk menggantikannya, sudah tentu akan membantu mencegah kecederaan daripada berlaku.

 Bila Perlu Menukar Kasut Sukan?



Bila Perlu Menukar Kasut Sukan? Kasut sukan yang kita gunakan untuk tujuan beriadah perlu ditukar apabila telah digunakan serta  mencapai jarak 550 sehingga maksimum 880 kilometer! Untuk yang aktif berlari, kasut sukan haruslah ditukar apabila telah digunakan sejauh 550 kilometer manakala bagi yang kurang aktif, kasut boleh digunakan sehingga jarak 880 kilometer. Rujuk - About.com


Kasut sukan yang kita gunakan untuk tujuan beriadah perlu ditukar apabila telah digunakan serta  mencapai jarak 550 sehingga maksimum 880 kilometer! Untuk yang aktif berlari, kasut sukan haruslah ditukar apabila telah digunakan sejauh 550 kilometer manakala bagi yang kurang aktif, kasut boleh digunakan sehingga jarak 880 kilometer. Rujuk - About.com

Tips Untuk Memanjangkan Hayat Kasut Sukan


Untuk memanjangkan hayat kasut sukan, adalah digalakkan untuk mempunyai sekurang-kurang 2 pasang atau lebih kasut sukan dan digunakan secara bergilir-gilir. 


10 Oktober 2011

Oktober 10, 2011

Perangkap Di Zon Selesa

Perangkap Di Zon Selesa
Untuk melahirkan idea, inovasi, penyelesaian dan pemikiran hebat memang perlu ada sedikit unsur tekanan. 

Bermaksud kita sebenarnya mampu melahirkan sesuatu idea atau pemikiran hebat ketika berada didalam keadaan tertekan atau ketika berada didalam situasi yang mendesak.

Pada situasi tersebut, otak akan dikerah ke peringkat lebih tinggi daripada biasa untuk mencari jalan dalam menyelesaikan permasalahan yang sedang atau akan dihadapi.

Perangkap Di Zon Selesa



Keinginan untuk meningkatkan dan memajukan lagi diri berkemungkinan mula berkurangan kerana sudah terlalu selesa atau seronok dengan sesuatu situasi. Zon selesa umpama perangkap pemikiran secara tidak disedari..

Jika berada di zon selesa, memang sukar untuk menghasilkan idea, penyelesaian dan pemikiran hebat. Oleh yang demikian untuk keluar daripada situasi ini, kita boleh mencipta satu situasi tekanan. Ramai yang mengelarkan perkara ini sebagai motivasi.

05 Julai 2011

Julai 05, 2011

Realiti Kehidupan #5 - Eksperimen Untuk Meningkatkan Kualiti Hidup!

Tentunya dalam mengharungi kehidupan, kita sentiasa bereksperimen. Tujuannya ialah untuk mendapatkan yang terbaik melalui sumber yang sedia ada dan untuk meningkatkan kualiti hidup.  

Dalam bereksperimen belum tentu hasilnya akan menepati jangkaan. Kadangkala faktor nasib juga memainkan peranan. Jika bernasib baik eksperimen itu membuahkan hasil dan sebaliknya.  

Tetapi secara asasnya, jika formulanya serta kaedah yang digunakan itu tepat, Insyallah hasilnya adalah seperti yang dijangkakan. Namun begitu jika berlaku sedikit kesilapan tentunya ia akan gagal.

Yang pastinya kita akan bangkit semula serta melihat semula kaedah yang digunakan, memperbaiki setiap kelemahan dan mencuba dengan cara yang lain pula sehinggalah kita mendapat hasil yang diingini.