BEAM

Bila Encik Anif Menulis (BEAM)

Trending

19 Mei 2010

(Aku Sayang Tulisan Jawi) اکو سايڠ توليسن جاوي

Blog ini mengandungi tulisan jawi dan memerlukan font jawi untuk dipaparkan dengan betul pada browser. Sila dapatkan di http://www.ejawi.net atau di sini.

Tulisan jawi berasal daripada tulisan arab, walau begitu masih terdapat sedikit perbezaan sebab itu walaupun font arabic telah di"install" ia masih tidak dapat memaparkan beberapa huruf dengan betul. Jadi font Jawi perlu di"install" ke dalam sistem operasi untuk memastikan browser dapat memaparkan tulisan jawi dengan sempurna.

Ramai yang bertanya bagaimana membuat tulisan jawi tersebut. Sebenarnya, apa yang diperlukan hanyalah font jawi. Setelah memuat turun font jawi tersebut, sila copy dan paste ke:

C:\WINDOWS\Fonts

Aku sayangkan tulisan jawi. Kalau tidak ada usaha untuk sekurang-kurangnya mempertahankannya, Aku yakin sedikit masa lagi ia akan pupus!

Muat turun Font Jawi - https://www.box.net/shared/g1z1v9h50k


Baca blog ini melalui email :D Feed blog ini akan dikemaskini setiap hari (Jika terdapat entry terkini) sekitar jam 1:00 - 3:00 a.m. Sila masukkan email anda untuk melanggan:


Delivered by FeedBurner

2 ulasan: