BEAM

Bila Encik Anif Menulis (BEAM)

Trending

15 Mac 2013

Google Reader Bakal Ditamatkan Perkhidmatan Selepas 1hb Julai 2013

R.I.P Google Reader - July 2013
Terkejut apabila terbaca berita mengenai perkhidmatan Google Reader yang bakal ditamatkan selepas 1hb Julai 2013.

Memang sayang apabila perkhidmatan yang bagus dan banyak membantu mengurus RSS ini ditamatkan oleh  pihak Google. Saya menggunakan perkhidmatan ini untuk memantau dan membaca blog rakan-rakan serta halaman web yang selalu saya kunjungi.

Google Reader Bakal Ditamatkan Perkhidmatan Selepas 1hb Julai 2013
Google Reader Bakal Ditamatkan Perkhidmatan
Selepas 1hb Julai 2013


Selain itu widget RSS bagi senarai blog rakan-rakan diblog ini dijana melaluinya. Tentunya blog ini akan terkesan apabila pihak Google mengambil keputusan untuk menamatkan perkhidmatan ini pada bulan Julai nanti. 

Apa pun ceritanya saya sedang menguji beberapa perkhidmatan setara dengan Google Reader yang ada di dalam talian. Antara yang menjadi tumpuan adalah Netvibes [Link]. Harap saya dapat membiasakan diri tanpa Google Reader tidak lama lagi!


Seorang pencinta teknologi dan sangat konservatif apabila berbicara tentang pengurusan kewangan. Bercita-cita untuk mencari jalan bagi menjadikan teknologi terkini sebagai mampu milik. Menulis berdasarkan perspektif dan pengalaman sendiri. Asalnya blog ini dibina untuk merekodkan segala perkembangan anak sulung saya, Nurin Iman. Namun begitu sesuai dengan tuntutan masa ia telah berkembang sebagai pelantar peribadi untuk meluahkan pendapat serta berkongsi buah fikiran. Jika anda dapati artikel diblog ini bermanfaat, sila kongsikannya di halaman jaringan sosial.

Share |

Tiada ulasan:

Catat Ulasan