Now Reading [
Mee Rebus
] News

Mee Rebus Stulang Laut

Terima panggilan telefon dari seorang kawan lama jam 5:30 petang. Kebetulan hari ini dia berada berdekatan dengan pejabat Aku. Setelah urusannya selesai, dia menjemput Aku dari pejabat lebih kurang pukul 6:00 petang. Malas nak keluar jauh-jauh, Aku mencadangakn supaya kami pergi ke Restoran Emie Kafe di Stulang bersebelahan dengan The Zone untuk minum.

Sedang rancak berbual kelihatan pekerja di restoran tersebut sedang bersiap untuk berkemas dan menutup kedai. Aiks dah nak tutup ke? Kami baru sahaja nak mula berborak. Nampaknya kami kena pergi ke restoran lain lah untuk menyambung perbualan yang baru hendak bermula tadi.

Akhirnya kami mengambil keputusan untuk singgah di restoran Mee Rebus berdekatan dengan pejabat. Sebenarnya Aku terlupa yang bersebelahan dengan bangunan tempat Aku bekerja ni pun ada tempat makan yang bagus. Kami order "Mee Rebus Besar Special" dan "Otak-otak".

Kawan Aku ni bekerja di sebuah bank. Katanya budak-budak bank under NUBE dapat durian runtuh hari ini. Even bank clerk ditempatnya pun dah bergaji lebih dari officer! Rezeki budak-budak bank lah nampaknya :) Di zaman semuanya naik..mereka pun dapat naik gaji berserta bayaran back dated dari 2006! Betul-betul durian runtuh nih. NUBE dah selesai, lepas nih ABOM pulak.


Mee Rebus Campur Otak-otak = Best!
Mee Rebus + Otak-otak = Best!


Mee Rebus kalau di makan bersama otak-otak memang best! Sebenarnya Aku pun tak tau siapa yang mulakan trend ini. Tapi memang sesuai dan sempurna la kombinasi ni. Alhamdulillah, rezeki Akulah nampaknya hari ini sebab kawan ni belanja Aku makan di dua buah restoran yang berlainan dalam hari yang sama. Thanks bro! Next outing Aku belanja :) Inshaa Allah!

:) :( ;) :D :-/ :x :P :-* =(( :-O X( :7 B-) #:-S :(( :)) =)) :-B :-c :)] ~X( :-h I-) =D7 @-) :-w 7:P 2):) :!! \m/ :-q :-bd ^#(^

4 comments

  1. Haaaa tunggu...tunggu aku nip... skang gak aku gerak pi JB nun... jahat la ko... dah la memang aku teringin mee rebus ni....

    ReplyDelete
  2. :) Kalau drive 3 1/2 jam dah boleh sampai JB la.. lepas makan boleh balik KL semula! hehe!

    ReplyDelete
  3. Otak-otak + Mee Rebus = Perfect Match!

    ReplyDelete