BEAM

Bila Encik Anif Menulis (BEAM)

Trending

13 Mei 2010

Mencipta Unique Selling Point - Panduan Bagi Bakal Graduan

Sebaik sahaja diterima masuk ke universiti, Aku telah bertekad untuk memanfaatkan sepenuhnya peluang yang terbuka dihadapan mata. Aku mencerap segala ilmu yang ada dipersekitaran sama ada secara formal atau tidak sedaya yang mungkin. Aku percaya bahawa apa yang aku pelajari di universiti sama ada formal ataupun tidak akan menentukan hala tuju hidup dan masa hadapan.

Sejak alam persekolahan Aku diberitahu bahawa Menara Gading ialah lubuk ilmu. Tempat dimana kita perlu melakukan penerokaan ilmu dan bukannya menunggu untuk disuap! Di sini kita perlu proaktif, berfikiran di luar kotak serta mewujudkan perbezaan.

Bagaimana mewujudkan perbezaan?

Untuk mewujudkan perbezaan, kita perlu melakukan perkara atau tindakan yang menetang arus perdana.

Dalam kes Aku, sedang rakan-rakan sefakulti yang lain sibuk melengkapkan kursus elektif  dengan mengambil kursus-kursus mudah. Aku melakukan sebaliknya.

Kursus pelengkap fakulti dan pelengkap elektif  yang Aku pilih ialah kursus-kursus daripada Fakulti Bahasa dan beberapa kursus dari Fakulti Sains. Memang sukar untuk mendapat "A" bagi kursus-kursus tersebut tetapi itulah risiko untuk mewujudkan perbezaan.

Selain daripada itu Aku tidak melepaskan peluang untuk mendalami ilmu pengkomputeran secara tidak formal dan mengambil kursus Memproses Data dan Sains Komputer secara sukarela, walaupun Aku sebenarnya seorang pelajar Ekonomi dengan Pengkhususan Pemasaran.

Memanglah terpakasa belajar lebih sedikit daripada rakan-rakan yang lain tetapi hasilnya Aku antara yang terawal mendapat pekerjaan walaupun ekonomi negara masih dalam kegawatan.


Bagaimana mencipta "Unique Selling Point"?

Perkara terpenting yang  perlu ada  selepas mewujudkan perbezaan ialah mencipta "Unique Selling Point"! Tanpa "Unique Selling Point" yang bagus, susah untuk menonjol semasa proses temuduga. Hasil daripada bertungkus lumus semasa di universiti, Aku eksploitasi sepenuhnya dan menjadikkannya "Unique Selling Point".

Ya. "Unique Selling Point" Aku ialah subjek kursus elektif yang aku ambil semasa di universiti. Kebanyakkan penemuduga juga akan terperasan mengenainya melalui transkrip mata pelajaran yang di sertakan didalam "resume" dan serta merta mereka akan bertanya:


"Did you study Dutch and German language?"  "..and Computer Science?"  "..and you're an economics graduate? "

Dan bermula dari situ segala-galanya berjalan dengan amat lancar dan mudah kerana ciri-ciri unik Aku telah dikenalpasti oleh penemuduga dan mereka menyedari perbezaan Aku berbanding calon-calon yang lain.

Bagi bakal graduan dan graduan yang sedang mencari pekerjaan di sektor swasta terutamanya, anda perlu mengenal pasti kelebihan diri. Ini merupakan proses mewujudkan perbezaan dan mencipta unique selling point.

Boleh jadi "Unique Selling Point" itu berbentuk seperti keyakinan diri, kepetahan berbicara, personaliti atau kecemerlangan akademik. Yang pastinya ianya berbeza-beza bagi setiap individu. Kenal pasti kekuatan diri dan Anda perlu eksploitasi sepenuhnya!  

"Ingat semasa proses temuduga, Anda ialah Produk yang hendak dijual."

Sekarang bila sudah menjadi penemuduga, Aku faham kenapa sesetengah calon tidak begitu menarik dan kelihatan seperti produk "generic" tanpa jenama..






Baca blog ini melalui email :D Feed blog ini akan dikemaskini setiap hari (Jika terdapat entry terkini) sekitar jam 1:00 - 3:00 a.m. Sila masukkan email anda untuk melanggan:




Delivered by FeedBurner

Tiada ulasan:

Catat Ulasan