BEAM

Bila Encik Anif Menulis (BEAM)

Trending

16 Mei 2008

Sun Ultra Enterprise 3000 - Secara Rasmi Ditamatkan Perkhidmatannya

Hari secara rasminya Sun Ultra Enterprise 3000 di tamatkan perkhidmatannya. Sepanjang 10 tahun berkhidmat tanpa banyak masalah, dah tiba masanya untuk berehat selama-lamanya. Tepat pada pukul 10:45 pagi, Aku tutup suis utama untuk server tersebut. Banyak kenangan sepanjang bekerja bersama server nih, semenjak tahun 2000 sehingga 2008.

Sun Ultra Enterprise 3000

Server nih sudah berada di pejabat  ini sebelum Aku masuk bekerja di sini. Oleh kerana server ini diselenggara oleh pihak CSA Malaysia, Aku tidak pernah risau kalau ada masalah pada perkakasan dan perisiannya. Kalau ada masalah, cuma perlu melaporkannya dan bantuan akan segera sampai! Cuma masa untuk menunggu "part replacement" membuat Aku terpaksa tidur di pejabat! 24 hours service.. part replacement biasanya dibawa dari KL atau Singapura. Perisian memang amat jarang bermasalah, cuma, perkakasan seperti Backup Tape Drive (DDS3) nih kerap bermasalah sejak dua tiga tahun kebelakangan ini.


Sun Ultra Enterprise 3000

Kalau diikutkan standard server masa kini, sudah pasti server ini diketegorikan sebagai terlalu usang! Processornya cuma 200Mhz, RAM 512MB, HardDisk 2GB X 2. Ada 4 External Hard disk setiap satunya berkapsiti 2GB. Apa-apa pun itu teknologi 10 tahun dahulu.


Sun External HDD

Masa mula-mula bekerja di sini, Aku memang tiada idea langsung tentang Sun Microsystems dan perkakasan server ini. Maklumlah sebelum ini hanya terlibat dengan kerja-kerja penyelenggaran PC dan LAN sahaja. Bila ada masalah dengan Sun server, punyalah panik! Tapi lama kelamaan apabila sudah terbiasa, rasa seronok pula sebab dapat mempelajari satu perkara baharu.


larion Hard Disk Drive Array


Clarion Hard Disk Drive nih cukup besar.. Kapasiti HDD cuma 2GB setiap satu X 6 unit. Teknologi 10 tahun duhulu. Sekarang nih Thumb Drive pun sudah ada yang berkapsiti 8GB! Sekarang ini bebanan tugas Sun Ultra Enterprise 3000 ini telah pun diambil alih oleh Sun Fire V445. Server yang lebih pantas tetapi dengan saiz paling kecil cuma 4U (Lebih kurang saiz 4 buah router/switch) Kalau dahulu untuk melakukan proses backup memakan masa lebih kurang 10 minit, sekarang cuma 1 minit diperlukan. Untuk membuat proses end of day, Ultra Enterprise 3000 akan mengambil masa 15 hingga 20 minit. Sun Fire V445 melakukannya dalam masa kurang daripada 5 minit! Sekarang Aku punya operator tak boleh lagi la nak kelentong Boss, kata server slow! :D

Tiada ulasan:

Catat Ulasan