BEAM

Bila Encik Anif Menulis (BEAM)

Trending

23 Disember 2012

Jualan Gudang Converse Dan Yong Tauhu

Semalam ada terbaca di akhbar tentang Jualan Gudang Converse yang diadakan di Plaza Pelangi.

Memandangkan hari ini saya tidak bekerja, saya bercadang untuk pergi ke sana bersama keluarga. Memang ada benda yang hendak dicari. Harap boleh mendapatkannya pada harga yang berpatutan.

Hujan disepanjang perjalanan. Risau juga kalau ianya berterusan lama tentu akan ada kawasan atau jalan yang akan dinaiki air.  Apa pun kami selamat tiba ke Plaza Pelangi lebih kurang jam 3:30 petang.  Terus ke Aras satu dimana jualan gudang itu diadakan. Memang banyak barangan Converse yang dijual pada harga diskaun sehingga maksimum 70 peratus. 



Converse Warehouse Sale 2012 - Plaza Pelangi - Johor Bahru



Hitam Pun Hitamlah


Apa pun tujuan utama kami kesana ialah untuk mencari beg sandang. Tidak banyak pilihan yang ada, yang banyak hanya kasut. Tentunya "sneaker" klasik Chuck Taylor All Stars menjadi tarikan utama. Manakala untuk beg sandang, tawaran terbaik pada hari tersebut ialah 2 buah beg sandang dijual pada harga RM80. Cuma tidak banyak pilihan rekabentuk. Semuanya berwana hitam dengan corak yang berlainan. Hitam pun hitamlah, kami beli 2. Satu untuk Nurin Iman dan satu lagi untuk emaknya.

Chuck Taylor All Stars


Sebelum membuat pembayaran, tergerak hati pula untuk memiliki "sneaker" klasik Chuck Taylor All Stars yang ditawarkan dengan diskaun 70 peratus. Akhirnya tersangkut juga dengan 3 barangan untuk dibawa pulang.  

Yong Tauhu


Dalam perjalanan pulang ke rumah tergerak hati untuk singgah di Plaza Angsana untuk makan malam kami. Cuaca sejuk ini menyebabkan saya teringin benar hendak makan Yong Tauhu


R & Z  Yong Tauhu - Plaza Angsana


Kebetulan di Plaza Angsana sekarang sedang berjalanan acara Promosi Kraf Malaysia. Ramai yang menghadirinya menyebabkan untuk makan di medan selera pun amat susah mendapat meja kosong. Setelah menunggu buat seketika dan masih lagi gagal mendaptkan meja kosong, akhirnya kami mengambil keputusan untuk membeli bungkus dan makan di rumah!

Kesal


Kadang-kadang agak kesal juga dengan sikap segelintir pengunjung di medan selera. Bagaikan tidak perihatin dengan keadaan semasa. Jika sudah menjamu selera, segeralah beredar. Beri peluang pada orang lain pula. Maklumlah ramai yang sedang menunggu!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan