BEAM

Bila Encik Anif Menulis (BEAM)

Trending

Memaparkan catatan dengan label Tips Blogging. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Tips Blogging. Papar semua catatan

09 Februari 2018

Februari 09, 2018

Berblog Secara Serius? Tukar Imej Untuk Motivasi Diri

Alhamdulilah masih lagi diberi kekuatan untuk menghidupkan kembali blog ini. Memang sudah beberapa tahun tidak aktif. Namun begitu kecintaan saya pada dunia blog sebenarnya masih belum pudar. Buktinya saya masih lagi memperbaharui domain dot com pada setiap tahun walaupun pada tahun 2016 tiada satu pun artikel yang saya tulis manakala untuk tahun 2017 hanya ada 11 artikel di blog manakala 1 artikel berada didalam mod draft sehingga kini.



Bila Encik Anif Menulis (BEAM)
Bila Encik Anif Menulis



Untuk menaikkan semula semangat untuk kembali berblog pada tahun 2018, langkah pertama yang diambil ialah mengemaskini template untuk disesuaikan dengan keadaan semasa. Rasanya sudah banyak widget, keyword dan kod HTML yang sudah tidak releven yang masih ada diblog. Maka ia perlu dibersihkan.

Langkah kedua ialah  penjenamaan semula blog daripada Anif - Version 2.0 kepada BEAM (Bila Encik Anif Menulis). Untuk menjawab kenapa perlu penjenamaan semula tentunya disebabkan oleh keadaan diri yang semakin liat untuk menulis. Jadi penjenamaan ini umpama program untuk memotivasikan diri sendiri.

Persoalannya ialah Bila Encik Anif Menulis? Jawapannya mudah, apabila ianya dirasakan perlu :)

10 Mac 2014

Mac 10, 2014

MH370 - Antara Pandai dan Memandai-mandai

Malaysia Airlines MH 370 (Boeing 777) - Pray for MH370 #prayforMH370
Bila membaca artikel, kenyataan, ulasan serta komen-komen yang ada di media sosial mengenai Pesawat Malaysia Airlines MH370 menuju ke Beijing memang cukup menakutkan.

Ada diantaranya yang terlalu berani menyatakan pendapat serta pelbagai hipotesis yang menjurus kepada spekulasi. 

18 September 2013

September 18, 2013

Bila Menulis Bukan Dari Hati..

Sudah lama blog ini ditinggalkan. Bukan kerana tiada idea atau mengalami sindrom Writer's Block [Link] tetapi lebih kepada tiada rasa seronok untuk menulis. Barangkali inilah yang dikatakan bila menulis bukan dari hati semuanya terasa tawar serta seperti hilang mood!


Tips Blogging - Bila Menulis Bukan Dari Hati..


Tak Boleh Dibiarkan..

Saya sedar.. Bahaya jika dibiarkan perkara sebegini berlarutan. Sangat tidak bagus dan tidak sihat untuk merangsang kreativiti. Lebih lama dibiarkan tentunya akan menyebabkan keadaan bertambah parah.

Memaksa Diri Untuk Menulis Bukan Penyelesaian

Untuk mengurangkan kesan tidak sihat tersebut, saya cuba juga memaksa diri untuk menulis [Link]. Seperti yang diduga hasilnya agak mengecewakan. Maklumlah bila menulis bukan dari hati..

Hmm.. Saya berada dalam keadaan "Paradox" atau barangkali saya perlukan cuti yang panjang?

04 Disember 2012

Disember 04, 2012

Info Serius Untuk Yang Serius Berblog!



Bila diselongkar semula artikel lama yang ada diblog ini, rupa-rupanya sudah banyak juga artikel yang saya tulis berkaitan dengan aktiviti berblog. Bila diperhalusi, memang ada beberapa artikel yang boleh dijadikan sebagai tips dan panduan bagi mereka yang baru berjinak-jinak dengan dunia penulisan di alam maya.  

Antara artikel yang dikira menarik untuk dikongsi bersama ialah:



Menjadi penulis blog perlu serius walaupun kandungan blog berunsurkan humor! Seperti kerjaya yang lain untuk berjaya serta bertahan lama dalam bidang ini seseorang itu perlukan pengorbanan, displin, komitmen serta tahap ketekunan yang tinggi

Semoga apa yang dikongsikan dapat memberi manfaat buat semua.

02 Disember 2012

Disember 02, 2012

Berblog Secara Serius? Perubahan Drastik Menghilangkan Identiti

Blog - Perubahan Drastik Menghilangkan Identiti


Bila ada masa terluang, tentunya peluang ini digunakan sepenuhnya untuk mengemaskini blog. Lupakan sementara tentang entri terkini kerana hari ini, saya secara spesifiknya akan memberi lebih tumpuan terhadap kerja-kerja mengemaskini susun atur blog. Ada sesuatu yang perlu dilakukan terhadap banner  iklan yang ada di muka hadapan blog. 

Setelah berfikir semask-masaknya akhirnya saya mengambil keputusan untuk memindahkan banner iklan yang bersaiz 468 x 60 ke bahagian tengah blog. Kedudukan asal banner tersebut didapati kurang sesuai kerana terlalu tertumpu dan agak menyemakkan dibahagian "header" blog. Memandangkan dibahagian atasnya sudah terdapat banner iklan bersaiz 720 x 90, pada fikiran saya adalah lebih baik untuk memindahkan banner bersaiz 468 x 60 yang berada dibawahnya ke bahagian lain.

Hmm.. kerja-kerja mengemaskini susun atur blog ini memang perlu selalu dilakukan. Mana-mana widget  atau kandungan yang sudah tidak efektif perlu dibuang dan digantikan dengan yang lain. Pun begitu, yang pastinya saya tidak suka perubahan yang terlalu drastik. Perubahan terlalu drastik tentunya akan menghilangkan identiiti blog.

23 Oktober 2012

Oktober 23, 2012

Berblog Secara Serius? Masih Tercari-cari Rentak.. Mulakan Dengan Menulis Perkara Ringkas!

Masih lagi tercari-cari rentak untuk memulakan penulisan. Hmm.. ini adalah masalah biasa setiap kali pulang daripada bercuti. Cuma berharap dan berdoa agar ia tidak akan menjadi satu paradox [Link].

Blogger Tegar - Tercari-cari Rentak Untuk Menulis!


Memang sukar untuk mendapatkan rentak dan mood menulis setelah meninggalkannya untuk beberapa hari. Bila sudah selesa dengan sesuatu yang baharu akan ada perkara lain yang bakal terjejas. Itulah lumrah manusia, yang bersifat tidak sempurna.

Apa pun usaha untuk mengembalikan mood menulis ke tahap normal perlu diteruskan. Bermula dengan menulis entry yang ringkas seperti ini tentunya amat membantu dalam merangsang mood menulis.  Tanpa sebarang usaha untuk mengembalikan mood menulis, saya yakin ia akan melarat menjadi sindrom yang lebih teruk atau lebih dikenali sebagai Writer's block [Link]

Harap-harap sebelum hujung minggu ini semuanya sudah dapat kembali normal. Insyallah. Amin.

08 Oktober 2012

Oktober 08, 2012

Berblog Secara Serius? Kerja-kerja Pembersihan Link Exchange Dilakukan

Sejak minggu lepas memang agak kurang produktif dalam menghasilkan penulisan di blog ini. Kalau ada pun cuma cerita mengenai bola sepak dan Formula 1 (F1). Namun disebalik itu saya sebenarnya lebih menumpukan kepada usaha-usaha mengemaskini susun atur blog [Link] dan melaksanakan kerja-kerja pembersihan di Link Exchange [Link].  



Blogger Tegar - Perlu Ada Program Pertukaran Link!


Saya telah memeriksa semula semua pautan yang tersenarai. Mana pautan yang sudah tidak aktif perlu dibersihkan. Kerja-kerja yang agak memenatkan kerana terpaksa memeriksa lebih daripada 200 buah pautan. Walaupun agak memenatkan, kerja-kerja ini perlu dilakukan bagi menjamin kualiti pautan yang ada pada blog ini.

Maafkan saya sekiranya ada pautan yang dibuang secara tidak sengaja. Anda boleh menambahnya semula pada bila-bila masa. Namun begitu pautan kepada halaman yang berunsurkan perniagaan, direktori ataupun halaman muat turun tidak sah adalah tidak digalakkan. Blog berkategori umum dan peribadi adalah digalakkan untuk disenaraikan. :D

04 Oktober 2012

Oktober 04, 2012

Berblog Secara Serius? RSSinclude Untuk Paparan RSS Lebih Menarik

Entah kenapa sejak beberapa hari yang lepas, seperti ada sahaja yang tidak kena pada blog ini. Walaupun semuanya berfungsi dengan sempurna, perasaan ini seperti menyatakan masih ada lagi yang belum lengkap!


Blogger Tegar - RSSinclude Menjimatkan Ruang!
RSSinclude - Facebook Box Template




Bila sudah terdetik dihati, maka segeralah mencari-cari widget mana yang boleh dibuang dan ditambah untuk memuaskan hati. Setelah diamati betul-betul, widget "Post Terkini" itu kelihatan amat janggal.  Widget yang dijana daripada Feedburner itu kelihatan seperti tidak serasi pada susun atur blog ini.

Maka usaha-usaha mencari widget yang sesuai dimulakan. Akhirnya setelah meneliti beberapa pilihan yang ada, saya memilih untuk menggunakan penyelesaian yang ditawarkan oleh RSSinclude [Link]. Setelah diintegrasikan didalam susun atur blog, hasilnya dapat dilihat lebih menarik.

Saya menggunakan "Facebook Box template" untuk mendapatkan kesan dan paparan lebih padat.

22 September 2012

September 22, 2012

Berblog Secara Serius? Perlu Selalu Memantau Prestasi Blog

Tiada apa yang menarik untuk ditulis sejak 2 hari yang lepas. Dikala idea yang ada masih lagi diperingkat draf awal, saya menggunakan sedikit masa yang terluang ini untuk melakukan sedikit kerja-kerja pembaikan rutin pada blog.


Blogger Tegar - Perlu Selalu Memantau Prestasi Blog
 [Link]



Dari segi penampilan saya tidak bercadang untuk mengubahnya dalam masa terdekat. Misi kali ini lebih tertumpu kepada usaha untuk mengurangkan penggunaan "Java Script" dan meminimumkan jumlah "pautan URL"  yang ada pada blog.

Setelah menganalisis pelbagai kemungkinan, akhirnya saya mengambil keputusan untuk melakukannya. Langkah pertama ialah cuba untuk mengurangkan mana-mana "widget" yang didapati tidak lagi relevan dan kedua membuang seberapa banyak "pautan URL" yang tidak lagi efektif

Alhamdulillah, segala yang dirancang telah berjaya dilaksanakan. Kerja-kerja rutin yang perlu sentiasa dilakukan untuk mengekalkan prestasi blog sentiasa didalam lingkungan status "A" di GTmetrix [Link]. Lagipun penggunaan "widget" dan "Java Script" sememangnya tiada memberi manfaat pada SEO. Adalah lebih baik mengurangkannya seberapa banyak yang boleh.

03 Mei 2012

Mei 03, 2012

Berblog Secara Serius? Perlu Sentiasa Konsisten Menulis!

Bila sudah tercuti sehari pada Hari Pekerja [Link] tempohari, rentak biasa berblog turut sama terganggu.



Cabaran untuk mengembalikan semula rentak yang hilang itu agak berat juga. Tetapi masa seperti ini baik juga dimanfaatkan sepenuhnya untuk singgah ke blog rakan-rakan yang lain.

Kesimpulannya kalau mahu kekal bersemangat, perlu sentiasa konsisten menulis! Jangan tinggalkan blog terlalu lama serta tidak dikemaskini. Ditakuti blog merajuk dan otak jadi malas!

24 April 2012

April 24, 2012

Berblog Secara Serius? Menunggu Idea Yang Tidak Kunjung Tiba

Seperti kebiasaan, setiap malam saya akan memeriksa blog untuk melihat komen-komen yang ditinggalkan dan mengambil sedikit masa lagi untuk membalasnya. Jika masa mengizinkan, saya akan cuba membalas kunjungan mereka.  

Selepas melakukan perkara-perkara tersebut, saya akan mendapat idea untuk mengemaskini blog. Pun begitu hari ini, idea yang ditunggu-tunggu tidak kunjung tiba. Kalau ada pun, ianya dirasakan tidak besesuaian untuk ditulis kerana topiknya begitu berat. Malas nak menulis perkara yang berat-berat!

Sambil menanti idea sempat juga melayan cerita yang disiarkan dikaca TV. Hari ini sempat juga melayan NCIS. Seperti yang dijangka idea yang ditunggu-tunggu itu tidak muncul walaupun siri itu sudah tamat!


Menunggu Idea Yang Tidak Kunjung Tiba - Minum Barbican Dulu!


Hmmm.. Nampaknya kena keluar cari Barbican [Link] untuk menjadi teman dalam mencari inspirasi!


24 Mac 2012

Mac 24, 2012

Berblog Secara Serius? Kenapa Saya Tidak Suka Menulis Tutorial

Saya berblog kerana menggangap ianya sebagai satu terapi yang dapat menenangkan diri selepas seharian bekerja. Sejak menulis blog, saya menjadi lebih peka dengan persekitaran dan kehidupan. Melalui persekitaran dan kehidupan seharian itulah menjadi sumber inspirasi untuk menulis.



Blogger Tegar - Kenapa Saya Tidak Suka Menulis Tutorial



Namun begitu ada perkara yang saya kurang berminat untuk menulis antaranya ialah penulisan berbentuk tutorial berkaitan I.T. Mungkin disebabkan kerjaya saya berkaitan dengan bidang tersebut membuatkan saya cuba mengelak untuk penulisan berbentuk tutorial berkaitan I.T.   

Bukan niat saya tidak mahu berkongsi maklumat tetapi apabila saya mula menulis tutorial, secara tidak langsung ia telah mengingkari sebab utama kenapa saya berblog! Aktiviti yang sepatunya menjadi terapi kepada saya boleh serta merta menjadi aktiviti yang tidak seronok. Jadi untuk mengelakkan saya menjadi lebih stress, sedaya upaya saya cuba mengelakkan daripada menulis perkara sebegitu.

Pun begitu walaupun tanpa penulisan berbentuk tutorial, saya sedaya upaya cuba berkongsi sesuatu melalui penulisan bergaya santai sambil mengetengahkan idea asas bagaimana untuk melakukan sesuatu. Lagipun saya merasakan bahawa berkongsi idea adalah lebih baik daripada menulis tutorial kerana saya tentunya tidak mahu blog ini akhirnya kelihatan seperti sebuah buku teks dalam talian!

22 Mac 2012

Mac 22, 2012

Berblog Secara Serius? Tabbed Content Widget - Menjimatkan Ruang!

Saya sukakan widget berguna dan berinformasi untuk diletakkan diblog. Namun begitu, kadang kala kekangan ruangan yang terhad membataskan keinginan untuk meletakkan widget yang diingini. 

Antara widget yang  paling saya teringin untuk meletakkannya di blog adalah widget waktu solat daripada Denaihati.com [Link]. Namun begitu berbalik kepada masalah asas iaitu ketidakcukupan ruang, niat tersebut terpaksa ditangguhkan.






Setelah berfikir panjang, akhirnya saya mengambil keputusan untuk menggunakan fungsi "tabbed" bagi widget penting setelah yakin bahawa ia tidak akan mengurangkan kelajuan blog. Akhirnya masalah ketidakcukupan ruang dapat diatasi dengan baik tanpa mengorbankan widget lain yang berguna.

Untuk melaksanakan projek ini, saya menggunakan penyelesaian oleh Blogger Sentral [Link] dengan sedikit pengubahsuaian untuk disesuaikan dengan blog ini.

Saya sukakan hasilnya.. Alhamdulillah.

13 Mac 2012

Mac 13, 2012

Berblog Secara Serius? Banyak Yang Perlu Dikorbankan

Saya sudah mencuba sedaya upaya meningkatkan frekuensi penerbitan artikel diblog ini sejak beberapa bulan yang lepas. Memang ternyata ia adalah tugas yang agak sukar untuk dilakukan.






Apa pun saya sudah mencubanya dan mendapat hasil yang diinginkan iaitu peningkatan kadar trafik masuk ke blog serta peningkatan raking Alexa. Alhamdulillah. 

Namun begitu Saya tidak pasti sama ada saya mampu untuk meneruskan momentum ini. Banyak yang perlu dikorbankan untuk mencapai sehingga ke tahap ini terutamanya pengurangan waktu tidur. 

Ironinya dikala mahu tidur itulah idea untuk menulis itu datang. Jadi untuk tidur awal bagi seorang blogger tentunya sangat sukar. Jika tidak ada idea untuk menulis sekali pun, pada waktu sebegini saya biasanya sedang berusaha membalas komen-komen diblog dan membuat kunjungan ke blog rakan-rakan yang lain.

Jadi untuk mengimbangi aktiviti maya dan kehidupan sebenar, saya perlu mencari pendekatan lain yang menghasilkan keputusan yang sama. Pun begitu, sebenarnya saya sudah ada beberapa idea yang agak berdaya maju untuk diketengahkan. Mungkin saya akan mencubanya secara berperingkat-peringkat untuk menilai keberkesannya.

Potensi yang ada pada blog memang ada. Cuma perlukan strategi yang betul untuk memaksimumkan hasilnya.

12 Mac 2012

Mac 12, 2012

Berblog Secara Serius? Menulis Berpandukan Ketetapan



Sejak mula serius dalam menulis blog, antara perkara yang paling dititikberatkan ialah: 

  • Sumber 
  • Sensitiviti 
  • Bahasa Yang Baik 

Setiap kali menulis, membuat ulasan serta menerbitkan sesuatu diblog, saya akan memastikan bahawa saya akan sentiasa mengikuti 3 perkara yang dinyatakan itu tanpa gagal.

Ianya kini umpama undang-undang yang perlu dikuti yang mampu menjadi benteng daripada penulisan yang melampaui batas!

Penulisan menggunakkan keadah secukup rasa perlu dielakkan sama sekali.


Sumber

Yang pastinya jika saya menulis perkara yang bukan berdasarkan pengalaman sendiri, Saya akan nyatakan sumber dari mana berita atau cerita itu diperolehi. Saya juga sedaya upaya mengulas dan mengupas sesuatu isu itu berdasarkan perspektif sendiri. Berita atau cerita yang tidak sahih sumbernya tentunya tidak akan mendapat tempat di blog ini.

Sensitiviti

Memandangkan kita tinggal di negara yang berbilang kaum, perkara ini merupakan anatara yang terpenting yang harus sentiasa dijaga. Sudah semestinya saya akan menapis segala berita dan cerita. Jika berita atau cerita tersebut perlu diulas, saya juga akan memastikan bahawa ulasan itu tidak akan mengundang kontroversi.

Lebih-lebih lagi apabila sesuatu berita atau cerita itu adalah berkaitan dengan penerbitan gambar yang dianggap kontroversi. Benar, saya akan ulas perkara tersebut tetapi saya akan memastikan bahawa blog ini tidak akan menjadi agen tidak langsung dalam penyebaran gambar berkenaan.

Yang pastinya segala ulasan akan dibaca berulang kali sehingga mencapai piawaian yang saya sendiri tetapkan sebelum diterbitkan.  

Bahasa Yang Baik

Saya sedaya upaya cuba untuk menulis dalam Bahasa Melayu yang betul dari segi nahunya. Seboleh-bolehnya saya akan mengelakkan daripada menggunakan bahasa slanga dan bahasa sistem pesanan ringkas (SMS).  

Selain daripada itu penggunaan bahasa yang kasar, buruk serta lucah bukanlah menjadi identiti blog ini. 

Sebenarnya saya juga kurang faham kenapa dalam mengulas sesuatu isu perlu menggunakan bahasa yang tidak sopan.

---------------

Saya juga amat faham jika saya sendiri mengingkari peraturan yang telah dibuat tentunya satu hari nanti saya akan ditimpa masalah dan dipertanggungjawabkan atas apa yang telah saya tulis. 



22 Disember 2010

Disember 22, 2010

Cabaran Berblog Dengan GPRS

Alhamdulillah sejak mula bercuti tempohari, Aku masih dapat lagi mengekalkan kekerapan mengemaskini blog ini sekurang-kurang satu "entry" sehari. 

Memang tidak dapat dinafikan apabila balik ke kampung cabaran untuk berblog menjadi lebih tinggi. Maklumlah di kampung, capaian internet mudah alih hanya berkelajuan GPRS. Sekadar cukup untuk mengemaskini blog, memeriksa email dan mengakses halaman web rangkaian sosial.  Halaman web yang lain seperti YouTube dan seumpamanya yang memerlukan capaian internet berkelajuan tinggi terpaksa dilupakan. 



Walau bagaimana pun Aku tetap bersyukur kerana ia masih lebih baik daripada tiada capaian internet langsung! Jadi tidaklah terlepas mengikuti perkembangan semasa.

Cabaran berblog dengan kelajuan capaian GPRS memang tinggi terutama jika terdapat banyak gambar yang hendak di muat naik ke blog. Oleh kerana kelajuan GPRS hanya setara Dial Up iaitu lebih kurang 56 kpbs, segala imej dan gambar yang hendak di muat naik hendaklah dikecilkan saiznya terlebih dahulu menggunakan perisian "Photo Editing" seperti Photoscape. Selepas gambar-gambar tersebut dikecilkan, baharulah agak mudah untuk memuat naik gambar ke blog.

Seperkara lagi, untuk kembali aktif ber "blog walking" pada kadar biasa agak sukar akibat daripada kekangan tersebut. Namun begitu segala komen diblog akan cuba dibalas secepat yang mungkin.  

15 Disember 2010

Disember 15, 2010

Twitter Dan Digg Kini Menjadi Teman "Entry"

Kini sudah hampir sempurna proses menaik taraf  blog ini untuk lebih mesra aplikasi rangkaian sosial. Memang diakui jika tidak meletakkannya diblog, seolah-olah blog ini ketinggalan trend semasa. 

Lagipun dengan adanya integrasi ini akan memudahkan pengunjung memberikan respon pantas terhadap artikel yang disiarkan sekiranya pengunjung  tidak berminat meninggalkan komen.



Bermula dengan Facebook sekitar bulan Oktober yang lepas dan kini diikuti oleh Twitter dan Digg. Ketiga-tiga aplikasi rangkaian sosial ini diberi perhatian utama  kerana berpendapat aplikasi tersebut adalah yang paling popular buat masa ini.  

Alhamdulillah segala proses mengemaskini blog ini telah berjalan dengan lancar dan berjaya disiapkan mengikut masa yang ditetapkan.  

13 Oktober 2010

Oktober 13, 2010

Berblog Secara Serius? Blogger Perlu Beretika

Memang sudah diduga, pasti wujud ketidakpuasan hati daripada pihak keluarga dan mangsa yang terlibat dalam kemalangan ngeri tempohari atas apa yang disiarkan oleh segelintir pihak yang tidak bertanggung jawab di internet. 


Berblog Secara Serius? Blogger Perlu Beretika


Tidak perlu diulas dengan lebih lanjut berkenaan isu ini kerana telah pun memberikan respon pada ruangan komen tempohari dan ini adalah pendapat peribadi pemilik blog ini :


Berblog Secara Serius? Blogger Perlu Beretika



Penyebaran imej serta video yang tidak terkawal di beberapa halaman web rangkaian sosial serta YouTube serta disemarakan lagi diblog sebenarnya perlu dibendung demi menjaga hati setiap pihak yang terlibat terutamanya mangsa dan ahli keluarga yang terlibat.

Yang pastinya "Blogger Perlu Beretika".