Cerita Tentang [
Automotif
]

Ford GT

Sabtu lepas ke Carrefour Sutera Mall. Macam biasalah aktiviti membeli barangan dapur. Sejak Sutera Mall ni di buka kami dah jarang ke Giant Skudai. Lebih dekat dengan rumah. Tak sampai pun 5km. Apa-apa pun ok juga ada hypermarket dekat dengan rumah ni. Memudahkan!

Ford GT Supercar
Ford GT Supercar



Kebetulan pada hari Sabtu itu ada program promosi Syarikat Hawk Tyre. Err kedai servis & jual tayar kereta. Syarikat itu mempamerkan Ford GT di ruang legar Sutera Mall. Akhirnya dapat juga melihat kereta itu di Johor Bahru. Bukan senang hendak melihat secara lebih dekat kereta yang dikategorikan sebagai Super Car! Selalunya tengok di internet aje. Memang cantik!

Mengajak Nurin Iman untuk melihat kereta itu dari dekat. Aku tidak melepaskan peluang untuk mengambil beberapa keping gambar. Bila sudah melihat dari dekat baru tahu, Haa.. aras perut jer tingginya!


Nurin Iman & Ford GT
Nurin Iman & Ford GT

Inilah satu-satunya model Ford yang berkelas Super Car yang dikeluarkan selepas tahun 2000. Hanya 4200 unit di keluarkan itu pun sekitar tahun 2005/2006.

Ford GT Details




:) :( ;) :D :-/ :x :P :-* =(( :-O X( :7 B-) #:-S :(( :)) =)) :-B :-c :)] ~X( :-h I-) =D7 @-) :-w 7:P 2):) :!! \m/ :-q :-bd ^#(^

1 comments

  1. sy pn salute jgk ford punyai stategi bisness... keluar beberapa ratus bijik aje... pastu hantar p litar Dakka utk ujipandu sblum dipasarkn.

    ReplyDelete