BEAM

Bila Encik Anif Menulis (BEAM)

Trending

13 Oktober 2011

Bajet 2012 - Dari 12% ke 13%

Sebagai pekerja di sektor swasta, Saya amat mengalu-alukan langkah yang dicadangkan dalam Bajet 2012 untuk menambah kadar caruman KWSP majikan daripada 12% ke 13% bagi ahli yang berpendapatan RM5,000 ke bawah.

Dengan adanya cadangan ini, ia secara tidak langsung berupaya meningkatkan simpanan persaraan ahli KWSP.  

Mengikut data KWSP, jumlah ahli aktif yang berpendapatan RM5,000 ke bawah pada 31 Disember 2010 adalah seperti berikut:



Linkungan 
Gaji (RM)
Bil. Ahli AktifSimpanan (RM)Purata
Simpanan
(RM)
Peratus (%)Peratusan
Kumulatif
  (%)
<=5001,014,52211,297,319,238.2511,135.6117.7817.78
501 - 3,0003,763,311113,863,695,467.8530,256.2565.9583.73
3,001 - 5,000551,31948,247,987,507.4187,513.749.6693.39
JUMLAH5,329,152173,409,002,213.51



(Anggaran tambahan RM70 – RM100 juta setiap bulan apabila
caruman majikan dinaikkan kepada 13 peratus)


Menurut kajian KWSP, 70% dari pesara akan menghabiskan simpanan mereka dalam masa 10 tahun dan ramai ahli KWSP yang berpendapatan rendah mungkin tidak mempunyai simpanan yang mencukupi apabila mereka bersara kelak.

Memang cadangan ini akan memberikan impak positif kepada peningkatan kadar simpanan ahli tetapi masih ada kekurangan.

Saya berpendapat, jika pihak kerajaan melanjutkan usia persaraan di sektor swasta setara dengan usia persaraan di perkhidmatan awam tentu kesan peningkatkan kadar simpanan KWSP ahli dapat dioptimumkan.  

Semoga pihak kerajaan mendengar juga luahan tenaga kerja di sektor swasta..



Anif.. Version 2.0 dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan-Perkongsian Serupa 2.5 Malaysia Creative Commons. Sebarang bentuk penggunaan dan penerbitan semula artikel dari blog ini hendaklah dinyatakan pautanya serta dikreditkan kepada penulis asal. Untuk maklumat lebih lanjut, sila rujuk Disclaimer.

Sila masukkan Email untuk melanggan artikel terkini:



Penghantaran Oleh FeedBurner

Tiada ulasan:

Catat Ulasan