BEAM

Bila Encik Anif Menulis (BEAM)

Trending

11 Ogos 2008

Nasi Ayam Penyet - Gerai Mama Zai Bestmart

Hari Sabtu yang lepas, terpaksa masuk kerja kerana ada "system testing". Masuk kerja pukul 11:00 pagi. Pukul 2:00 petang baru "test" di mulakan. Malam semalamnya entah macam mana boleh ter "skip" makan malam, mungkin sebab letih sangat! Pagi tue ke opis dengan perut yang amat lapar, Err pagi tue pulak ter "skip" sarapan pagi! Hmmm, macam-macamlah. 

Sampai ke pejabat agenda pertama ialah memikirkan tengahari itu nak makan apa? Kawan sepejabat nih buat cadangan: "Tengahari ni kena nasi ayam penyet di Bestmart?" Wahahaha, idea yang menarik!







Tepat pukul 12:30 tengahari keluar dari opis, menuju ke Bestmart, Nusa Bestari. Tak sampai 5 minit dah pun sampai. Kami terus order 2 set "Nasi Ayam Penyet". Memang tak sabar-sabar nak makan. Ayam penyet tue sebenarnya ayam goreng biasa je, cuma dah di ketuk. Jadi senanglah untuk di makan. Menurut kawan opis aku tue, sambal ayam penyet tue lah yang buat ayam tue sedap! Aku pun bersetuju dengan pendapatnya. Sambal tue memang sedap!






Ahaha.. kalau ada masa memang nak ke Bestmart lagi. Nak kena Nasi Ayam Penyet di gerai Mama Zai.


3 ulasan:

  1. wah.. patut ler tak de kat ym. mu gi jale jale rupanya. hehehe..

    eh, bolat ek ko skrg.

    BalasPadam
  2. Keh keh keh Hati senang! Makan
    bejaga. By the way bila last Aku jumpa ko Ed? 2002 kan?

    BalasPadam
  3. yezza 2002..... masa tu ko cikeding =)

    BalasPadam