BEAM

Bila Encik Anif Menulis (BEAM)

Trending

23 April 2018

Modenas Dominar D400 - Buat Ramai Tidak Senang Duduk!

Modenas membuat kejutan lagi! Walaupun Modenas Dominar D400 ini telah pun diwar-warkan akan memasuki pasaran Malaysia sejak tahun lepas lagi, kejutan yang dilakukan oleh Modenas kali ini benar-benar istimewa.

Kejutan yang dimaksudkan ialah harga yang ditawarkan untuk model ini agak menarik. Ditawarkan pada harga RM14,615 tentunya ianya membuatkan ramai pemilik motorsikal "underbone" tidak senang duduk.



 
Modenas Dominar D400


Modenas Dominar D400
Modenas Dominar D400





Rekabentuk Moden


Rekabentuk yang ditampilkan oleh Modenas Dominar D400 adalah moden yang menarik. Selain daripada itu penampilannya juga kelihatan gagah dan kukuh seterusnya menyerlahkan lagi ketrampilannya.


Dilengkapi ABS


Modenas Dominar D400 dilengkapi dengan sistem ABS (Anti-lock Braking System). Dengan adanya sistem ini, bermaksud pihak pengeluarnya, Modenas tidak mengabaikan soal keselamatan. Ia juga menunjukkan bahawa Modenas cukup serius untuk menjadikkan model ini sebagai penanda aras baharu dalam pasaran motorsikal tempatan.


Tangki Bahan Api Kecil


Agak kecewa sedikit apabila model ini hanya dilengkapi dengan tangki minyak bersaiz 13 liter. Seharusnya ia perlu dilengkapkan dengan tangki minyak bersaiz lebih besar memandangkan pesaing terdekatnya KTM 390 Duke mempunyai kapasiti tangki bersaiz 13.4 liter.



Lebih Berat


Berat motorsikal ini ialah 182 kg! Untuk sebuah motorsikal berkapasiti 400cc silinder tunggal ianya sememangnya cukup berat berbanding para pesaingnnya.


Berikut adalah spesifikasi ringkas Modenas Dominar D400:


Enjin Sejukkan Cecair, 4-lejang SOHC, Triple Spark
Isipadu 373.3cc
Gerek x lejang Tiada Maklumat
Transmisi 6-kelajuan
Kuasa  35HP (8000rpm)
Fuel System Suntikan Bahanapi
Suspensi Hadapan Teleskopic 43mm
Suspensi Belakang Monoshock Pelbagai Laras
Brek Hadapan Cakera Tunggal 320mm, ABS
Brek Belakang Cakera Tunggal 230mm, ABS
Tayar Hadapan 110/70-17 Radial
Tayar Belakang 150/60-17 Radial
Saiz tangki 13 liter
Minyak Enjin Tiada Maklumat
Berat 182 kg
Harga RM14,615*
*Harga asas (kilang) tanpa GST, pendaftaran, insurans serta lain-lain kos.


Kesimpulannya


Pada harga RM14,615*, motorsikal ini perlu dipertimbangkan secara serius bagi yang mahu "upgrade" daripada kategori "underbone". Dengan harga tersebut, boleh sahaja terus melangkau ke segmen motorsikal berkapasiti 400cc tanpa perlu mempertimbangkan segmen motorsikal berkapasiti 200 cc atau 250 cc.

Soal harga sudah nampak sinar, namun begitu halangan tetap ada apabila melibatkan soal lesen. Maklumlah untuk menunggang motorsikal berkapasiti 400cc perlukan lesen B penuh!

Apa pun ceritanya, isu lesen bukanlah isu besar. Jika sudah bertekad mahu "upgrade", semua itu boleh diatasi.


Rujukan : Modenas

No comments:

Post a Comment