BEAM

Bila Encik Anif Menulis (BEAM)

Trending

24 September 2013

Kemalangan - Peringatan Untuk Diri Sendiri

Kemalangan - Peringatan Untuk Diri SendiriPagi tadi sewaktu menunggang seperti biasa untuk ke tempat kerja, saya telah mengalami kemalangan.

Berada Di Laluan Yang Betul

Semuanya berpunca daripada seorang penunggang motorsikal yang tiba-tiba meluru keluar untuk menukar lorong dari celahan deretan kenderaan ketika kesesakan lalu lintas. Memang benar ketika itu saya berada di laluan yang betul. Namun begitu, kejadian yang berlaku agak pantas itu mengakibatkan saya dan penunggang yang membuat onar itu terjatuh ditengah jalan.

Cuma Luka Kecil

Mujur kedua-dua penunggang tidak mengalami kecederaan yang teruk. Cuma luka-luka kecil dan sedikit kerosakkan terhadap jentera tunggangan kami. Dan yang lebih penting kemalangan itu tidak melibatkan kenderaan lain. Kalau tidak, tentu lebih panjang ceritanya.

Sepatutnya Boleh Dielakkan..

Apa pun ceritanya, nasi sudah menjadi bubur. Kemalangan tersebut sepatutnya boleh dielakkan jika penunggang tersebut lebih berhati-hati serta memberikan isyarat sewajarnya ketika mahu menukar lorong.

Manakala peringatan untuk diri sendiri ialah harus lebih berwaspada dan lebih berhati-hati walaupun ketika berada di laluan yang betul!  Betul tidak semestinya selamat. Malang tidak berbau!


Tiada ulasan:

Catat Ulasan