Cerita Tentang [
Realiti
]

Dahulu Aku Tak Percaya Hulk Berwarna Hijau..

Sebentar tadi sempat melihat satu siri "retro" yang disiarkan di 8TV bertajuk "The Incredible Hulk".  Siri yang diterbitkan dari tahun 1978 sehingga 1982 ini dibintangi oleh Lou Ferrigno, Bill Bixby dan Jack Colvin.

 
Dahulu Aku Tak Percaya Hulk Berwarna Hijau..


Mengisahkan Dr David Bruce Banner (Bill Bixby) seorang saintis yang pintar tetapi pada satu hari telah berlaku kesilapan didalam ujikajinya di makmal.

Sejak dari hari itu apabila beliau berada didalam keadaan tertekan dan marah, beliau akan bertukar menjadi makhluk bertubuh sasa berwarna hijau (Lou Ferrigno). Apabila keadaan sudah kembali stabil dan masalah sudah diselesaikan, makhluk sasa berwarna hijau itu akan bertukar semula ke keadaan asal iaitu sebagai Dr David Bruce Banner.
Memang benar siri ini merupakan antara siri yang diminati sewaktu kecil dahulu. Kalau dahulu bila orang berkata apabila Hulk menjadi marah badannya akan menjadi besar dan bertukar menjadi hijau, Aku adalah orang pertama yang membantah! Mana boleh jadi hijau, sebab selalu menontonya di TV tetapi badan Hulk tidak pernah bertukar menjadi hijau. Jadi bila ramai orang berkata Hulk bewarna hijau tentu Akulah orang yang paling keliru.. 

Rupa-rupanya apa yang kita lihat dan percaya tidak semestinya betul. Benar, Hulk di TV rumah kami tidak bewarna hijau kerana TV kami adalah dari jenis lama yang hanya memaparkan imej kombinasi hitam dan putih!  Memang agak melucukan bila dikenang peristiwa tersebut!

Sekarang bila berpeluang untuk melihat kembali siri-siri "retro" pastinya Aku tidak ketinggalan. Rasa semacam puas hati bila dapat melihat warna sebenar Hulk atau kereta Starsky and Hutch :) haha..


:) :( ;) :D :-/ :x :P :-* =(( :-O X( :7 B-) #:-S :(( :)) =)) :-B :-c :)] ~X( :-h I-) =D7 @-) :-w 7:P 2):) :!! \m/ :-q :-bd ^#(^

Post a Comment